Wednesday, July 16, 2008

debat perdana.....mencetus demokrasi ?

assalamualaikum....

daaannn....begitula berlangsungnya debat perdana antara Menteri Penerangan Dato Shabery dengan penasihat PKR Dato Anwar sebentar tadi. pastinya ramai bersama saya yang terkejar-kejar balik rumah nak menontonnya. mana ke tidak...tak pernah rasanya bebenda camni pernah di adakan terutama yang disiarkan oleh media elektronik arus perdana ke serata negara. dah tentulah berbaloi kalau nak berkejar-kejaran pun. yang ada dulu pun kes si Mawi dengan bekas tunangnya si Ina (kalau tak silaple)...yg sensasi tapi takde langsung sangkut-pautnya dengan kita.

kali ni dah tentulah berlainan. ianya memang tersangat banyak kesannya pada kita. kita dah kena 'hentakkan' maut dengan kenaikkan harga petrol ni dah tentulah nak tahu apa agaknya mekanisma yg Dato Anwar boleh berikan untuk kurangkan 'hentakkan' tu. walaupun sedikit hampa kerana dikatakan akan berlangsung satu jam setengah tapi jadi satu jam je...namun puas jugele bila dapat menonton dan mendengar debat ni apatah lagi dari TV (kalau tak asyik-asyik dari Youtube jee...!).

saya tak tahu le nak komen apa...cuma rasanya hujah dari Dato Shabery ada sikit kureengnya. ada yang tersimpang dari soalan...seperti soalan dari pembantu Dato Anwar yg nakkan penjelasan apa yang kerajaan nak buat dengan lebihan 13 billion ringgit hasil pemberhentian subsisdi petrol baru-baru ni, sedangkan kenaikkan pada 2006 yang jadikan kerajaan dapat 4 billion ringgit lebih itu pun hanya lebih kurang 800 juta ringgit sahaja yang dibelanjakan untuk infrasturktur dan kemudahan awam?? jadi kemana perginya duit-duit tu semua??! bukan le nak sokong Dato Anwar tapi biarle jawapan tu menjawab soalan.

apapun, syukurle sebab berlangsung debat-debat camni. inilah tandanya bahawa 'demokrasi sihat' sedang mengambil tempat di negara kita ni. apa yang nak sekat-sekat??! rakyat pun sekarang dah lebih bijak dan terbuka dan tahu nak nilai mana yang baik dan mana yang buruk jadi letakkan sahaja kepercayaan pada rakyat. semoga amalan sihat seperti ni akan terus mekar dan bercambah...wallahualam.

0 comments: