assalamualaikum..
hampir seminggu berlalu...dan baru sekaranglah dapat mencari ’kesempatan’ dan ’kerajinan’ untuk update blog ni. bukanlah sebab sibuk ’berkempen’ mahupun sibuk menghadiri ceramah. cuma sekadar sibuk mencari sesuap nasi untuk sendiri dan keluarga itu ajee..musim-musim nak pilihanraya ni kekadang adalah musim ’rezeki’ murah dan mudah bagi sesetengah orang (begitulah juga halnya dengan saya nih). jadi kenalah menggapai peluang-peluang yang ada tu. dalam pada tu dapatlah juga Allah permudahkan untuk saya habiskan beberapa buku yang pernah saya sebutkan tajuknya di artikel saya terdahulu. saya kat sini nak cerita serba ringkas je mengenai wanita sufi bernama Rabiah Al Adawiyah sebab para sarjana barat seperti Margaret Smith, Nicholson, Mosignon dan para ilmuwan islam seperti Abdur-Rauf al-Manawi, Ibn al-Jawzi, Ibn Khallikan dan ramai lagi tokoh-tokoh ilmuwan telah memperkatakannya dengan lebih terperinci.
dilahirkan di Kota Basrah, Iraq dan kembali ke rahmatullah pada tahun 180 Hijrah di Basrah daerah Syam setelah berusia 80 tahun. anak keempat dari adik beradiknya dan dari situlah dia diberikan nama (Rabiah). semasa dalam kandungan bapanya sangat risau bagaimana untuk menyambut kelahiran Rabiah dalam keadaan amat kekurangan dan miskin. malahan kerapkali bapanya terpaksa meminjam sedikit minyak pelita dari jiran-jiran hanya untuk bersedia bila tiba saat kelahirannya. dalam kerunsingan itu bapanya yang soleh tetap memohon keampunan dan pertolongan hanya dari Allah. hingga semasa tidur, bapanya telah bermimpi bertemu Rasullulah saw dan baginda menyuruh bapa Rabiah bertemu Isa Zadan – Amir Basrah dengan menyiap lalu menyampaikan sepucuk surat kepada Amir Basrah itu. surat itu berbunyi "hai Amir, engkau biasanya solat 100 rakaat setiap malam dan 400 rakaat setiap malam Jumaat. tapi di Jumaat yang terakhir engkau lupa melaksanakannya oleh kerana itu hendaklah engkau bayar 400 dinar kepada pembawa surat ini sebagai kifarat atas kelalaian mu itu". bila Amir membaca surat ini yang dikirim sendiri oleh bapa Rabiah melalui pengawalnya maka Amir pun berkata,"biarlah saya sendiri yang menghantar wang ini, sebagai penghormatan terhadap orang yang mengirim pesan ini dan saya akan mengawasi anaknya yang mulia ini".
kesufian Rabiah Al Adawiyah memang tiada tolok bandingannya dan beliau juga suka besyair. antaranya :
Saudara-saudaraku,
Khalwat merupakan ketenangan dan kebahagiaanku,
Kekasihku selalu di hadapanku,
Tak mungkin aku dapat pengganti-Nya,
Cinta-Nya pada makhluk cubaan bagiku,
Dialah tujuan hidupku
Oh, hati yang ikhlas
Oh, tumpuan harapan
Berikanlah jalan untuk menghilangkan keresahanku,
Oh, Tuhan sumber kebahagiaan dalam hidupku,
Pada-Mu saja, kuserah hidup dan keinginan
Kupusatkan seluruh jiwa ragaku
Demi mencari redha-Mu
Apakah harapanku akan terwujud?
Muhamad bin Amr berkata," aku datang melihat Rabiah, ia wanita yang sudah tua, berusia lapan puluh tahun seolah-olah kelihatan seperti tempat air yang hampir jatuh dari gantungannya. di rumahnya kulihat tempat gantungan baju dari kayu Persia, tingginya kira-kira dua hasta, selain itu terdapat sebuah kendi dari tanah liat, sebuah tikar dari bulu. ketika ajalnya hampir tiba Rabiah memanggil sahabat dan pembantunya yang paling baik dan setia yang sentiasa menemaninya – Abdah binti Abi Shawwl. ia berpesan kepada Abdah," janganlah kematianku sampai menyusahkan orang lain; bungkuslah mayatku dengan jubahku". Rabiah menolak didampingi orang-orang soleh pada saat-saat akhirnya," bangunlah dan keluarlah!. lapangkanlah jalan untuk utusan Allah (malaikat) yang akan datang menjemputku." mereka bangkit lalu keluar dan semasa menutup pintu mereka terdengar Rabiah mengucapkan syahadat, lalu dijawab oleh suara:
Wahai jiwa yang tenang, kembalilah pada Tuhammu dalam keadaan redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku. - Al-fajr : 27-30.
Wallahulam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment