Monday, December 20, 2010

sembang hujung minggu

assalamualaikum...

alhamdulillah...dlm mencari ruang dan 'peruntukkan' akhirnya dpt juga membawa keluarga bercuti. walau utk satu mlm. walau di tempat yg agak dekat dgn tempat kami tinggal. trip kali ni kami 'joint-venture' dgn adik bersama keluarganya. agenda pun lebih kpd nak 'tenteram' kan anak-anak...itu aje. takde berlebih melayan mereka...sekadar mengikut kemampuan.

malamnya, selepas makan kami balik ke apartment. sambil menonton tv dan menidurkan anak sempatlah kami sembang-sembang. topik yg disembangkan pun biasa je...hubungan menantu dgn mak mertua. bagaimana menantu perempuan 'gusar' dan 'resah' bila si suami terlebih jaga akan ibu suami itu sendiri. bagaimana menantu perempuan tu 'berikrar' tidak akan hulur-hulur saguhati pada mak mertuanya. bagaimana menantu perempuan tu bila balik ke rumah mak mertua...lebih suka dok relax dgn mendapat layanan dari mak mertua sedangkan sepatutnya dia dan suami yg melayan ibu yg tua tu.

pelik tetapi benar...dan itulah yg sering berlaku zaman ni. bualan kami pun hanya utk mengingatkan diri masing-masing agar cuba tidak termasuk dlm sekelompok manusia yg sebegitu. si isteri begitu 'calculative' dgn mak-bapak si suami samada dlm hal-hal material mahupun dlm hal-hal fizikal (tidak ringan tulang). si suami pula dgn lebih 'terlembik' leher dgn si isteri. suami kena menderem si isteri kot?...sukar utk di tafsir walau kelihatannya begitu.

bukan org lain yg kami sedikit 'concern' tetapi si ibu tadi. sebab 'ketuaan'nya dan keadaan 'kesihatan'nya yg bukan lg mantap. apalaa...yg menantu perempuan berkira sangat dgn saguhati 20-30 ringgit jika dibanding dgn doa ibu utk kemakmuran mereka. tidakkah mereka tahu doa seorang ibu pd anaknya amatlah tinggi nilainya...dan tak boleh dinilai dgn wang ringgit.

akhirulkalam...semuanya dlm keluarga adalah berkisar pada 'ketua'nya. klu ketua 'asyik' sgt dgn benda-benda yg 'fatamorgana' maka keluarga tadi akan menyongsanglah perjalanannya. pada isteri kpd si suami..tidakkah akan terjumpa 'syurga' untukmu bila membenarkan dahulu suamimu menjumpai 'syurga' mereka di bawah tapak kaki ibu mereka?...wallahualam.

7 comments:

Afida Anuar said...

Salam nahmy...saya pernah berjumpa dengan perempuan sebegitu...

bila balik kg je.. si ibu tua tu la bersusah payah masak itu ini bagai...laki dan bini duk relek je...even pakaian mereka pun dibasuh disidai oleh si tua itu.... tatau la apa nak jadi.

abah aman said...

salam nahmy,
sedarlah... kita juga akan berada di tempat ibu tua itu pada suatu hari nanti.

DrSam said...

dunia berputar bak pusingan roda
satu masa kita jadi anak
bertukar peranan bila penghujung senja
mungkin ada yang belum merasa
pahit manis getir kedua ibu bapa
namun sama sama kita mendoakan - aku, dia dan mereka
agar sama-sama bahagia
diberkati dan diredhai olehNya
anggap itu semua resam kehidupan biasa

sekamar rindu said...

salam...

pada anak2 pasti akan merasa gembira bila pergi melakukan aktiviti spt itu..

sekurangnya taklah boring mereka..

warna_kreatif said...

ramai suami "lembap" zaman sekarang.

nahmy said...

w'salam afida...
tu..la...yg kita kesia tgk ibu-ibu tua skrg ni...patutnya skrg dia dah berehat dan tenteram sikit

w'salam abah...
benar tu...'what's goes around comes around'

doc...
kita selalunya lupa akan hakikat tu..

salam sr...
anak mmg gumbire...mak-bapak senyum sengih je..

warna kreatif...
welll...some husband!

Aneesa Enterprise said...

Mungkin sang anak alpa dek layanan mesra si isteri kot sampai x nampak layanan si ibu... dari dulu, kini dan selamanya.... walAllahualam....