Thursday, January 08, 2009

suram di bumi GAZA

suram di bumi GAZA

hiruk dan riuh pagi bersilih
di sini mereka berencana menyerikan hidup
teh tarik pegun setia di sudut meja
aku termanggu bila menyelak berita
GAZA sekarang bukan dahulunya

bergoncang PBB, berusuhan umat
US masih tegak, ISRAEL masih berwenang
penjihad semakin berkelibat
aku termanggu hiba demi terlihat
anak-anak kecil kaku dipangkuan

parlimen dengan usul tergempar
rejim ZIONIS masih meratah
bantuan mencurah membukit
aku termanggu memikirkan
dimana OIC dan negara-negara seagama?

kanak-kanak dan wanita tidak dihirau
si YAHUDI rakus umpama tiada akhirnya
jutaan kutukan dan cercaan diketawakan
aku termanggu cuba merenungi
di manakah baiknya si empunya laknat Allah itu?

gersang dan menjarak kelak GAZA
ayuh gemblengkan usaha, bantuan & doa
terkuis menjauh segala derita
aku termanggu sedih dan menginsafi
kehadratNya kupohon agar segalanya pulih


nahmy : 11 muharam 1430/ 8 jan 2009

8 comments:

Iliana said...

Gaza menjerit
manusia membuta
mereka bertafakur
kita bersuka ria

aduhai..pedih sekali mengenangkan nasib mereka

Zul-Elle said...

Diminta semua masjid dan surau solat hajat dn baca doa qunut nazilah untuk kebaikan dan perlindungan rakyat Palestine... Hulurkan derma untuk kebajikan rakyat Palestine yang menderita dan cedera. Boikot barangan Israel & Amerika. Tolonglah!. Inilah pertolongan yang dapat kita berikan. Marilah pejuang Islam semua!!!

Tie said...

Kita hanya mampu berdoa... Moga2 Allah turunkan bala kepada golongan laknat ni...

Unknown said...

oHOH.. aku sgt sedihhh

Yunus Badawi said...

Malam tadi kat surau kami buat pungutan utk membantu saudara2 kita di sana. Dapat RM1200. Nak kena kempen lagi supaya lebih ramai yg menderma malam Jumaat depan.

nahmy said...

cik e-leey..
berat mata memandang berat klg bahu memikul. jumle kita bykkan berdoa agar mereka sentiasa dlm perlindungan Allah.

Tuan Zul-elle..
alhamdulillah...disini pun berlaku aktiviti yg sama

kak tie...
terus dan terusle kita berdoa...insyaAllah...

miss conf...
alhamdulillah...bila kita sedih bermakna kita prihatin..

Tuan Yunus...
sikit-sikit derma kalau dikumpulkan insyaAllah byk juga jadinya...& dptlah meringankan bebanan saudara kita di sana insyaAllah..

wan hussin said...

Salam ziarah.

Best blog nih, pelbagai rencah.

Keep it up. :)

nahmy said...

salam en wan...

best tu tak tau lah...tp bab rencah tu mmg adale sikit2 insyaAllah.

t.kasih krn bertandang.