akhirnya alhamdulillah...dpt juga sikit ruang utk menqupdate blog bertuah nih. ingatkan dlm dok 'bergelap' sejam mlm tadi nak update...tapi tak nampak plak 'key-pad' ni. sungguhpun rumah ni dah selalu 'bergelap' walau tanpa ambil bahagian dlm 'Earth Hour' (black-out le tu) tp demi menyatakan sokongan kpd kempen pengurangan pemanasan global maka kiteorng pun pakat-pakat gak duduk dlm gelap selama sejam. oleh krn sejam je maka lilin pun tak kiteorng nyalakan....berbanding dgn black-out yg biasa tu yg berjam-jam lamanya.







ramai gak jiran-jiran yg turut 'participate' tp ramai juga yg tak...dan itu adalah kehendak & pilihan masing-masing. ikut pun tak salah dan tak ikut pun tak salah juga. cuma yg ikut tu sedikit-sebanyak dptlah kurangkan penggunaan tenaga letrik dan dptlah sikit-sikit jimatkan bilnya. jika ditengok dlm konteks kita sendiri mungkin penjimatan tu sebesar telur kutu je...tapi kalau dilihat dari konteks ramai...maka banyak tu penjimatan yg berlaku.
saya juga ada tengok foto menara berkembar KLCC yg sejam turut bergelap dan memang menarik. menarik bukanlah kerana bangunan tu dah jadi 'hitam' ttp kerana dlm konteks kerajaan sebuah negara juga turut mengambil bahagian dlm kempen mengurangkan pemanasan global nih. ok le tuh!!. jadi bukanlah ni satu benda yg kecil...ini adalah berkenaan 'masa depan' yg akan kita 'hulurkan' kpd pewaris kita. kpd anak-cucu kita. kita kena 'start somewhere'...kena kita mulakan walaupun kelihatannya sekelumit kecil. mcm pepatah cina kata "perjalanan beribu batu bermula dgn satu langkah kecil"...wallahualam.