Monday, August 22, 2011

budget raya = tak raya

assalamualaikum...

malam ni adalah malam ke 23 Ramadhan. surau dan masjid makin kurang jemaahnya. tempat-tempat jualan barang-barang raya semakin ramai pulak jemaahnya. biasala tu kan?

tahun ni aku ada cadangkan pada org rumah tak payah susah-susah bab kuih raya ni. kita beli je kat mydin. muruku ke atau biskut-biskut atau kuih raya segera. rumah kitaorg tu jauh...kalau tetamu sampai diorng tak heran dgn kuih raya yg kering-kering tu. diaorng suka kalau ada benda makan yg heavy sikit cam laksa pahang ke, nasi impit dgn rendang ke, lemang dgn serunding daging ke...atau paling koman pun maggi goreng.








ini hanyalah gambar hiasan

tak kan sampai dr jauh nak makan kuih tart 2-3 biji? memang diorang tak heran pun. jadi kat rumah kitaorng kenalah kita simpan stok meehun ke, stok maggi ke, muratabak sejukbeku ke dan sebagainya. itu cadangan aku. dan isteri pun rasa setuju tu. sbb kita mmg tak siapkan apa-apa bab kuih raya tapi kita buat stok makanan heavy tu je...itupun masih dalam lingkungan ala-kadar je. ada wang adalah stok...camtu je.

alhamdulillah...rasa dgn cadangan bernas dr aku tu maka insyaAllah selesailah isu bab nak menjamu tetamu nanti. sekarang yang masih belum selesai ialah bab nak balik kampung. perancangan tu mmg dah ada...tapi bab budget tu tak selesai lagi. klu bebudak yg datang rumah org tua aku dan rumah mertua tu tak kisah dgn 'duit syiling' memang dah lama selesai bab balik kampung ni. tapi bebudak tu skrg spesis yg dah tahu 'demand'...tak mahu dah duit besi tu lagi.

tapi takpe la itu semua citer raya dan raya jauh lagi...yg penting matlamat lailatul Qadr perlu dicari. so, aku rasa cam belum lagi malam Qadr tu. atau ada yg dah menemuinya? klu belum jumpa maka kena pulun kita start malam ni hingga akhir Ramadhan utk mencarinya dan semoga kita semua menemuinya...insyaAllah.

9 comments:

Afida Anuar said...

jelesnyer...

a'aa, terpikir jugak kat budak-budak yang mai.. haritu kasi dengan sampul, tapi depa bersungut...seringgit je?...adehhh seringgit tu pun patut bersyukur dah..kan?

Abd Razak said...

Assalamualaikum syeikh...

Masa raya cara kami di sini tidak menyediakan makanan yang heavy kepada tetamu kecuali hari pertama. Just sediakan biskut dan kek jer unless kita khususkan satu hari buat rumah terbuka...

Maiyah said...

assalam..

kami x byk beli kuih n sy pakai bju yg ada je.. skrg kene bajet2 hehe

DrSam said...

Assalamualaikum. Bab kuih raya tu memang dah tak payah cari sebab pembekal setia di pejabat selalunya memang ramai. Cuma bab maggie goreng tu paling kelas :)

p/s: firasat saya yang cetek ni pun rasanya malam yang dicari-cari tu pun belum menjelma lagi...memang betul, kita supercharge ibadah kita...

Unknown said...

SALAM,
KITA SAMA2 MENCARINYA . SELAMAT BERIBADAH !

ORLANDO AHMAD said...

megi tu gua setuju sangat

zue said...

kat opis ni pun ada yg jual kuih raya...x beli x sedap pulak kena beli juga...samada budget ada atau tidak trpaksa juga kena adakan.

tang keperluan anak2 semua dah beres cuma sy suamisteri je x beli apa2 pun lagi.

sy x dpt nak mengejar lailatuqadar sbb sy dah ehem2...

selamat hari merdeka dan selamat hari raya nahmy.

jemput ke rumah amik kad raya.

abah aman said...

salam nahmy,
samalah kita...

salam kemenangan di idulfitri.

nahmy said...

afida..
mmg klu ikut mmg rasa nak beri lebih..tp apakan daya kan? takpele karenah bebudak mmg kita byk bersabor

syeik abd razak..
mmg teringin nak menjamu tetamu spt rumah terbuka tu tp apakan daya...budget tak kunjung tiba...jadi biarkan rumah sentiasa terbuka hari-hari je le

maiyah...
alhamdulillah sama je kita...janji anak2 lepas dahle

drsam..
bab maggi tu jgn main2 doc..mantap tauu..! cam rasa spaghetti gituu..

LF...
insyaAllah semoga kita semua menemuinya

orlando...
nak buat camno...kita semua generasi 'maggi' gitu

zue..
takpe tu Allah maha mengetahui..janji niat & azam ada insyaAllah

abah..
takbir! - allahuakbar!!