assalamualaikum...
tak menyempat-nyempat keje rumah yang nak kena buat…walaupun kemahiran tu memang dah ada tapi kekadang 'masa' dapat juga mengalahkan aku. anak-anak macam biasa je…alhamdulillah yang kecik tak merengek nakkan mak dia…agaknya mungkin kerana dah besar kot. yang sulung beroperasi macam biasa je. doa memohon semoga dua-tiga hari tu kesihatan aku okayje..nampaknya alhamdulillah Allah makbulkan. yeelaa…masa 'pengurus operasi dalaman' kami tu masuk wad risau juga kalau-kalau aku pulak dilanda masalah kesihatan...terencat pulak pengurusan anak-anak tu. jadual harian berjalan macam sediakala…cuma bila petang aku kena bawa anak-anak ke Tawakkal…kalau tak 'bising' le diaorang tu. lagipun kesian gak kat orang rumah aku tu…ialah dia pun jarang sangat berjauhan dengan 2 orang bebudak tu.
dari mula-mula 'kena' dulupun aku dah suruh dia masuk wad je...sebab disamping pengawasan doktor 24 jam dia juga dapat berehat...bagi aku salah-satu proses pemulihan disamping ubat dan pengawasan doktor adalah mendapat rehat yang cukup. adik-beradik sebelah orang rumah aku dan sebelah aku habis aku 'sms' beritahu tentang orang rumah yang kena 'hospitalised' ...memang dia pun tak mahu tapi pada aku sesaja je...sebab kalau mereka-mereka tu datang bolehla 'boost-up' sikit semangat orang rumah aku tu...lebih-lebih semasa ketiadaan aku. aku memang tak boleh sepanjang waktu berada sebelah katil dia...sebab operasi dirumah perlu berjalan seadanya. sekolah anak-anak...kerja rumah..dan sebagainya. tak mahulah bila dia balik masuk rumah...tiba-tiba dia tumbang terperanjat sebab 'keselarakkan' yang terjadi...
bila anak-anak dah tido malam...kekadang termenung gak aku memikir perkara-perkara yang terjadi. ini pastinya 'cabaran' yang Dia beri...dan pada Dia juga aku memohon agar segalanya dipermudahkan. setiap pemberianNya pastinya bersebab...dan Dia dah tahu setakat mana kekuatan aku dan aku di'uji' bersandarkan pada kekuatan itu le. alhamdulillah mungkin aku tak lulus dengan 'flying colors' tapi dapatle juga 'credit' untuk beberapa subjek. semangat yang tinggal sedikit dicampur dengan 'semangat' yang banyak dariNya menjadikan segalanya dapat dilalui. ini juga bukan setakat satu 'learning curve' untuk aku saja…bahkan juga untuk orang rumah aku...cuma setakat mana dia nak ‘merenungkannya’ tu tak tahulah aku…bagi aku memang selalulah aku merenung dan termenung….wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago