assalamualaikum...
'kepadaNya kita datang dan kepadaNya jugalah kita pergi'. kenapa kita mati? kenapa semua orang mati? adakah mati itu sebagai satu 'balasan' tuhan? bagaimanakah kematian itu? apa pula yg ada selepas mati? banyak persoalan pasal mati ni dan hampir semuanya takda jawapan. kalau nak ada tu mungkin untuk satu-dua soalan sahaja itupun belum tentu tepatnya...melainkan yg telah dinyatakan dalam Quran & Hadith (yg ada segelintir kita sekejap percaya dan mungkin di satu waktu lain payah pula nak percaya).
semua orang mati dan ni dah tentu betul!. yg kaya, yang popular yg sering menjadi tumpuan - dikelilingi oleh peminat dan orang-orang yg sering menyanjungi mereka, mereka tak pernah sunyi dan sentiasa sibuk semasa hidup tapi bila mati, akhirnya mereka 'berseorangan' di alam kubur. mungkin seminggu-dua mereka masih di'ingati' (dan ada yg masih diingati) tapi lepas tu mereka hanya data 'statistik'. yg terus menyedekahkan fatihah - alhamdulillah tapi yg lainnya?? akhir cerita mereka 'keseorangan' di alam satu lagi tu dan 'berteman'kan amalan mereka.
bagi yg hidup bila dipertontonkan/diperdengarkan cerita tentang mati apa pula yg mereka dapat? mereka berhentilah sejenak untuk ber-al-fatihah dan kemudian sambung balik le keja. adakah setakat itu iktibar dari kematian yg mereka dapat? mungkin! tapi pastinya ada yg mendapat iktibar yg lebih dari itu. satu dari iktibar dari mati ini yg kita boleh renungkan ialah mati terjadi tanpa kita sedari. dia datang tanpa kita sedari. kita sedia - mati, kita tak sedia pun mati. camna dgn 'sedia' tu? maknanya macam yg Saidina Ali cakap - hidup ini adalah tidur dan 'mati' itulah terjaga....cuba-cubalah selidiki maknanya tu. andai dah ketemu maknanya insyaAllah kita mungkin sedikit 'sedia' untuk mati....wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago