Tuesday, December 28, 2010

menghampiri 2011...

assalamualaikum...

3 hari lagi tahun masehi 2011 akan menjengah. pada sesetengah orang mungkin ada 'istimewa'nya 1 Jan itu. pada sesetengah yang lain ini hanya seperti hari-hari biasa kecuali di hari ni kita tak le bekerja. saya mungkin tergolong dlm golongan yg kedua tu. tahun baru...hijrah 1432 yg lalu pun tahun baru gak...jadi 2011 hanya pertambahan angka. bertambah angka tahun...bertambahlah angka umur, bertambah angka umur...maka bertambah singkatlah jangkamasa hidup kat dunia. jadi paham-paham aje larr..



kita mungkin rasa 3 hari tu macam masih lama lagi...tapi tup-tup nanti kita dah nak masuk plak 2012. jadi sebelum kita masuk 2011..kena kita pakat-pakat tanya apakah bebenda yg lain-dari-kebiasaan yg telah berlaku pd kita di 2010 ni? sbb pada saya yg marhaen ni takde gunanya kita masuk 2011 tanpa kita 'acknowledge' apa yg 2010 dah 'laku atau berikan' pada kita. kita hanya 'acknowledge' je ye....sbb apa yg telah kita tempuh atau kita perolehi sebenarnya adalah ketentuan-Nya.

bukan kita nak mengenang masa lalu...dan ye kita kena tengok ke hadapan. tapi menoleh ke belakang sebentar akan dapat memberikan kita sedikit 'panduan' supaya tak le dua kali kita di panah petir. cam diorang dok kata...'once is mistake,...twice is a silly one...more than that is stupidity'. apapun....'Selamat Tahun Baru 201111....ooopps! terlebih satu pulak....wallahualam

Monday, December 20, 2010

sembang hujung minggu

assalamualaikum...

alhamdulillah...dlm mencari ruang dan 'peruntukkan' akhirnya dpt juga membawa keluarga bercuti. walau utk satu mlm. walau di tempat yg agak dekat dgn tempat kami tinggal. trip kali ni kami 'joint-venture' dgn adik bersama keluarganya. agenda pun lebih kpd nak 'tenteram' kan anak-anak...itu aje. takde berlebih melayan mereka...sekadar mengikut kemampuan.

malamnya, selepas makan kami balik ke apartment. sambil menonton tv dan menidurkan anak sempatlah kami sembang-sembang. topik yg disembangkan pun biasa je...hubungan menantu dgn mak mertua. bagaimana menantu perempuan 'gusar' dan 'resah' bila si suami terlebih jaga akan ibu suami itu sendiri. bagaimana menantu perempuan tu 'berikrar' tidak akan hulur-hulur saguhati pada mak mertuanya. bagaimana menantu perempuan tu bila balik ke rumah mak mertua...lebih suka dok relax dgn mendapat layanan dari mak mertua sedangkan sepatutnya dia dan suami yg melayan ibu yg tua tu.

pelik tetapi benar...dan itulah yg sering berlaku zaman ni. bualan kami pun hanya utk mengingatkan diri masing-masing agar cuba tidak termasuk dlm sekelompok manusia yg sebegitu. si isteri begitu 'calculative' dgn mak-bapak si suami samada dlm hal-hal material mahupun dlm hal-hal fizikal (tidak ringan tulang). si suami pula dgn lebih 'terlembik' leher dgn si isteri. suami kena menderem si isteri kot?...sukar utk di tafsir walau kelihatannya begitu.

bukan org lain yg kami sedikit 'concern' tetapi si ibu tadi. sebab 'ketuaan'nya dan keadaan 'kesihatan'nya yg bukan lg mantap. apalaa...yg menantu perempuan berkira sangat dgn saguhati 20-30 ringgit jika dibanding dgn doa ibu utk kemakmuran mereka. tidakkah mereka tahu doa seorang ibu pd anaknya amatlah tinggi nilainya...dan tak boleh dinilai dgn wang ringgit.

akhirulkalam...semuanya dlm keluarga adalah berkisar pada 'ketua'nya. klu ketua 'asyik' sgt dgn benda-benda yg 'fatamorgana' maka keluarga tadi akan menyongsanglah perjalanannya. pada isteri kpd si suami..tidakkah akan terjumpa 'syurga' untukmu bila membenarkan dahulu suamimu menjumpai 'syurga' mereka di bawah tapak kaki ibu mereka?...wallahualam.

Thursday, December 09, 2010

mobile phone encephalitis - mpe

assalamualaikum..

dah lama tak beli dan baca paper (hard copy ones!) maka hari tergerakle nak beli dan baca. rasanya tak banyak beza dgn online paper. dlm byk-byk artikel tu tersangkut le jap kat artikel ni. menarik. di katakan rakyat Singapore (jiran terdekat kita) telah dilanda penyakit 'moden'. mereka yg aktif menggunakan 'mobile phone' atau handphone ni dikatakan seperti 'fobia' dan 'tertrauma' spt handphone mereka berbunyi walaupun handphone mereka tak berbunyi atau dimatikan.



mereka akan kelam-kabut cuba mencari handphone tu utk menjawab panggilan sedangkan sebenarnya seketul habuk pun handphone mereka tak berbunyi. mereka seperti terbayang dan terngiang-ngiang yg handphone mereka berbunyi. kesian mereka kan?? mungkinkah ini penyakit 'moden'? hanya anda dan keluarga anda sahajalah yg mampu menjawabnya.

apapun, yg mungkin kita kena jaga-jaga ialah dikhuatiri penyakit mobile phone encephalitis ini berjangkit ke rakyat negara-negara jiran pada Singapore tu sepeertii...kita-lah!. kalau anda dah ada sindrom kecil-kecilan walaupun sebesar biji sawi akan penyakit marabahaya ni maka segeralah berjumpa doktor terdekat utk mendapatkan antibiotik atau kaunseling secukup rasa. saya? rasanya belum lagi...lagipun handphone saya tu kerap masuk 'air'...hehe..he..he. wallahualam

Monday, December 06, 2010

tibanya 1432H...

assalamualaikum...

kepada pembaca yg budiman juga sahabat seagama, saya mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1432. semoga tahun baru ini menjadikan kita semakin bersatu di atas jalan-Nya dan semoga segala urusan dipermudahkan-Nya...waima menjadikan kita semakin dekat pada-Nya.



إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

wallahualam.

Thursday, December 02, 2010

teh tarik itu telahpun sejuk!

assalamualaikum...

hati ceria, wajah ceria dan fikiran yg ceria terusik bila membaca bagaimana bapa menyimbah asid ke muka anak. terusik bila membaca suami memijak perut isteri yg sedang hamil. terusik tersangat-sangat bila membaca anak mengkapak ibu dan ayahnya sendiri. apa yg ada pada kita sebenarnya? apa pula yg nak kita wariskan pada generasi kita esok? namun kita kena terus jgn bersedih...terus ceria...walaupun..

teh tarik itu telahpun sejuk!

semakin kita nakkan maju semakin ke belakang pula cara hidup kita. bayi dibuang merata-rata. ragut berleluasa. budaya hedonism yg semakin merosakkan. ajaran sesat...tipu dan seleweng. apa lagi...murtad? rasuah? rompak? rempit? namun kita kena teruskan kehidupan...life goes on..walaupun...

teh tarik itu telahpun sejuk!

siapa punya angkara? siapa yg nak kita tuduh...yg nak kita tunding jari? ehh! kita takde kuasa...kita just flow with the flow. yeela...belum terkena batang hidung sendiri bolehlah cakap. kita nak lepas tangan ke? ceria dan ketawa berpanjangan. sumbangan dan tindakan walau tak sebesar mana kita kena buat juga. yg bulat tak dtg bergolek yg pipih tak dtg melayang...takkan nakkan generasi kita dpt yg baik tanpa ada usaha dipihak kita..usaha bebb!...walaupun...

teh tarik itu telahpun sejuk!

ok. ini bukan mengata org lain tapi pada batang tubuh aku sendiri. aku pening. tapi aku juga perlu ceria...perlu tidak bersedih. la tahzan! aku pun manusia yg ada keluarga yg mahu mewariskan yg terbaik pada generasiku. Allah tahu...dan Allah juga berkata 'tidak diubah nasib sesuatu kaum jika tidak kaum itu sendiri berusaha mengubahnya'. aku perlu terus berusaha..walaupun...

teh tarik itu telahpun sejuk!









wallahualam..