Wednesday, December 21, 2011

pengharapan yg tiada putusnya...

aku perhatikan titis hujan tu. aku cuba tenung setiap titis..namun sukar utk aku cari dan fokus hanya pada satu atau beberapa titisan. ia turun deras, banyak dan bertali-arus. aku bukan mengkaji, tidak ada sebab tertentu untuk aku cuba merenung titis hujan itu melainkan hanya sekadar cuba mencari rahmat-Nya. yg turun bersekali dengan setiap titis hujan itu...

adakah rahmat-Nya hanya turun bersekali dengan hujan yg semakin kerap turun kebelakangan ini?. rasanya tidak. rahmat-Nya sentiasa turun samada bersekali dengan hujan atau tidak. cuma hujan adalah manifestasi zahir....yg 'turun' dan kerana hujan itu adalah air yg mencorakkan kehidupan setiap penciptaan-Nya di mukabumi ini. bila ianya 'zahir' maka mudahlah untuk difahami. tapi tuntutan pemahaman tidak hanya pada hakikat 'zahir' semata...kerana rahmat-Nya yg turun tanpa 'pengzahiran' itu juga banyak. cukup banyak.

aku percaya sangat-sangat rahmat-Nya sentiasa diturunkan-Nya. cuma aku tidak dapat tentukan pada 'siapa' atau 'apa' rahmat-Nya itu turun. dasarnya, aku mungkin tidak akan jumpa jawapan untuk persoalan ini. aku sekadar hamba-Nya yg daif, abdul dan fakir. aku sendiri berasa bukan misiku utk menemukan akan jawapan itu kerana aku sendiri, amat-amat sekali berharap dan bermohon agar rahmat-Nya turun menemuiku...

11 comments:

r.o.l. said...

Sungguh indah entri ini. Membuatkan saya ternanti-nanti hujan seterusnya. Moga rahmatNya menghujani kita, amin.

Afida Anuar said...

Nahmy, saya doakan moga Nahmy sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu....Ameen...

Tirana said...

Tiba-tiba teringat lagu 'hujan' nyanyian Allahyarham Sudirman..hehehe.. Hujan yang turun bagaikan mutiara..

Izzah said...

Allah knows the best..
semoga ada pelangi cantik selepas hujan...
:)

sekamar rindu said...

salam...

hujan adalah rahmat pada bumi dan mahklukNya...inilah bukti Allah Maha Pengasih dan Penyayang...

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Kita diciptakan dari air, tanpanya kita sukar untuk hidup. Hujan yang Allah turunkan memudahkan kita. Itulah kasih sayang~Nya.

cikguNae said...

Salam Nahmy,

DIA sentiasa melimpahkan kita dengan rahmat
cuma kita kadangkala berbeza mentafsirnya
dan kadangkala kita leka dengan rahmatNYA

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Hujan itu rahmat. Hujan itu membersihkan. Hujan itu boleh jadi tangisan sedih mahupun kegembiraan. Walau apa pun, semoga kita mendapat sesuatu yang baik daripadanya selalulah memohon kepada-Nya.

Salam ukhuwwah.

DrSam said...

salam nahmy. semoga rahmatNya melimpah ruah kepada sdr Nahmy seluruh keluarga.

nahmy said...

r.o.l...
amiinn...ya semoga rahmat-Nya menghujani kita semua

afida...
amiin...semoga rahmat-Nya juga mendatangi afida

tirana..
benar tu kak...hujan bgi butiran mutiara

izzah..
pastinya...pelangi indah itu muncul...insyaAllah

sekamar...
semoga kasih sayang-Nya sentiasa bersama kita

abd razak...
semoga Dia sentiasa mempemudahkan perjalanan hidup kita semua

cikgu nae...
benar tu...selalu saya sendiri lupa akan rahmat-Nya yg sentiasa mendatangi kita

ashrafi...
syukran jazilan atas kunjungan ke blog marhaen ini. semoga kita semua beroleh rahmat-Nya insyaAllah.

drsam..
juga semoga doc & famili didatangi akan rahmat-Nya

Unknown said...

SALAM,
Kita sudah melangkah ke tahun baru masihi. Begitu juga dgn tahun baru hijrah. Semoga kita sentiasa berada di landasanNYA di hari2 mendatang ini