Tuesday, September 23, 2008

menanti malam Qadar....

assalamualaikum...

tengah bagus dok dengar tazkirah tetiba tersentak kejap....sebabnya? bilamana ustaz yg beri tazkirah tu cakap malam 21 yg lepas adalah malam Qadar atau lailatul Qadar. dia kata ini adalah kiraan mengikut imam Al-Ghazali. perrgh...terimbau le saya akan malam 21 tu. kat mana saya berada dan apa le 'amalan' extra yg dilakukan. rupanya saya di rumah orang tua, lepas terawih balik 'bersembang' dengan emak, abah dan adik beradik pastu tangkap tengok EPL jap dan tidur. bangun sahur dan kemudian subuh di surau...gitu le. selalunya gitule...bila adik-beradik ada sekali, riuh dan kecoh sikit sampai nak lakukan yg 'extra' tu sedikit sukar - namun saya tahu ini bukannya alasan. alahaaiii....

camna pun ustaz tu pun cakap yg ini bukan 'definite'...sebab tu la Allah tak beritahu bila secara tepatnya malam Qadar tu. kalau tak kita semua pakat bangun dan 'berjaga' untuk beramal pada malam tu je le. malam-malam yg lain....berdengkur le agaknya!!. jadik....kita kena terusla beribadah terutama di sepuluh yg terakhir ni. menggandakan amalan tak kira bila agaknya malam Qadar tu, moga-moga permohonan kita untuk dibebaskan dari api neraka tercapai.

itule yg sedikit risau...ye la manala tau kalau-kalau di malam Qadar tu kita tengah baguih dok buih kuit semperit....maka 'fadilat' buat kuih semperit selama 1000 bulanlah yg kita dapat. jadi sesamala kita pastikan yang sepuluh Ramadhan terakhir ni adalah sepuluh yg paling 'power' amalannya yg kita lakukan sebabnya kita mungkin juga takkan berjumpa lagi akan 10 terakhir Ramadhan yg akan datang. saya pun begitu juga. akan cuba 'berlebih-lebih' sikit melakukan amalan...paling tidak jika diizinkan Allah kena pada malam Qadar....maka banyakle sikit 'amalan' tu dimana 1000 bulan tu bersamaan 83 tahun 4 bulan....wallahualam

Tuesday, September 16, 2008

bila waktu berbuka pun tiba....

assalamualaikum...

berkesempatan juga saya dan isteri membawa anak-anak berjalan pada petang Sabtu lalu. anak-anak pulak terus mengambil 'kesempatan'...tapi takpe le. kalau tak dari kami sebagai ibu-bapa maka dari siapa le pulak yg diaorng nak ambil kesempatan, lagipun kita tahu...jadi semuanya under control larr.....cuma yg tak dapat control adalah budget masa.

tak sempat nak balik rumah...dan kerana itu kami pun berbukalah di luar. untuk mengelakkan dari kesesakkan atau tak dapat meja masa berbuka maka tempahan pun dibuatlah di sebuat kedai 'tom yam' di Rawang ni. menu? siakap 3 rasa sekor, kailan ikan masin satu dan tomyam campur satu. air- 2 teh-o ais dan 2 teh-o panas. cukuplah tu...itu pun dah kira mewah lagipun cepat le sikit bagi tukang masak nak memasaknya. utk confirm kami diminta mendahulukan rm10...hmm...maka rm10 tu pun dibayarle.

kemudian kami jalan-jalan cari kueh pula ke bazaar Ramadhan dan kemudian ke Mydin sekejap sebelum kembali semula ke restoran tom yam tu pada pukul 7 utk berbuka. segala-galanya dah siap dihidangkan di atas meja yg dah di'reserve' utk kami. bila waktu berbuka tiba maka kami dan keluarga dan pelanggan yg lain pun turut berbuka. alhamdulillah...semuanya selesai walaupun ada 'gangguan' kecil dari budak cina pengedar DVD lanun.

tibalah bab bayar. selepas dinyatakan nombor meja di kaunter bayaran maka saya pun ditunjukkanlah jumlah yg perlu dibayar. mak oii!!?...48 ringgit??. tersontot sekejap bijik mata dan tergamam gak seketika...dengan otak yg sekejap waras dan sekejap tak waras maka saya bayar juga jumlah tu. kemudian kami pun beredar. bila dah memandu seketika maka kewarasan tahap tinggi kembali masuk ke otak dan barulah 'tersedar' bahwa sepatutnya saya tanyakan secara detail kenapa harga makanan tu boleh jadi rm48 sedangkan itu semua lauk yg biasa kami makan dan selalunya harganya adalah sekitar rm26-27 sahaja.

adakah disebabkan kenaikkan harga makanan? atau disebabkan tempahan khusus? atau mungkin kami memang dah 'terkena'....entahle susah nak cakap. fikir-fikirkanlah...wallahualam.

Friday, September 12, 2008

abang Jef (Radzi Jamaluddin) dalam kenangan

assalamualaikum....

alhamdullilah abang jef dah selamat dikebumikan, saya sendiri bersama jiran yg lain berkesempatan 'menemankan' allahyarham ke kubur sebentar tadi. alhamdullilah juga kami di lorong 7 dan 6 ni mempunyai jiran-jiran yg sentiasa berprihatin dan sanggup menghulurkan bantuan. segala kerja dapatlah dipermudah dan berjalan dengan baik. kepada keluarga allahyarham, Kak Che Rohani dan anak-anak bersabarlah, tidak dapat dinafikan ini adalah dugaan yg paling getir untuk kakak sekeluarga tetapi percayalah allahyarham pastinya di tempatkan di tempat yg lebih baik di 'sana'. semoga rohnya bersama roh para solihin dan muqarrabin.

walau begitu mengejut, getir dan pahit...apa yg perlu kita ingat perancangan Allah mengatasi segala-galanya dan setiap yg berlaku pasti ada hikmah yg menuruti selepas itu. bagi saya yg mengenali allahyarham selama hampir 6 tahun sebagai jiran, beliau memang sentiasa tidak lokek dengan senyuman. sentiasa ada dikala 'mesyuarat' kejiranan dan sentiasa bermurah-hati menghulurkan pertolongan semasa gotong-royong atau semasa adanya aktiviti kejiranan. jujurnya...saya sendiri terkejut dan 'terasa' juga akan pemergiannya. pastinya rakan jiran-jiran yg lain begitu juga.

marilah kita panjatkan doa sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah swt semoga roh beliau sentiasa dalam rahmatNya. dia mungkin sudah tiada tetapi kenangan dan ingatan semasa beliau hidup pastinya terus segar dan berkekalan. di hari Jumaat..penghulu segala hari, di bulan Ramadhan..penghulu segala bulan beliau pergi meyahut panggilanNya. pastinya rahmatNya bersekali bersama pemergiannya. kepada Kak Che Rohani dan anak-anak...bersabarlah dan takziah dari saya sekeluarga. Al-fatihah.

Saturday, September 06, 2008

marhaban yaa Ramadhan Al-mubarak

assalamualaikum...

semuanya berhimpit-himpit mendatang sebab tu la 'tertinggal' sekejap nak mengupdate blog ni. projek baru pulak nak mula sebelum menjelang Ramadhan, projek lama dah nak kena 'furnish' balik, projek yg sedang berjalan nak dipastikan terus berjalan...kalau tak miss sorru. hmmm...gitule. apapun....Alhamdulillah...syukur ke hadratNya atas limpahan kudrat, kesempatan dan pentunjuk maka semuanya berjaya gak diurus dan dikawalselia. Alhamdulillah.

namun yg paling menggembirakan bukanlah kesemuanya tuh berjalan dgn ngem...tetapi ialah peluang yg Allah beri untuk bertemu kembali dengan Ramadhan Al-mubarak 1429 ni. panjang umur....dapat aku turut menggandakan serba-sedikit amalan. dapat merasai kenikmatan berpuasa. dapat berjamaah bertarawikh. berjaga di dinihari. berbuka bersama keluarga dan bermacam-macam nikmat Ramadhan lagi yg dapat aku rasai. seronok rasanya bila berpuasa kan? yeela...berpuasa di bulan Rejab dan Sya'ban pun seronok gak tapi bila berpuasa di Ramadhan ni...seronoknya bertambah-tambah lagi. mungkin sebab puasa tu dilakukan berjemaah kot. bukan sendiri-sendiri seperti semasa di Rejab dan Sya'ban. bayangkanlah kalau berpuasa Ramadhan di Baitullah...perghh!!...lagi le!

klipok-klipok dah nak masuk 6 hari kita berpuasa kan? jadi sama-samalah kita cuba seboleh-bolehnya utk mendapatkan rahmat dariNya di sepuluh pertama Ramadhan ni, mendapatkan pula pengampunanNya di sepuluh yg kedua dan mendapatkan pelepasan dari azab api neraka di sepuluh yg ketiga Ramadhan ini. mungkin takde siapa yg dapat memastikan kita 'berjaya' mendapat ketiga-tiga perkara tadi...tapi sesamalah kita yakin kepadaNya. paling penting kita buat je...satu lakukankanlah keranaNya, dua..sebab dah memang wajib kena buat dan ketiganya kalau-kalau esok hendak dihisab amalan kita mungkin ianya dapat membantu....wallahualam.