Thursday, February 25, 2010

salam Maulidur Rasul

assalamualaikum...

tatkala Rasulullah pada suatu hari sedang duduk bersama-sama sahabat, maka Baginda membuat garis di atas tanah dengan tongkatnya. mula-mula Baginda membuat satu garis panjang yang lurus, kemudian di kanan-kiri garis lurus itu Baginda membuat pula beberapa garis melintang. sambil menunjuk kepada garis panjang-lurus itu Baginda berkata," Inilah jalan Allah (sabiullah)".

kemudian Baginda tunjuk pula kepada garis melintang di kanan-kiri garis itu dan berkata,"Inilah jalan yang bersimpang-siur. Pada tiap-tiap jalan itu ada syaitan yang selalu merayu". demikian yang diterangkan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ad-Darami dari Ibnu Mas'ud.

kepada seluruh Muslimin & Muslimat, sahabat dan saudara seagama,

"SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL 1431".

Sunday, February 21, 2010

oohh...emak

assalamualaikum...

aku rasa bila emak sakit keadaannya memang langsung tak sama bila anak-isteri sakit. emak kata orang hanya satu...anak-isteri? padaku juga satu...walaupun boleh dicari lain. ya...emak mmg kot manapun memang satu. apapun, rasanya kalau sendiri sakit je yg aku mungkin kurang risau. yeelaa...sakit memanglah sakit cuma dia tidak bercampur-baur dgn risau, tak sedap hati, rungsing dan sebagainya. sendiri sakit maka diri sendirilah yg menanggungnya. tapi emak sakit, fikiran sedikit terganggu ditambah dgn risau, tak sedap hati dan rungsing tadi. usaha...doa...memang tak berhenti. cuma yg tambah risau satu lagi ialah takut-takut usaha & doa itu tak mencukupi.




alhamdulillah, aku ada adik-adik yg perihatin. weekend diaorng punya turn...bila weekdays aku plak cuba luangkan masa utk menjengah emak. walaupun abah masih ada...tapi abah dah dgn goutnya plak. abah sakit rasanya kitaorng takdelah begitu risau. sebab? semangat juangnya utk melawan sakit tu masih 'tinggi'. tapi bila bab emak, mmg kiteorng ada risau sikit...emak kekadang tu sering dilihat cepat mengalah, putus asa dan kurang bersemangat. jadi kalau dah bab kesihatan fizikal doktor yg menanganinya, maka bab-bab non-physicalnya maka kami cubalah menanganinya pulak. kami cuba naikkan semangat utknya melawan sakitnya itu. she's already physical unfit...and so we'll try stopping her from becoming spiritually ill...insyaAllah.

sering terjadi, bila seseorang tu hanya ada masalah kecil dgn kesihatan fizikalnya ttp bila dia hilang keyakinan, tiada semangat dan cepat berputus asa maka sakitnya yg kecil tadi menjadi semakin besar...dan besar. sebab itulah mereka-mereka ini bila pergi jumpa doktor tak dapat doktor nak sahkan sakit apa. aku sendiri ada terjumpa beberapa kes yg macam ni dan kerana tu lah aku ajak adik-adik utk 'boost-up' semangat emak. sakit...macam yg aku cakap memang sakit. tapi kalau kita keep-on cakap sakit tu hanya masalah kecil dan boleh cepat baik pada 'sub-concious' kita berulang-ulang...lama-lama insyaAllah sakit tu pun betul-betul kekal sebagai masalah 'kecil' shj. dan kemudian mungkin mudah pulak utk diubati. apapun...kpdNya,aku pohon supaya emak kembali sihat...amin.

Monday, February 15, 2010

canggih yg tak kena tempat

assalamualaikum...

alamak! klu scanner yg sama di guna di airport kita camna agaknya ye..?...atau ntah-ntah memang dah ada guna. penggunaan scanner camni bukan saja berkemungkinan menyalahi hukum Islam bahkan dari segi hak asasi manusia. elok-elok kita beli baju cantik-cantik, mahal-mahal untuk menutup badan tetiba bila lalu melepasi scanner tu kita jadi bogel plak.

















bukan saja melanggari hak asasi manusia tetapi merupakan satu pencabulan di 'siang hari'. habis kita yg lalu melepasinya dicabul terang-terangan. yang duduk memerhatikan plak camna? asyik bebenoor le kejenye tuh...nak tinggal pergi 'lunch' pun mungkin susah...lebih-lebih lagi bila tengok yg sedang berbaris utk di'scan' tu adalah peserta-peserta pertandingan ratu cantik....pergh!!...perut masuk angin pun takpe le!

kepada badan-badan yang berkenaan, yg terlibat secara langsung dengan keselamatan di airpot kita ni...cuba-cubale cari alat-alat pengimbas yang lebih canggih tetapi bukan yg canggih cam alat yg ada di aiport Heathrow ni. cari le alternatif lain. rasanya bab teknologi ni banyak lagi negara atau syarikat yg boleh mengeluarkan mesin pengimbas yg lebih canggih tetapi dalam masa yg sama tidak melanggari hak asasi manusia. atau kita sendiri mungkin boleh menciptanya...wallahualam.

Friday, February 05, 2010

ini buah mai lagi...

assalamualaikum...

salam Jumaat. ini buah sudah mai lagi. saya pun baru 'tangkap' sekotak kecik...macam-macam rasa ada dlm sekotak tu..cuma masin je yg tak de. setakat tawar, manis, masam dan kelat memang ada. yeelaa...beli pun yg murah je...yg gred berapa pun tak tahu le. camana pun...tiap-tiap tahun kami memang tak lupa untuk beli dan menikmatinya. kalau kena yg manis tu memang syok, kena plak yg ada 'jus' byk...memang syok! yg kecil comel pun pun ada byk terjual, anak yg nombor dua memang suka yg kecik tu...tapi sbb yg lain tak suka (susah nak kopek & selalunya masam) maka yg besar le yg selalunya kami beli.






khasiat yg setahu saya cumale Vit C, mungkin yg lain ada...tapi asal buah je dah kira ok le tuh cuma tak bolehle makan byk-byk takut perut meragam plak. sekarang memang tengah musim, tgh berlambak-lambak sebab raya Cina nak datang dah ni. itulah baguihnya duduk kat M'sia ni, perbezaan itulah yg memberikan byk kelebihan. bukanlah maknanya kita nak ikut 'beraya' sakan ikut bangsa-bangsa lain tu beraya...tp kita tumpang gembira sikit-sikit je dah le. paling tidak...banyak hari cuti umum. pastu byk plak makanan-makanan yg berbagai ragam dan jenis. kan ke meriah gituuu...

jadi, tangkaple buah limau tu kalau tak sekotak-dua mungkin sebiji-dua. bukan apa sekali dia melimpah-limpah di pasaran camni dah tentulah harganya pun turut murah. Vit C pun kita dapat di samping menggiatkan 'ekonomi' negara kita ni. insyaAllah klu Vit C tu cukup di badan (seperti anak-anak kita) demam, selsema dan batuk juga insyaAllah boleh kita elakkan...manalah tahu kan. ikhtiar dan usaha kena buat juga...wallahualam.