Friday, September 12, 2008

abang Jef (Radzi Jamaluddin) dalam kenangan

assalamualaikum....

alhamdullilah abang jef dah selamat dikebumikan, saya sendiri bersama jiran yg lain berkesempatan 'menemankan' allahyarham ke kubur sebentar tadi. alhamdullilah juga kami di lorong 7 dan 6 ni mempunyai jiran-jiran yg sentiasa berprihatin dan sanggup menghulurkan bantuan. segala kerja dapatlah dipermudah dan berjalan dengan baik. kepada keluarga allahyarham, Kak Che Rohani dan anak-anak bersabarlah, tidak dapat dinafikan ini adalah dugaan yg paling getir untuk kakak sekeluarga tetapi percayalah allahyarham pastinya di tempatkan di tempat yg lebih baik di 'sana'. semoga rohnya bersama roh para solihin dan muqarrabin.

walau begitu mengejut, getir dan pahit...apa yg perlu kita ingat perancangan Allah mengatasi segala-galanya dan setiap yg berlaku pasti ada hikmah yg menuruti selepas itu. bagi saya yg mengenali allahyarham selama hampir 6 tahun sebagai jiran, beliau memang sentiasa tidak lokek dengan senyuman. sentiasa ada dikala 'mesyuarat' kejiranan dan sentiasa bermurah-hati menghulurkan pertolongan semasa gotong-royong atau semasa adanya aktiviti kejiranan. jujurnya...saya sendiri terkejut dan 'terasa' juga akan pemergiannya. pastinya rakan jiran-jiran yg lain begitu juga.

marilah kita panjatkan doa sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah swt semoga roh beliau sentiasa dalam rahmatNya. dia mungkin sudah tiada tetapi kenangan dan ingatan semasa beliau hidup pastinya terus segar dan berkekalan. di hari Jumaat..penghulu segala hari, di bulan Ramadhan..penghulu segala bulan beliau pergi meyahut panggilanNya. pastinya rahmatNya bersekali bersama pemergiannya. kepada Kak Che Rohani dan anak-anak...bersabarlah dan takziah dari saya sekeluarga. Al-fatihah.

1 comments:

al-brangi Online said...

Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Menguruskan jenazah serta mengiringinya ke kubur sangat2 dituntut oleh Nabi SAW