Saturday, September 06, 2008

marhaban yaa Ramadhan Al-mubarak

assalamualaikum...

semuanya berhimpit-himpit mendatang sebab tu la 'tertinggal' sekejap nak mengupdate blog ni. projek baru pulak nak mula sebelum menjelang Ramadhan, projek lama dah nak kena 'furnish' balik, projek yg sedang berjalan nak dipastikan terus berjalan...kalau tak miss sorru. hmmm...gitule. apapun....Alhamdulillah...syukur ke hadratNya atas limpahan kudrat, kesempatan dan pentunjuk maka semuanya berjaya gak diurus dan dikawalselia. Alhamdulillah.

namun yg paling menggembirakan bukanlah kesemuanya tuh berjalan dgn ngem...tetapi ialah peluang yg Allah beri untuk bertemu kembali dengan Ramadhan Al-mubarak 1429 ni. panjang umur....dapat aku turut menggandakan serba-sedikit amalan. dapat merasai kenikmatan berpuasa. dapat berjamaah bertarawikh. berjaga di dinihari. berbuka bersama keluarga dan bermacam-macam nikmat Ramadhan lagi yg dapat aku rasai. seronok rasanya bila berpuasa kan? yeela...berpuasa di bulan Rejab dan Sya'ban pun seronok gak tapi bila berpuasa di Ramadhan ni...seronoknya bertambah-tambah lagi. mungkin sebab puasa tu dilakukan berjemaah kot. bukan sendiri-sendiri seperti semasa di Rejab dan Sya'ban. bayangkanlah kalau berpuasa Ramadhan di Baitullah...perghh!!...lagi le!

klipok-klipok dah nak masuk 6 hari kita berpuasa kan? jadi sama-samalah kita cuba seboleh-bolehnya utk mendapatkan rahmat dariNya di sepuluh pertama Ramadhan ni, mendapatkan pula pengampunanNya di sepuluh yg kedua dan mendapatkan pelepasan dari azab api neraka di sepuluh yg ketiga Ramadhan ini. mungkin takde siapa yg dapat memastikan kita 'berjaya' mendapat ketiga-tiga perkara tadi...tapi sesamalah kita yakin kepadaNya. paling penting kita buat je...satu lakukankanlah keranaNya, dua..sebab dah memang wajib kena buat dan ketiganya kalau-kalau esok hendak dihisab amalan kita mungkin ianya dapat membantu....wallahualam.

2 comments:

al-brangi Online said...

salam,

kita dah nak masuk 10 ramadhan kedua yang dijanjikan maghfirah. semoga kita sama-sama mintak ampun dgn Allah diatas segala dosa-dosa kita.

Terima kasih kerana sudi menjenguk posting saya. baru4-5 hari berkecimpung dalam dunia blog ni.
banyak saya boleh belajar dgn sdr. nahmy yg dah ber'blog' semenjak tahun 2006

nahmy said...

alhamdulillah...sama-samalah kita Bang dan syukran jazilan atas 'bersinggah' ke sini.