Monday, March 02, 2009

kewarasan akal yg semakin pudar?

assalamualaikum...

alaaahaaiii...kenapale boleh jadi camtu? dibiorkan anak 3 tahun jaga anak kecil 14 bulan. akhirnya...berakhirlah riwayat anak kecil 14 bulan tu. sapalah agaknya yg nak disalahkan? memanglah kalau dah ajal maka tidak lewat atau cepat walau sesaat. memanglah itu semua Allah yg tentukan. tapi semuanya ada assebab kan? Rasullulah pun suruh sahabat tambat dulu kuda dan lepas tu baru tawakkal. mana boleh tanpa ditambat dahulu maka terus tawakal yg kuda tu takkan lari...

ada orang sampai berpuluh tahun kahwin tapi takde rezeki dapat anak, ini dah ada diambil-mudah pulak menjaganya. saya tak nak nak kata apa-apa, sebab kalau nak buat 'judgement' kita kena 'see both side of the coin'. bukan kerana apa yg nak dikatakan tapi kenapa? kenapa meninggalkan anak 14 bulan pada sikakak yg berumur 3 tahun tu. sedangkan kalau nak dikira kakak tu pun kena ada orang yg jaga...dia pun tak berakal lagi. tak tahu sangat nak beza mana yg baik dan mana yg buruk.

terguris sedih bila baca citer-citer camni, eventhough it wouldn't spoil the rest of my day...tapi sedih la bro!. bagi saya yg nak dapat seorang lagi ni memanglah saya akui kekadang kita terhimpit antara jadual mencari nafkah dengan tanggungjawab kpd anak tu...tapi cubalah sedaya-upaya selesaikan dulu tanggungjawab kpd anak tu. anak adalah amanah. buat arrangement betul-betul...kemudian barulah tawakkal....wallahualam.

7 comments:

Yunus Badawi said...

Saya bila dengar berita ini pagi tadi pun rasa macam Nahmy. Yg penting kita ambil iktibar dari trajedi ini.
Selamat menyambut kelahiran anak baru.

Tirana said...

Salam Nahmy...

Manusia sekarang menjadi semakin tidak waras akalnya..Banyak faktor yang menyebabkan jadi begitu..Salah satunya ialah apabila menjauhkan diri dari agama...

Tie said...

Cuai !

Bagi Tie, anak2 yang besar ni pun Tie masih lagi bimbang. Tak pernah ditinggalkan keseorangan. Sekurang2nya berdua. Entah mana tahu tergelincir dlm bilik air ke, atau jatuh dari tangga tu... memang selalu berfikir yang bukan2.

KTS said...

mmg cuai...

jika kita rasa sedih, pastinya ibubapa itu lagi sedih...

susah nak komen sbb kita tak tahu situasi sbnr..

harap dpt dijdkan pengajaran buat semua...


-peace no war-

Unknown said...

citer pe nih??/ huhuhuhuh.. sadiss jaa

Iliana said...

manusia itu memang mudah lupa..yang di depan mata tak dihargai, yang tiada tercari-cari

nahmy said...

pak YB,
mmg perlu kita mengambil iktibar drnya...& t.kasih.

tirana..
betul tu...ugamalah yg perlu kita jdkan dahan bertaut...utk setiap waktu & keadaan.

cik kutaksemp..
kita mmg kena 'melihat' apa yg ada utk kita dr peristiwa camni..

cik conf...
mmg sadis & tragis...

cik iliana..
gitu le kita selagi bernama 'manusia'..kita mmg sentiasa dlm 'kerugian'...cam yg dlm surah wal-asri tu..