assalamualaikum...
ya..ya..memang saya dah lama juga tak update blog marhaen saya ni. entahlah akhir-akhir ni rasa cam tak tersempat nak buat. blog-blog rakan blogger yang lain juga macam dok tercari-cari kesempatan nak membacanya. tapi insyaAllah..akan saya gagahkan jua melawat dan membaca blog-blog sahabat tu semua.
hari ni adalah hari 'Membasuh Kain Sedunia' buat saya dan isteri. isteri cuti dan selepas hantar sibongsu pergi cucuk imunisasi 6 bulannya, maka operasi basuh kain pun bermula. sebenarnya bukan setakat nak update blog dan ziarah blog rakan-rakan je yg tak sempat buat bahkan basuh kain pun tak sempat. weekend banyak pula urusan....urusan keluarga, urusan undangan jemputan kahwin dan macam-macam lagi. ditambah dgn keadaan cuaca yang hampir tiap-tiap hari hujan maka berlonggok macam gunung Tahanla baju-baju yg tak terbasuh tu. tapi hari ni segala-galanya dapat di bereskan....alhamdulillah.
musim hujan memang dah kita sedia maklum bila tiba hujung tahun. hujan tetap rahmatNya, walaupun kekadang ia jadi ujian untuk mereka yang di tempat yang dilanda banjir. kita memang tak faham urusan dan perancangan Allah tapi kita pastinya faham akan hikmah disebalik setiap sesuatu yang dijadikanNya. cuma kena tahan dan sabar sikit. saya pun tak boleh nak kata banyak-banyak sebab berat mata menengok berat lagi bahu memikul. cuma...kepada mereka yg dilanda banjir tu, saya berdoa agar segalanya reda seperti biasa...insyaAllah.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
7 comments:
kalo air naik camne nk tulak krusi roda huhuuuuuuu
salam nahmy,
Alhamdulillah... banjir di tempat kita tidaklah seteruk banjir di negara lain. Tetapi awas... jangan lupa Allah.
laaa.... napa tak habaq awal-awal nak basuh kain ?
Kalau tak tentu pagi-pagi lagi Tie dah kirim sebakul kain baju Tie ni, hehehe.....
salam..hujan membawa seribu rahmat
musim hujan, baju pun disidaian pun berbau semacam aje.
maiyah...
kena cari yang boleh jd cam hovercraft tu la nampaknya.
abah...
ye..apapun jgn lupa Allah
tie..
adus kak..bab basuh kain...aduss..speechless!
arsaili..
tentunya...rahmatNya!
drsam..
bau tu dah tentula doc...nasib baik ada one drop perfume...hehehehe..
Salam Nahmy,
Tahniah kerana selasai membasuh pakaian yg dah macam gunung tahan tu. Kalau tunggu lagi seminggu mahu gunung tu pun tak tahan hehehe
Post a Comment