Thursday, February 25, 2010

salam Maulidur Rasul

assalamualaikum...

tatkala Rasulullah pada suatu hari sedang duduk bersama-sama sahabat, maka Baginda membuat garis di atas tanah dengan tongkatnya. mula-mula Baginda membuat satu garis panjang yang lurus, kemudian di kanan-kiri garis lurus itu Baginda membuat pula beberapa garis melintang. sambil menunjuk kepada garis panjang-lurus itu Baginda berkata," Inilah jalan Allah (sabiullah)".

kemudian Baginda tunjuk pula kepada garis melintang di kanan-kiri garis itu dan berkata,"Inilah jalan yang bersimpang-siur. Pada tiap-tiap jalan itu ada syaitan yang selalu merayu". demikian yang diterangkan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ad-Darami dari Ibnu Mas'ud.

kepada seluruh Muslimin & Muslimat, sahabat dan saudara seagama,

"SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL 1431".

8 comments:

Afida Anuar said...
This comment has been removed by the author.
Afida Anuar said...

Salam maulidur rasul.... tak sabar nak melawat makam Rasulullah.. insyaAllah dalam 2minggu lagi.. doa2kan ya moga dipanjangkan umur utk melawat makam baginda!

maiyah said...

slm maulidur rasul

Yunus Badawi said...

Salam Maulidur Rasul.

Semoga kita kekal di jalan yg lurus itu.

Ku Tak Sempurna said...

selawat dan salam untuk rasul junjunga.... nabi muhammad s.a.w

abah aman said...

salam Nahmy,
Selawat dan salam buat Nabi junjungan. Mengharapkan dapat minum air dari Telaga Kauthar di hari akhirat kelak.

Tie said...

Salam maulidur rasul dari Tie untuk Nahmy sekeluarga... :)

nahmy said...

afida..
semoga diberkati-Nya pemergian umrah tu.

maiyah..
semoga 'nur' Rasulullah sentiasa terang dlm hati kita.

YB..
amin YB.

cik KTS..
sekali selawat utk junjungan, 10 kali Allah mensejahterakan kita

abah..
w,salam. amiin...mmg itu yg diidamkan.

tie...
syukran jazilan kak...sesamala kita terus berselawat utk junjungan.