walaupun dah lama gak tak mencoret tapi takde la saya nak tulis apa-apa yg sensasi cuma last weekend kami ke selatan, ke Muar sebab undangan kahwin. yang kahwin tu pangkat makcik pada sayalah atau dalam panggilan Johor - pangkat mak andak. majlis belah perempuan diadakan hari sabtu dan hari ahad esoknya keluarga sebelah lelaki pulak. takdela besar-besaran cuma lepas nikah, baca doa selamat pastu terus makan. sebabnya...ini adalah perkahwinan kedua untuk kedua-dua mempelai. cuba tengok gambar kat bawah ni.
aiikkk...sikit je makan!...biasale...makan sikit dah terasa kenyang, saya pun dulu camtu gakk...hehh..he..hehe
pasangan berpengalaman...cooolll ajee..
pasangan pengantin senior le gitu...yang lelaki dah lama kematian isteri dan anak-anaknya yang dewasa tu pun pakat-pakat encourage bapanya kahwin...maka kahwinle dia. yang perempuannya iaitu mak andak saya tu pun dah kematian suami cuma anak-anak memang takde..maka kahwin le juga dia. alhamdulillah...jodoh.
sambil makan...sambil tengok sms...sambil bercakap dengan cameraman lagi....hebat..Cik Asin!!
seronok nampak!! cendol le katakan...
apa yg memeriahkan majlis dah tentulah bila berkumpulnya sanak-saudara yang dari dekat atau yang jauh-jauh. bukan senang nak berkumpul camni. yang terlebih makan sampai lauk pengantin pun disonglap pun ada....tapi pengantin tetap tak marah. pengantin pun bukan makan sangat jadi biorle kitaorang yang wakilkan tang bab makan tu.
perhh!...nasib baik bilangan setiap lapisan kek tak ikut 'umur' pengantin...kalau tak berapalah tinggi kek ni kan??
orang kata bergambor dengan pengantin ni..banyak 'barakahnya'..hmm..entahle
apapun tahniahle diucapkan pada mak andak dan welcome pada pak andak baru to our family. semoga perkahwinan diberkatiNya dan semoga kekal selamanya. anak-anak saya? dah jumpa cendol tu dah kira okayle tuh....wallahualam.
2 comments:
Begambo dengan pengantin memeng bnyk barakahnye.....untung2 kena sawan pengantin alhamdulilah....makan nasi minyak lagi kawan. Hehehe...sunahhhh
gitule yg kawan harapkan juga...sebab sama-sama dapat rasa nasi minyak lagi kan?...kan?...kan?
Post a Comment