Sunday, January 04, 2009

gumbirenya hati

assalamualaikum...

gumbire sesangat terasa. "hari ini kan ku mulakan hidup baru..sang suria akan jadi temanku oh sungguh ku gumbire..", senikata lagu apa ntah...dah lupa aku. alleycats kot?? tapi lagu dan senikata yg nilah saje yg dok berulang-ulang aku nyanyikan. samada secara dengar tak dengar ataupun hanya di hati. mungkin sebab gumbire kot?

sebab gumbire? kerana aku dah berjaya menggosok 10 pasang baju seragam sekolah anak aku yg sulung tuh. utk menggosok sebanyak tu bagi aku yg mempunyai jari dan tangan yg lembut & halus-mulus ni bukan satu kerja mudah. tapi aku tabahkan jua demi kerana Allah, kerana anak dan kerana takde 'maid'...hehh!!. aku dah dari dulu lagi cakap kat isteri yg kita boleh pikir amik maid bila anak dah tiga...jadi sementelah dua ni maka sendirilah sama-sama menanggungnya. esok bila insyaAllah jadi tiga maka bolehlah fikir camna nak appoint maid tu..

baju pertama...pheww!

semoga cepatle ko pandai gosok baju sendiri...anakku

bagi sesetengah orang yg hebat-hebat, 10 pasang baju sekolah mmg kacang habis. bahkan setakat 20 pasang pun diaorng kira cam makan kacang badam je...tapi idakle untuk diriku ni. setakat nak gosok baju sendiri sehelai pun berpeluh & terlenguh-lenguh lutut & tangan. gosok baju ni pun sebenarnya adalah pekerjaan yg kureng aku suka...kalau beli baju pun skrng ni cari yg wrinkle-free je, yg kain jenis tak berkedut. senang!

1/3 tempat gantung baju dah hampir penuh..

abah dulu sekolah pun tak camni banyak baju..

untuk sesapa yg nak cuba-cuba bidang gosok baju seragam sekolah anak ni, bolehla refer ke posting aku yg dulu (klik sini) . harap-harap mudah diikuti dan difahami...kalau tak faham juga nasib korangle. aku dulu pun tak faham gak posting aku sendiri tu...tapi lepas makan nasi 3 pinggan...maka barulah aku faham. gitule...wallahualam.

8 comments:

Yunus Badawi said...

Tahniah kerana berjaya menggosok sampai 10 pasang baju sekolah anak. Cukuplah utk 2 minggu kan kalau dia salin hari2.
Sejak kahwin (dah > 21 tahun) saya dah jarang sgt gosok baju. Buang karan pasal tembel sgt. Lebih baik bagi kat pakar (isteri sayalah tu) yg buat.

e-leeyana said...

kalau saya yang gogok baju tu, rasanya satu hari pun tak siap kot. sebab, saya ni cerewet bila menggosok. tak boleh nak ada kedut tinggal sedikit pun..hehe..

apa pun, tahniah!!!

ku tak sempurna said...

bapak dan suami mithali la ni (harap2nya)

aku bab2 gosok ni sbnrnya amatlah malas... tp memandangkan aku adalah seorang wanita yg mementingkan penampilan (blueeekkkk), makanya rajinkanlah diri ni utk menggosok...

takkan nak pki baju ngan tudung berkedut kan...

aku nak gak refer posting ko pasal menggosok tu, tp bila ko kata ko mkn 3 pinggan nasi baru paham, hmmm tertelan air liur aku... muehehehehehe... susah sgt ke nak phm... :P

erisya nor said...

wahhhh taniah! bukan mudah tangan mulus suami nak iron baju huhuhu....tak mcm rakan sekerja yang selalu merungut tiap pagi iron tudung isterinya....dah le labuh, licin pulak tu ! huhuhu

hmmm memang suami mithali :)

theconfused said...

3 pinggan nasik?? hohoho.. tanaklah bace...

ku tgh diet nehhh.. hohohoho

nahmy said...

saudara Yunus...syukran atas ucapan tahniah tu. saya pun kekadang tu tembel gak..sbb byk makan tempe kot...ntah lee..

miss e-lee...
belile tudung & kain dari jenis 'wrinkle-free' tu..

cik kutaksem..
carile esok2 abang2 yg dari spesis pandai & suka gosok baju...aman hidup...insyaAllah.

cik erisya...
nasib baikle lps gosok tu..org rumah cepat2 sapukan cream & lotion utk mengembalikan kemulusan kulitku itu...oohhh...

cik conf..
setakat 3 pinggan tu biasa je..klu 3 pinggan + 3 teko besar teh o...barule pengsan!!

Tie said...

Wah...tabik la kat bapa mithali ni...

Memang tak pernah tengok seorang bapa gosok baju anak dia ni...gosok baju sendiri pun dah cukup hairan... Beruntung betul wife tu...katakan padanya...bukan senang dapat hubby sebaik ini tau!!

nahmy said...

kak tie...
alaaarr...you ni! malulah panggil saya camtu...mithali-mithali tu. tabik je dah laa....hehhee..