assalamualaikum...
seronok gak, bila di hari baik bulan baik...penyamun pun baik. kalau dia tak menyamun lagi baik kan? takpale mungkin ini adalah langkah 'kecil' sbg permulaan untuk dia terus jadi baik selepas ni...kita doakan je.
berita lanjut boleh le baca kat, http://lagiberita.blogspot.com/
dari RM14000 dia cuma amik RM1000 je...memang dia penyamun yang berhemah atau dia 'ditak-nampakkan' oleh Allah akan RM13,000 lagi tu...welll...segalanya mungkin! semoga kehemahan penyamun ini akan menjadi ikutan penyamun-penyamun lain.
cuma di hari baik bulan baik cam Hari Raya ni yg tak berapa baik ialah statistik korban kematian akibat kemalangan jalan raya dan yg putus-putus jari sebab main mercun tu. yang ni tak tahulah bilakah akan menurun bilangannya. mungkin mereka juga boleh tiru sipenyamun tu dalam hal-ehwal nak jadi baik...kalau jadi baik pun bukan orang lain yg dapat faedah tetapi diri sendiri gak. yg putus jari contohnya(terutama jari cincin) esok-esok amat terasa bila nak pakai cincin masa kahwin...jadi sempena hari baik bulan baik maka berpusu-pusulah kita utk jadi baik, semoga kita 'esok' tergolong dlm golongan mereka yg baik-baik....wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago