assalamualaikum...
lega rasanya. setelah berlalunya PRU ke 12 tu, poster pun dah 'clear'...sekolah pun tak lama lagi dah nak buka balik...menteri besar-menteri besar yang 'baru' pun dah nak masuk ofis...dan yang paling penting saya pun dah dapat 'menunaikan' kewajipan mengundi dengan jayanya, maka sekarang adalah masa untuk tarik nafas lega sebentar. 'kekalutan' berkempen dah hilang yang timbul kini hanya kekalutan untuk membentuk wakil exco dan barisan kabinet yang baru je. tv, radio dan paper pun dah bolehlah kita pakat-pakat tengok, dengar dan baca balik. tapi pasal hal pertadbiran tu kita biorle mereka yang arif 'berkalut' dan kita tengok pula prestasi mereka untuk penggal ni. bagus mereka menjalankan perkhidmatan...maka sejahteralah kita yang jadi rakyat ni...tak bagus kalu...kita tunggu PRU 13 pulak.
saya sebenarnya nak kurang bercakap tang politik ni...sebab dah banyak benar orang yang cakap. lagipun 'ilmu' politik saya tak tinggi mana jadi rasanya nak biarkan je pada mereka yang 'ilmu' politik lebih tu. cuma seperti yang saya cakap tadi....saya nak rasa 'sejahtera' dan 'makmur'nya tu...itu aje. tapi yang pasti seminggu-dua ni citer-citer politik ni akan terus berkumandang. forum-forum kecil di kedai kopi dan tepi-tepi tembok akan tumbuh melata...tak kirale sapa jua yang jadi pengerusinya. mungkin sebab yang jadi camni ialah kerana rasa 'syok' yang keterlaluan dek kerana dah lama benor menunggu 'harapan baru'....
kepada mereka yang telah menjalankan kewajipan mengundi tu dengan jayanya maka syabas dan pastikan kewajipan itu terus dilakukan di masa hadapan. yang dah patut mengundi tapi tak mengundi tu...fikir-fikirla di negara mana agaknya sekarang ni anda tinggal. yang terlepas mengundi disebabkan bebenda teknikal seperti lewat daftar dan sebagainya maka....maka 'check' la diri sendiri dulu tuh... organize la sikit diri...buat sedikit proper planning dan buatlah preparation tu awal-awal. undilah diri sendiri dulu agar anda sendiri yang 'menang' dan kemudian mengundilah untuk memenangkan pula orang lain....wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment