assalamualaikum...
berkesempatan juga saya dan isteri membawa anak-anak berjalan pada petang Sabtu lalu. anak-anak pulak terus mengambil 'kesempatan'...tapi takpe le. kalau tak dari kami sebagai ibu-bapa maka dari siapa le pulak yg diaorng nak ambil kesempatan, lagipun kita tahu...jadi semuanya under control larr.....cuma yg tak dapat control adalah budget masa.
tak sempat nak balik rumah...dan kerana itu kami pun berbukalah di luar. untuk mengelakkan dari kesesakkan atau tak dapat meja masa berbuka maka tempahan pun dibuatlah di sebuat kedai 'tom yam' di Rawang ni. menu? siakap 3 rasa sekor, kailan ikan masin satu dan tomyam campur satu. air- 2 teh-o ais dan 2 teh-o panas. cukuplah tu...itu pun dah kira mewah lagipun cepat le sikit bagi tukang masak nak memasaknya. utk confirm kami diminta mendahulukan rm10...hmm...maka rm10 tu pun dibayarle.
kemudian kami jalan-jalan cari kueh pula ke bazaar Ramadhan dan kemudian ke Mydin sekejap sebelum kembali semula ke restoran tom yam tu pada pukul 7 utk berbuka. segala-galanya dah siap dihidangkan di atas meja yg dah di'reserve' utk kami. bila waktu berbuka tiba maka kami dan keluarga dan pelanggan yg lain pun turut berbuka. alhamdulillah...semuanya selesai walaupun ada 'gangguan' kecil dari budak cina pengedar DVD lanun.
tibalah bab bayar. selepas dinyatakan nombor meja di kaunter bayaran maka saya pun ditunjukkanlah jumlah yg perlu dibayar. mak oii!!?...48 ringgit??. tersontot sekejap bijik mata dan tergamam gak seketika...dengan otak yg sekejap waras dan sekejap tak waras maka saya bayar juga jumlah tu. kemudian kami pun beredar. bila dah memandu seketika maka kewarasan tahap tinggi kembali masuk ke otak dan barulah 'tersedar' bahwa sepatutnya saya tanyakan secara detail kenapa harga makanan tu boleh jadi rm48 sedangkan itu semua lauk yg biasa kami makan dan selalunya harganya adalah sekitar rm26-27 sahaja.
adakah disebabkan kenaikkan harga makanan? atau disebabkan tempahan khusus? atau mungkin kami memang dah 'terkena'....entahle susah nak cakap. fikir-fikirkanlah...wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment