Monday, January 19, 2009

the new corporate office

assalamualaikum...

penat rasa sedikit beberapa hari lalu. macam-macam hal. salah-satunya ialah kesibukan mencari 'corporate office'. ofis satu hal....ofis korporat pulak satu hal lain. masalah kesihatan pun ada juga datang menyinggah...tapi alhamdulillah takle yg 'berat-berat'. apapun terenjat le sikit aktiviti dan jadual kehidupan tu.

ofis korporat ni kalau takde pun sebenarnya tak pe. tapi akhir-akhir ni ramai pulak sahabat-sahabat yg berstatus rakan kenalan, rakan perniagaan dan ada pulak yg dipanggil rakan berborak dan berdiskusi suka jika saya ada 'corporate office' ni. kata diaorang senang utk 'berdiskusi', saling bertukar info dan nasihat - samada tentang kehidupan atau mahupun tentang kematian. diaorang kata lebih 'private', tiada gangguan dan ada 'one-to-one counseling' dan kalau bersemuka ni dalam suasana damai dan tenteram lagi mudah dan ringkas...gitu le kata diaorng.

apapun kalau ada minum-minum, semuanya kalau diorang yg kaw-tim maka saya okay je. kecil tapak tangan talam saya tadahkan. 'corporate office' tu pulak setelah kesekian lamanya mencari akhirnya Allah ketemukan juga saya dgn ofis tu. cuma dia dalam konsep 'mobile' le. kalau nak tengok camna rupa 'corporate office' saya tu...silale tengok kat bawah ni.

Photobucket Photobucket

pemandangan indah, tea lady pun sentiasa ada, suasana kekadang bising kekadang senyap...tapi takpe le janji tak kena bayor sewa. komunikasi pun mudah...email, telefon...insyaAllah semua ada. cuma bab nak..'membuang' samada yg kecil atau yg besar kena le..pandai-pandai...hehh!

kalau yg nak jumpa tu ramai sgt nampaknya kenalah disediakan nombor giliran...itu aje atau pindah ke 'corporate desk' yg lebih besar. alamat? disebabkan yg ianya 'mobile' maka takde le alamat tetap utk masa ni...esok-esok tak tahulah. gitule...wallahualam.

5 comments:

iina said...

selamat berpindah randah ye ;) janji hati senang :)

Unknown said...

sampai 3 teh tarik.. hohohohoh.. dahsyat2.. :)

erisya nor said...

wahhhh sempoi ofis nahmy....lagi bagus..sambil berdiskusi boleh pekena teh tarik!

KTS said...

mak aihhh... nak kena no.giliran gak ke...

mesti penangan teh tarik mamak tu...

anyway, congrats sbb dah ada corporate ofis... mobile pun mobile la kan... :)

nahmy said...

cik iina...
betul tu janji hati senang...jiwa tenteram, duit tak koyak sgt

cik conf..
hari-hari biasa tak camtu, tp hari tu 'tea lady' tu nampak cam menarik pulak!!

cik erisya..
atau sambil kena teh tarik boleh berdiskusi...hehhe..

cik kutaksemp..
14 tahun saya dah ngidamkan 'corporate office' ni...akhirnya dpt gak