Thursday, December 02, 2010

teh tarik itu telahpun sejuk!

assalamualaikum...

hati ceria, wajah ceria dan fikiran yg ceria terusik bila membaca bagaimana bapa menyimbah asid ke muka anak. terusik bila membaca suami memijak perut isteri yg sedang hamil. terusik tersangat-sangat bila membaca anak mengkapak ibu dan ayahnya sendiri. apa yg ada pada kita sebenarnya? apa pula yg nak kita wariskan pada generasi kita esok? namun kita kena terus jgn bersedih...terus ceria...walaupun..

teh tarik itu telahpun sejuk!

semakin kita nakkan maju semakin ke belakang pula cara hidup kita. bayi dibuang merata-rata. ragut berleluasa. budaya hedonism yg semakin merosakkan. ajaran sesat...tipu dan seleweng. apa lagi...murtad? rasuah? rompak? rempit? namun kita kena teruskan kehidupan...life goes on..walaupun...

teh tarik itu telahpun sejuk!

siapa punya angkara? siapa yg nak kita tuduh...yg nak kita tunding jari? ehh! kita takde kuasa...kita just flow with the flow. yeela...belum terkena batang hidung sendiri bolehlah cakap. kita nak lepas tangan ke? ceria dan ketawa berpanjangan. sumbangan dan tindakan walau tak sebesar mana kita kena buat juga. yg bulat tak dtg bergolek yg pipih tak dtg melayang...takkan nakkan generasi kita dpt yg baik tanpa ada usaha dipihak kita..usaha bebb!...walaupun...

teh tarik itu telahpun sejuk!

ok. ini bukan mengata org lain tapi pada batang tubuh aku sendiri. aku pening. tapi aku juga perlu ceria...perlu tidak bersedih. la tahzan! aku pun manusia yg ada keluarga yg mahu mewariskan yg terbaik pada generasiku. Allah tahu...dan Allah juga berkata 'tidak diubah nasib sesuatu kaum jika tidak kaum itu sendiri berusaha mengubahnya'. aku perlu terus berusaha..walaupun...

teh tarik itu telahpun sejuk!









wallahualam..

11 comments:

Ku Tak Sempurna said...

klu teh dah sejuk, tambah ais... biar betul2 sejuk

;D


rasa ngeri nak baca suratkhabar sekarang ni..

Rozita said...

didikan agama yg sempurna perlu di beri pada anak2.
beri makan keluarga dari duit yang halal.......insya-allah..allah sentiasa memberi kita kebaikkan. & kejahatan itu adalah dari kaum itu sendiri...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Rahmat dan kasih sayang~Nya sudah mula tercabut dek kerana nafsu serakah manusia juga...tempat kita dah semakin tak selamat..

Afida Anuar said...

Salah siapa teh tarik telah pun sejuk? mereka dan keluarga mereka jugak!...

Bala dari Tuhan agaknya semua ni terjadi sebab kita tak ikut apa yang Allah suruh

nahmy said...

cik KTS...
maka jdlah ia teh ais? ia satu klise sebenarnya...knp kita biarkan sampai ianya sejuk in the 1st place?

rozita..
exactly..tp itu usaha dilingkungan kita. anak kita masih terdedah dgn segala 'cacamarba' yg ada kat luar tu. sbb itulah Islam adalah satu 'cara hidup' - berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara

w'salam abd razak..
itulah yg kita perlu khuatirkan. bila turun bala Allah...yg baik kena, yg tak baik lagila kena..nau'uzubillahi minzalik!

afida...
yesss...afida, now you're talking. kita mungkin takde bala cam gempabumi, gunung berapi dsb tp inilah 'bala' Allah yg sebenarnya utk kita. semoga Allah melindungi kita semua

abah aman said...

salam nahmy,
begitulah masalah kita selalunya... apabila berlaku sesuatu, hangatlah diperkata dan diperbesarkan... macam-macam tindakan hendak diambil tetapi tidak juga. Kemudian dibiarkan teh tarik menjadi sejuk sehinggalah perkara yang sama berlaku semula... barulah sibuk nak minum teh tarik.

sekamar rindu said...

salam...


kurangnya nilai2 agama dlm diri tu jadi mcm tu.

DrSam said...

salam nahmy. back to the basic and back to our religion. Institusi kekeluargaan perlu di perkasakan dan bukan diperkosakan. Easier said than done but everything must start with us first.

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

Maiza pun ada mengikut jg pasal kes bapa simbah asid ke anak tu.. yg geram tu.. dah di jatuhkan hukuman tp nampak gembira semcm.. mental dia bermasalah mungkin.. ermm.. bukan nak memlindungi anak..

kayteeze said...

Tie cukup geram pada sihantu yang simbah asid pada anaknya. Rasa nak simbah asid balik ke mukanya yang tersengeh-sengeh tu.Nak cabut semua gigi-giginya sekali!!

Err... baru semalam kita buat teh tapi malas nak tarik. Lepas minum terus rasa kembung lak!

nahmy said...

w'salam abah..
kita suka betangguh atau mmg kita tidak mahu amik peduli...tp insyaAllah kita masih berupaya utk berubah

w'salam sekamar...
itulah yg sebenarnya..kesian kita

w'salam doc sam..
yep doc..kita kena start within us first wlupun berat

w'salam maiza..
kita hukum qazaf je...balas simbah asid balik kat dia

kayteeze..
minum hkena panas-panas...klu sejuk mmg takut angin nanti