Saturday, January 08, 2011

mencari teguh perjuangan











Sekejap kurasa tersayup jauh
Merangkumi batas kesanggupan
Sekejap itu jelma ia di depan mata
Menggapainya seperti mutlak
Pengabdian yang bertali arus

Kekadang aku terpekik lolong
Mencambuk jiwa melolosi nafsu
Berperang...bertempur...berjuang
Tewas? Jangan dikira bilangannya
Selimut malas juga sering menebar

Aku berpusing dalam riuk bodoh
Aku leka dalam neon harta
Aku kagum dalam pandangan kasar
Aku seronok dalam ilusi nafsu
Aku berteleku alpa...yang aku alpa

Zaid bin Haritha, Jaafar Abi Talib, Abdullah bin Rawahah
Lamunanku kandas….asyikku kaku
Betapa hebatnya mereka
Lelasan semangat meresapi nadi
Bersama hiba yang menyedarkan

Mereka syahid…berkecai tubuh
Agar pegangan itu sampai mudah
Agar pegangan itu terus mekar
Tanpa mereka mengenaliku
Tanpa mereka harap terima kasihku

Pegangan itu perlu bersusur alir
Perlu bertunjang gagah di segenap persada
Tegak berdaulat ke akhir zaman
Walau kecil suaraku, akan kuturut laungkannya
Menghargai mereka yang syahid

Zaid bin Haritha, Jaafar Abi Talib, Abdullah bin Rawahah
Kalian teguh dalam ingatanku...


nahmy
4 Safar 1432

6 comments:

Afida Anuar said...

salam nahmy..

Sungguh terkesan puisi ni..Mereka sanggup Syahid demi kita...tapi kita masih ada yang lalai

Admin P@P said...

Salam. Bakat terserlah menjadi lebih padu dengan adunan kisah sebagai teladan.

TQ.

Abd Razak said...

assalamualaikum...

Mereka tetap hidup di sisi~Nya..

Ku Tak Sempurna said...

kerdil rasa diri ini

DrSam said...

Kita yang kerdil selalu tewas. Namun peruangan insan-insan besar senantiasa menguliti semangat juang, agar senantiasa semarak tiadak padam.

Nukilan yang baik dan berkesan.

nahmy said...

fida..
w'salam. ya...mmg mereka sanggup berkorban dan semoga kita sentiasa ingat utk menghargai pengorbanan mereka itu

admin p@p..
sekali-sekala bila hati 'terusik'..maka tercurahlah ia..

abd razak..
w'salam. semoga kita dpt 'berdamping' dgn mereka kelak...insyaAllah

cik KTS...
kerdil lagi lemah..

docsam..
hanya baru nak cuba-cuba doc..disamping melayan gundah sang jiwa