assalamualaikum...
aku rasa bila emak sakit keadaannya memang langsung tak sama bila anak-isteri sakit. emak kata orang hanya satu...anak-isteri? padaku juga satu...walaupun boleh dicari lain. ya...emak mmg kot manapun memang satu. apapun, rasanya kalau sendiri sakit je yg aku mungkin kurang risau. yeelaa...sakit memanglah sakit cuma dia tidak bercampur-baur dgn risau, tak sedap hati, rungsing dan sebagainya. sendiri sakit maka diri sendirilah yg menanggungnya. tapi emak sakit, fikiran sedikit terganggu ditambah dgn risau, tak sedap hati dan rungsing tadi. usaha...doa...memang tak berhenti. cuma yg tambah risau satu lagi ialah takut-takut usaha & doa itu tak mencukupi.
alhamdulillah, aku ada adik-adik yg perihatin. weekend diaorng punya turn...bila weekdays aku plak cuba luangkan masa utk menjengah emak. walaupun abah masih ada...tapi abah dah dgn goutnya plak. abah sakit rasanya kitaorng takdelah begitu risau. sebab? semangat juangnya utk melawan sakit tu masih 'tinggi'. tapi bila bab emak, mmg kiteorng ada risau sikit...emak kekadang tu sering dilihat cepat mengalah, putus asa dan kurang bersemangat. jadi kalau dah bab kesihatan fizikal doktor yg menanganinya, maka bab-bab non-physicalnya maka kami cubalah menanganinya pulak. kami cuba naikkan semangat utknya melawan sakitnya itu. she's already physical unfit...and so we'll try stopping her from becoming spiritually ill...insyaAllah.
sering terjadi, bila seseorang tu hanya ada masalah kecil dgn kesihatan fizikalnya ttp bila dia hilang keyakinan, tiada semangat dan cepat berputus asa maka sakitnya yg kecil tadi menjadi semakin besar...dan besar. sebab itulah mereka-mereka ini bila pergi jumpa doktor tak dapat doktor nak sahkan sakit apa. aku sendiri ada terjumpa beberapa kes yg macam ni dan kerana tu lah aku ajak adik-adik utk 'boost-up' semangat emak. sakit...macam yg aku cakap memang sakit. tapi kalau kita keep-on cakap sakit tu hanya masalah kecil dan boleh cepat baik pada 'sub-concious' kita berulang-ulang...lama-lama insyaAllah sakit tu pun betul-betul kekal sebagai masalah 'kecil' shj. dan kemudian mungkin mudah pulak utk diubati. apapun...kpdNya,aku pohon supaya emak kembali sihat...amin.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
8 comments:
begitulah.. bila orang tua kita sakit, rasa risau sangat. Tapi mak ni akan rasa gembira jika semua anak2nya ada, bertanya khabar. Semuanya penting bagi dirinya. Semoga emak Nahmy cepat sembuh...
Moga emak nahmy sihat kembali,
berbeza dengan mak dan ayah saya, memang la klu mak sakit, semua risau kan, kami..kalau ayah kami sakit, kami lagi risau sebab ayah punyai semangat juang yang rendah. Ayah takut ubat, ayah takut kene cucuk. Apatah lagi pergi hospital. Berbeza dengan mak...
betuii3
sy pernah mengalaminya bila mak mertua masuk hosp. tak tentu arah kami suami isteri. dpt call pagi..tengahari juga kami balik kg.
kasih ibu membawa ke syurga dan kasih ayah membawa bahagia.
betul...
bila emak sakit, hilang semangat....
.
.
semoga emak kamu cepat sembuh
salam,
syurga di bawah tapak kaki ibu!
mak nak lempeng hari2...mesti sihat punya..Masalahnye abah x tahu buat! Dats the problem...dat we doesnt know.Huhuhuhu
kayteeze..
gitule lumrah seorg emak...mungkin bila kita jd emak jd camtu jugak kot? apapun...syukran jazilan atas doa.
afida..
syukran jazilan. semoga emak-bapak afida juga sihat selalu..
maiyah...
erkk?...ye..ye..betul
zue..
betultu...kasih sayang pd org tua tak boleh berbelah bahagi
cik KTS...
syukran jazilan...klu kena sergah hantu pun boleh hilang gak semangat sekejap
brother maz..
masih mercari syurga itu...semoga ketemu jua
anon..
lempeng?...takkan mak nak mkn lempeng je kot? paling tidak spagetti ke..
Post a Comment