assalamualaikum...
tiga hari bermula Jumaat lepas saya ke Desaru. bersama menemani rakan-rakan 'trainer' untuk tugas melatih. peserta kali ini adalah dari Island & Peninsula. 17 orang semuanya. uniknya utk kali ini ialah pihak pengurusan I & P meminta di adakan task melakukan jualan ala 'amazing race'. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kumpulan Fiasco diumumkan sbg pemenang.
kakitangan I & P ni adalah semuanya dari Johor Bahru. berbagai peringkat umur, dari yg senior mahupun yg junior. rata-rata mereka mmg merupakan pejuang. berjuang habis-habisan untuk menghabiskan barangan jualan dengan mengumpulkan keuntungan sehabis banyak. semoga selepas ini perjuangan melakukan jualan untuk organisasi mereka akan mereka terus perhebatkan.
di akhir sesi latihan, mereka diminta melepaskan perasaan 'negatif' yg ada sesama mereka dan alhamdulillah....dlm suasana penuh emosi mereka dapat melakukannya. ya...untuk pergi lebih jauh, untuk maju, segala 'negative factors' perlulah dulu dihumban jauh-jauh...barulah minda, fizikal & spiritual menjadi lebih ringan dan mudah utk melakukan pengembaraan ke arah destinasi 'lebih hebat' itu. lagi sekali syabas kpd mereka...utk saya pula, spt biasa 'sengal' di tumit kiri masih terasa....wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
4 comments:
Alhamdullillah...
Mesti seronok tu. Dah lama tak ke Desaru. Cuaca okay ke ?
sengal bebaloi takpe kot :)
Tak pernah sampai lagi ke desaru..
Tie..
suasana okay, pantai pun bersih..tp skrg cuaca asyik hujan je kat sana tu.
maiyah..
meemmaaangg berbaloi (mcm iklan celcom plak)
tirana..
insyaAllah esok2 sampaile tu
Post a Comment