Friday, January 30, 2009
puaka yg langsung tak puaka...
"adik kalau takut tak payahlah tengok". "tapi adik nak tahu lah abah...camna citer tu", balas adik yg juga anak kedua saya tuh. "sebenarnya antu tu orang pakai sarung cam cicakman je", cuba saya terangkan pada adik. "tapi takut jugak lah abah", balas dia balik. "dahla...kalau dah takut, pi kencing pastu masuk tido"' saya pulak dah naik suara. "kalau nak tengok...tapi lepas tu takut nak pi dapur, nak masuk bilik air...baik tak payah tengok". "ok-ok...adik nak tengok...tapi kalau takut adik mintak abang ke, mama ke kawankan la..", perghh!! cerdik plak dia!. "dahlah pi tido...esok nak bangun pagi, abang pun dah lama tido tu", kali saya keras sikit dan nyut-nyut dgn langkah 'rebel without cause' dia pun masuk tido.
itule sikit-sikit adegan malam tadi semasa saya, isteri dan anak kedua ni cuba nak bersantai sambil menengok 'puaka niang rapik'. katanya episod terakhir...jadi nak le juga tengok. episod yg lepas memang jarang sangat kami tengok. memang pun dah tebiat kiteorang suka tengok citer bab-bab yg dah nak 'ending' je...jadi tak payahle nak tunggu lama utk ketahui penutupnya.
yg pelik wal ajaib, akhir-akhir ni banyak sangat plak pilem-pilem camni yg diorng terbitkan. ntahle...samada 'jumping to the bandwagon'...atau dgn kata lain mengikut trend atau memang dah habis modal. tak tau nak buat citer apa. kalau menengok citer tu mlm tadi...memang message yg nak disampaikan ialah jangan buat kerja syirik, itu aje. tapi dia punya plot, dia punya persembahan penceritaan langsung tak menarik. tak 'tersentak-sentak' ketakutan pun bila menengoknya.
letih bro....letih. malahan ada scene yg tak ada dialog hampir 15 minit...punyale malas tukang tulis skrip nak tulis dialog!!. saya dulu pun terlibat gak sikit-sikit dlm buat skrip & storyboard dan saya tahule kerja-kerja tukang tulis skrip/dialog ni. bila scene takde dialog tu diaorng pun mainkan le lagu instrumental lama-lama sikit....hanya utk amik masa panjangkan citer. konon pandai le buat camtu tapi sebenarnya menjadikan kualiti pilem/citer tu jatuh lagi ada.... rasanya pembuat pilem/drama kena teliti sikitle...sbb penonton skrang pun dah cerdik, dah tahu menilai. tak boleh le main sogok je....wallahualam
Friday, January 23, 2009
are they going somewhere??
assalamualaikum…
are we play for the sake of play or are we play because we eagerly wanted to win? saying that these guys don’t want to win is pretty outrageous….but saying that they seems like it; I guess it’s pretty much okay either. what does the UAE team have that our boys don’t? stamina? skills? experience? good coach? well-planned football development program? well…it seems like almost everything, does it? but, it definitely untrue...we do have all these.
how long have they play football compare to our own boys? I don’t think that long. so what had actually went wrong? I’m not talking about losing with a goal difference, its five goals to nothing bro. it needs another one more goal to make it half-a-dozen! and I’m talking about after we being exposed to football for approximately 40-50 years…or maybe more. I’m not expressing my anger here. I just felt a little bit disbelief!
maybe I’m wrong here, but this is my personal view…or maybe an honest view from a normal everyday Malaysian sportsfan! what seems that our own boys’ lacks off are the focus and strong-will. if to compare their physical build-ups with the UAE team, the comparison should be apple to apple - not so much difference. but, when come to focusing ability plus the strong-will spirit, the comparison might be apple to some other fruit.
maybe, these guys need to be hypnotized few minutes before they enter the pitch. maybe, they need to do the ‘auto suggestion’…where everybody involved focusing their mind to only one target. maybe we should give it a try…I believe there’s no harm done trying this especially after trying some other avenues for quite sometimes now…maybe it’ll somehow works who knows?? wallahualam
Monday, January 19, 2009
the new corporate office
penat rasa sedikit beberapa hari lalu. macam-macam hal. salah-satunya ialah kesibukan mencari 'corporate office'. ofis satu hal....ofis korporat pulak satu hal lain. masalah kesihatan pun ada juga datang menyinggah...tapi alhamdulillah takle yg 'berat-berat'. apapun terenjat le sikit aktiviti dan jadual kehidupan tu.
ofis korporat ni kalau takde pun sebenarnya tak pe. tapi akhir-akhir ni ramai pulak sahabat-sahabat yg berstatus rakan kenalan, rakan perniagaan dan ada pulak yg dipanggil rakan berborak dan berdiskusi suka jika saya ada 'corporate office' ni. kata diaorang senang utk 'berdiskusi', saling bertukar info dan nasihat - samada tentang kehidupan atau mahupun tentang kematian. diaorang kata lebih 'private', tiada gangguan dan ada 'one-to-one counseling' dan kalau bersemuka ni dalam suasana damai dan tenteram lagi mudah dan ringkas...gitu le kata diaorng.
apapun kalau ada minum-minum, semuanya kalau diorang yg kaw-tim maka saya okay je. kecil tapak tangan talam saya tadahkan. 'corporate office' tu pulak setelah kesekian lamanya mencari akhirnya Allah ketemukan juga saya dgn ofis tu. cuma dia dalam konsep 'mobile' le. kalau nak tengok camna rupa 'corporate office' saya tu...silale tengok kat bawah ni.
pemandangan indah, tea lady pun sentiasa ada, suasana kekadang bising kekadang senyap...tapi takpe le janji tak kena bayor sewa. komunikasi pun mudah...email, telefon...insyaAllah semua ada. cuma bab nak..'membuang' samada yg kecil atau yg besar kena le..pandai-pandai...hehh!
kalau yg nak jumpa tu ramai sgt nampaknya kenalah disediakan nombor giliran...itu aje atau pindah ke 'corporate desk' yg lebih besar. alamat? disebabkan yg ianya 'mobile' maka takde le alamat tetap utk masa ni...esok-esok tak tahulah. gitule...wallahualam.
Thursday, January 08, 2009
suram di bumi GAZA
hiruk dan riuh pagi bersilih
di sini mereka berencana menyerikan hidup
teh tarik pegun setia di sudut meja
aku termanggu bila menyelak berita
GAZA sekarang bukan dahulunya
bergoncang PBB, berusuhan umat
US masih tegak, ISRAEL masih berwenang
penjihad semakin berkelibat
aku termanggu hiba demi terlihat
anak-anak kecil kaku dipangkuan
parlimen dengan usul tergempar
rejim ZIONIS masih meratah
bantuan mencurah membukit
aku termanggu memikirkan
dimana OIC dan negara-negara seagama?
kanak-kanak dan wanita tidak dihirau
si YAHUDI rakus umpama tiada akhirnya
jutaan kutukan dan cercaan diketawakan
aku termanggu cuba merenungi
di manakah baiknya si empunya laknat Allah itu?
gersang dan menjarak kelak GAZA
ayuh gemblengkan usaha, bantuan & doa
terkuis menjauh segala derita
aku termanggu sedih dan menginsafi
kehadratNya kupohon agar segalanya pulih
nahmy : 11 muharam 1430/ 8 jan 2009
Sunday, January 04, 2009
gumbirenya hati
gumbire sesangat terasa. "hari ini kan ku mulakan hidup baru..sang suria akan jadi temanku oh sungguh ku gumbire..", senikata lagu apa ntah...dah lupa aku. alleycats kot?? tapi lagu dan senikata yg nilah saje yg dok berulang-ulang aku nyanyikan. samada secara dengar tak dengar ataupun hanya di hati. mungkin sebab gumbire kot?
sebab gumbire? kerana aku dah berjaya menggosok 10 pasang baju seragam sekolah anak aku yg sulung tuh. utk menggosok sebanyak tu bagi aku yg mempunyai jari dan tangan yg lembut & halus-mulus ni bukan satu kerja mudah. tapi aku tabahkan jua demi kerana Allah, kerana anak dan kerana takde 'maid'...hehh!!. aku dah dari dulu lagi cakap kat isteri yg kita boleh pikir amik maid bila anak dah tiga...jadi sementelah dua ni maka sendirilah sama-sama menanggungnya. esok bila insyaAllah jadi tiga maka bolehlah fikir camna nak appoint maid tu..
bagi sesetengah orang yg hebat-hebat, 10 pasang baju sekolah mmg kacang habis. bahkan setakat 20 pasang pun diaorng kira cam makan kacang badam je...tapi idakle untuk diriku ni. setakat nak gosok baju sendiri sehelai pun berpeluh & terlenguh-lenguh lutut & tangan. gosok baju ni pun sebenarnya adalah pekerjaan yg kureng aku suka...kalau beli baju pun skrng ni cari yg wrinkle-free je, yg kain jenis tak berkedut. senang!
untuk sesapa yg nak cuba-cuba bidang gosok baju seragam sekolah anak ni, bolehla refer ke posting aku yg dulu (klik sini) . harap-harap mudah diikuti dan difahami...kalau tak faham juga nasib korangle. aku dulu pun tak faham gak posting aku sendiri tu...tapi lepas makan nasi 3 pinggan...maka barulah aku faham. gitule...wallahualam.
Friday, January 02, 2009
tahun baru oh tahun baru!
napele kita bila lepas tiap-tiap sambutan tahun tahun baru terutama tahun masehi mesti jadi tunggang-langgang. mesti jadi kucar-kacir sahsiah, tingkahlaku, keperibadian dan cara pikir. bukan semua. tapi kalau kita tak 'control' mungkin esok lusa semuanya berpeluang jadi camni. apala yg hebat sangat pasal tahun baru tu yg bila menyambutnya sampai tergadai maruah diri dan di sesetengah kes sampai tergadai nyawa. kita sambut pun dia datang kita tak sambut pun dia tetap datang. kan banyak lagi bebenda yg lebih 'manis' dan bermenafaat utk dilakukan dari terkinja-kinja mengira 'count-down' tu dan bersorai melihat bunga api.
tergezut tahap gaban bila mendengar dan membaca berita apa yg telah berlaku rentetan dari sambutan tahun baru tuh. walaupun tak sampai nangis...tapi memang tergezut. macam-macam citer sadis yg berlaku rupanya! kalau nak citer 'thrill' dan 'adventure'....kita pakat-pakat pikul senjata tolong saudara kita di Palestine tu lagi thrill dan adventure...bahkan silap haribulan mati syahid lagi tu. kalau tak dpt senjata...kita guna batu pun okay...kan??
alahaaaii...brothers dan sisters (dan diri saya sendiri), jom la kita pakat hijrahkan diri kita. tak teringin ke kita menggunapakai 'diri' kita yg 'baru'. yg lebih manthop, terkini, hebat dan cemerlang. yg tahu mana yg teramat penting dari yg penting? yg tahu dgn mutlak membezakan mana yg hak dan mana yg batil? yg menjalankan jawatan 'khalifah' di mukabumi Allah ini dgn efisiennya? tak teringin ke? bukan kena bayor pun....
lepas 1430 akan ada 1431, dan lepas 2009 akan ada 2010. jangan gaduh sgt pasal tahun ni...sbb selagi tak kiamat dan selagi hayat dikandung badan insyaAllah kita akan menemuinya. kalau azam atau matlamat tak tercapai jgn terkujat, jgn menghibakan diri dan jgn bergundah-gulana. apa yg kita perlu ubah ialah 'cara' nak capai matlamat tu. dan buatlah byk mana azam dan matlamat tak kisah punya....dan jika azam atau matlamat tu dah tercapai maka kita set azam dan matlamat baru pulak....cuma tak perlu tunggu hujung tahun utk set azam atau matlamat baru tu. di tengah tahun pun tak pe...polis pun tak marah...wallahualam.