Friday, July 10, 2009

kapal selam mai dahhh....

assalamualaikum...

yahuu!...yahuuu!!..kita tak lama lagi akan diri sama tinggi, cangkung sama rendah dgn negara-negara maju atau setengah maju dlm aspek ketenteraan. sebabnya? kita akan terima kapal selam kita sendiri tak lama lagi. bahkan sekarang pun dia tengah 'on-the-way' atau 'in-the-sea' (pilihlah yg mana suka!). seronok saya, yeelaa...selama ni dok terjakun bila nengok kapal selam orang lain...ini negara sendiri dah ada, tentulah teruja sikit.

bertahun dok tunggu dan berpuluh billion ringgit habis...akhirnya insyaAllah akan kita terima juga kapal selam tu. saya dah cadang nak amik gambar dan jadikan wallpaper utk notebook saya ni. bahkan mungkin untuk wallpaper dinding rumah saya ni...jangan mareee..hehh!. lepas ni perbelanjaan 'mantenance'nya mungkin menagih perbelanjaan yg banyak dari kerajaan...tapi apa kisah...kita banyak duit apa (betul ke nih?). nanti kalau takde kapal selam ni...cangkung tak sama rendah pulak dgn negara-negara tu. welll...apapun tentulah ada pros and cons nya.



teknologi ketenteraan kita pun dah tentulah akan ke depan setapak lagi. tentera laut kita khasnya dah tentulah akan lebih dipandang ada class gitu. kita akan lebih berdaya saing dalam aktiviti pertahanan negara...tentera-tentera kita dah tentulah ada lebih sikit semangatnya. lanun-lanun pun tak bolehle pandang sebelah mata je kat pihak pertahanan laut kita. nelayan-nelayan asing pun pastinya terpeleot niat mereka nak meredah sempadan laut kita. namun akhirulkalamnya...takkan setakat untuk tujuan jaga lanun dan nelayan asing nak digunakan kapal selam canggih tu? harap-harap takde la kot! dan yg paling dikhuatirkan ialah apa plak nak dijadikan kapal selam tu 15-20 tahun akan datang? bila ianya dah masuk usia senja...hmmm...wallahualam

9 comments:

sentosa77 said...

Salam.. yng part akhir tu, bila dah masuk usia senja jual pulak kat negara Afrika yng miskin tu.. hehe

arsaili said...

salam..akhirnya yea ...bila dh senja jgn jadi besi buruk dah la

KTS said...

takutnya baru 10 tqhun dah masuk muzium.. errr... takpe.. malaysia kaya... :P

Yunus Badawi said...

Kesian anak2 kapal selam tu. Siang malam asyik tengok dinding kapal selam aje. Jgn ada yg tidur buka tingkap sudahlah. Tenggelam pulak kapal selam yg berbillion ringgit tu hehehe

DrSam said...

negara berdaulat memang patut dipertahankan dari anasir dalaman dan luaran. kapal selam yang akan tiba sudah pasti akan menaikkan moral dan semangat tentera (bahkan rakyat) negara.

Izzah said...

kapal selam...mengancam jer mendengarnye..
takut gak..kalau negara kita akan terancam pula nanti..

Pyanhabib said...

harap-harap 15-20 tahun lagi tidak terus tercangkung.

Anonymous said...

Ooo...?

Dah sampai ke ? Dah lama benar.... langsung terlupa.

Hmm....kalau 10 tahun akan datang, takut bocor sana sini, pulak...ekekeke... Kena tampal dengan chewing gum!!

nahmy said...

zaid..
yg rungsing jadi tukun plak..tukun berbillion ringgit.

arsaili..
peniaga besi buruk manala pulak yg dapat tu nanti.

pak YB..
takkan dah kursus 14 tahun yg tu pun tak tahu...heheh

dr sam...
yep...betul tu dok, tp nak kena belanja sampai berbillion utk dpt morale & semangat...adusss.

izzah..
insyaAllah tak kena ancam kot..

pak pyan..
kalau kira duit sambil cangkung dah kira okeh tu.

kayteeze..
tampal? aduss..gred berapa punya kapal selam daahhh..