Monday, March 16, 2009

syabas Dato!

assalamualaikum...

akhirnya setelah sekian lama tak menang-menang walaupun dah hampir berbelas kali jumpa, maka semalam menang juga Dato' Lee Chong Wei. berjaya gak dia menundukkan musuh tradisinya yg sangat liat tu - Lin Dan. saya yg kebetulan terlihat 'perlawanan' tu terus tak berganjak menontonnya. bukanlah sbb sokong Dato LCW sangat cuma nak tengok camna dia boleh kalah pada Lin Dan masa All England minggu lepas (pssstt....sokong lebih-lebih pun bila dia menang dia kayo...saya?? hilang suara...!).

utk saya yg boleh main badminton tapi takle terer sgt...saya boleh katakan skill, stamina dan prestasi Dato' LCW dgn Lin Dan tu hampir sama je. cuma klu nak beza ialah dari segi 'kemampuan mental' je. mcm artikel-artikel saya yg lepas berkenaan sukan...apa yg boleh diperhatikan atlet @ ahli sukan kita mungkin ada sikit kureenng...kat part ni. bukan semua atlet @ ahli sukan ye...saya tak kat semua. cuma kebanyakannya..

bab mental ni...yg saya tengok agak kental kemampuan mentalnya ialah atlet basikal - Azizul Hasni (klu tak silap lah) dan Dato' Nicol David. tp itu pandangan saya le...mungkin org lain - lain pula pandangannya. apapun...game Dato' LCW dgn Lin Dan semalam mmg agak tense. sbb mungkin pada saya Lin Dan adalah 'mental block' Dato' LCW dan bukan standard kejohanan yg penting pd beliau tapi mengalahkan Lin Dan tu adalah sasaran utamanya. syabas Dato' dan teruskan kekal di nombor 1 dunia....wallahualam.

3 comments:

Tie said...

Ooo tak tahu pulak..

Tie minat badminton hanya ketika anak2 Sidek tu bermain...sekarang dah kurang laa...

ku tak sempurna said...

apa plak habuannya kali ni??

dato'seri/tan sri?

nahmy said...

tie..
mmgle masa tu badminton rasa cam best je...tp bila le nak dtg lg zaman cam tu yekk??

cik kutaksemp..
engor kate diorng nak bagi kuih seri muka je...janji seri kan?...kan?