Thursday, July 16, 2009

bukan mungkin lagi











kenapa aku sering terasa lemah
hilang dalam pencarian
tiada lunak ikhtiar
mungkin...tiadanya tahajudku

kenapa aku perit terbeban
dosa-dosa yang memanjat
tiada teratur ayunan langkah
mungkin...tiadanya taubatku

kenapa aku terpinga mencari impian
kerap menghela nafas pucat
tiada jawapan atas kongkongan hidup
mungkin...tiadanya hajatku

kenapa aku bergomol sengkek
mengundang kaya yang tidak bertiba
tiada terkecap senang dunia
mungkin...tiadanya dhuhaku

kenapa aku kandas di kotak fikir
atas tujuan kelahiran
tiada terlihat sirna di hujung
mungkin...tiadanya zikirku

memang
bukan 'mungkin' lagi...

8 comments:

kayteeze said...

Aaii ?

Berpuisi pulak ?

Alhamdulillah.....ada juga masa untuk diri sendiri, ya...

Salam ceria untuk Nahmy dan keluarga :)

Zaidon said...

Salam Bang Man.. bagus kata katanya.

ku tak sempurna said...

harap2nya memang bukan 'mungkin' lagi.. utk kamu.. aku.. :)

arnamee said...

salam ziarah.
indah puisinya- suka baca:)

Syahidah said...

insaf

Basuh Baju said...

suka. teruja. nak lagi :)

Zul-Elle said...

"Tuhan..., Dosaku menggunung tinggi,
Tapi rahmatMu melangit luas"

"Bila selangkahku dekat padaMu,
Seribu langkah Kau rapat padaku"

nahmy said...

kayteeze..
cuba2...tapi kekadang teruja gak.

zaid..
syukran..utk renungan sendiri sebenarnya tuh.

cik KTS..
gitule harap2nya..

arnamee...
syukran...semoga kita sentiasa 'beringat'

syahidah...
saya pun...

basuh baju..
syukran jazakallah..insyaAllah mungkin ada lagi.

tuan Zul..
alangkah benarnya kata-kata mu itu..syukran syeikh.