Sunday, August 28, 2011

bila munculnya Syawal....

sinar Syawal menitip gersik
mengundang Ramadhan beranjak pergi
selawat dan salam sambung bertaut
di nurani insan yg sentiasa merindu

kemenangan menanti dipenjuru alam
mengharap taqwa kekal berpaksi
takbir dan tahmid bersela tempat
di bibir insan yg sentiasa merindu

panjang perjuangan tidak bertepi
tarbiyah menuntut dijunjung tegar
walau beza, detik dan suasana
kepada-Nya si insan merindu











SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN kepada semua.
Ikhlas dari Nor Azman, Nor Aznidah, Aizal Zafri, Zahin Azira dan Zahra Adrini

6 comments:

abah aman said...

salam nahmy,
selamat meraikan kemenangan di idulfitri. Allahu akhbar wa lillahilham..

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

Tangan di hulur maaf di pinta
semurni hati, seikhlas kata
setulus kasih....
tiada penghujungnya....

Salam AidilFitri maaf zahir dan batin
ikhlas dari Maiza :)

Afida Anuar said...

Salam eidul fitri buat nahmy sekeluarga.....

maaf zahir batin andai ada tersalah kata dan bahasa..

Kalau ke terengganu, jemputlah beraya ke rumaha saya;)

Dr. Ben said...

eid mubarak!

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Salam AidilFitri. Maaf Zahir Batin.
Ceria selalu.

TQ

nahmy said...

abah...
ye tu...sesamalah kita meraikannya sambil mengingati-Nya

maiza..
saya & keluarga juga mohon maaf dan mengucapkan salam aidilfitri utk maiza & keluarga

afida...
salam aidlfitri. terengganu?...insyaAllah

dr ben...
syukran for drop-by & salam eid-mubarak juga utk ente

admin...
salam aidilfitri & maaf zahir batin kembali