Thursday, July 24, 2008

sms durjana yg memudaratkan

assalamualaikum...

pernah dapat sms yg menyatakan anda ada menang 18K, 30K dan macam-macam 'K' lagi tak?. saya tak pernah hinggalah ke pagi ni. ikut kata isteri yg dah mahir bebenda camni beberapa 'steps' dari saya ini adalah komplot yg beribu pejabat di negara jiran kita. kalau tengok nombor dari mana sms tu datang memang saling tak tumpah dari 'seberang'. rakan-rakan sekerja isteri yg berani ada menalipon ke nombor tu hanya untuk menyiasat dan memang benar nombor tu adalah nombor dari 'seberang'.

walaupun rakan-rakan sekerja isteri ada menggugut untuk melaporkan tentang komplot durjana ini kepada pihak berkuasa...apa yg mereka jawab balik ialah mereka pula 'menggugut' untuk rakan-rakan isteri tadi untuk betul-betul melaporkannya. perrhh!!...punyala 'daring'. yeelaaa...mereka tahu selok-belok camna nak menyelamatkan diri dahtu kita kat sini diorang kat sana tentu apapun akan makan masa. dari segi masa itula sudah mencukupkan mereka utk 'cabut' dan bersembunyi.

modus operandi mereka cukup mudah iaitu hanya dengan sms menyatakan kita ada menang sekelompok wang dari syarikat yg besar-besar bunyinye...seperti Petronaslah, KLCC lah dan apa-apa syarikat yg semua namanya ada Sdn Bhd kat belakang. tandanya syarikat-syarikat ni syarikat Malaysialah gitu.

lepas tu mereka hanya tunggu balasan sms dari kita. bila dapat je balasan dari kita maka..teng..te..neenngg!! bermulalah si durjana-durjana tu memulakan 'permainan' memiskinkan kita. jadi apa cara yg terbaik untuk kita tidak dimiskinkan oleh si durjan-durjana ini ialah dengan tidak mengendahkan sms ni malahan 'delete' kan je sms ni dari telefon tangan kita. sambil-sambil tu hebah-hebahkanlah kepada saudara, handai-taulan dan rakan-rakan kita agar sentiasa berwaspada dengan anasir-anasir durjana seperti ini. ingat!!??... berpesan-pesan tu akan mengelakkan kita dan mereka dari 'kerugian'.....wallahualam

0 comments: