assalamualaikum...
tahun ni tahun ala-kadar bab persiapan raya utk saya & keluarga. alhamdulillah isteri paham dan mmg itule yg sedang dipraktikkan. saya dah cakap posa yg penting, raya nombor dua dan alhamdulillah yg ni pun isteri dah paham.
dah hampir setiap tahun mmg kami ala-kadar saja dan tahun ni mungkin yg paling hebat ala-kadarnya. tapi itu semua tak penting sbb yg penting adalah posa dan malam Qadr. sekali beribadat di malam Qadr bersamaan beribadat selama 83 tahun 4 bulan...banyak tu syeikh!
sekarang keta pun ada dlm workshop sbb tgh di 'overhaul'. klu tak sempat siap maka tak berkereta le kami raya ni. kecuali sepasang sorang baju raya utk anak-anak....yg lain persiapan raya mmg takde kami buat. bukanle nak bercerita yg kami adalah keluarga 'zuhud' walaupun itulah yg kami cuba nak jadi ttp di zaman manusia bersandarkan pd materialistik kami cuba melatih anak-anak utk 'menongkah' arus. dan setakat ni alhamdulillah mereka pun paham.
sbb tu lah sampai sekarang saya takde akaun facebook...sbb dlm facebook tu yg hebat harta materialnya amat dipandang tinggi dan 'ukuran' material itu sering dijadikan perbezaan. walaupun tak semua menyalahgunakan facebook tu tp ramai kenalan saya yg memberikan feedback camtu.
berbalik pada lailatul Qadr, jumle kita pakat berdoa supaya Allah temukan kita dgn malam tu...walaupun sekali seumur hidup! wallahualam
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
9 comments:
Alhamdulillah...
Saya pun lebih kurang macam tu jugak Nahmy. Takde kasut baru, takde beg baru. Baju baru je la..sepasang..errr:)
Alhamdulillah.
satu langkah dan pendekatan yg terpuji. Meskipun menongkah arus tapi itulh yg sewajarnya. Utamakan ramadhan krn ia adalah pesta ibadat.
utamakan yang perlu diutamakan..
janji gembira bersama famili..
Assalamualaikum.
Persediaan ala kadar untuk sambut raya. Yang penting raya hari pertama, sebagai pengisytiharan kejayaan menghadapi ramadhan.
Semoga amalan kita diredhai Allah.
TQ
salam nahmy,
semoga diberkati Allah...
SALAM,
BERUSAHA DAN MENDOAKAN AGAR MENEMUINYA
Assalamualaikum...
Sepatutnya semua umat Islam begitu, utamakan amal dulu. Mudah-mudahan Allah temukan kita semua malam qadr yang menjanjikan amal 1000 bulan..amin
fida..
tapi semangat kena sentiasa baruuu..na
shameel...
pastinye cikgu...tp nak menongkah arus ni tenaga kena kuat kerana nak mendayung menongkah arus
admin...
benar cikgu..satu 'kemenangan' yg perlu kita sambut secara sederhana je
abah..
begitule hendaknya pada kita semua...insyaAllah
LF...
insyaAllah semoga kita semua menemui malam Qadr tu
abd razak...
w'kumsalam. ya semoga kita semua diberikan kesempatan menemui malam Qadr tu insyaAllah
dearie...
benar tu. janji gembira bersama famili...dlm apa jua keadaan
Post a Comment