Sunday, December 04, 2011

tido, tido, tido

sejuk...sejuk, aku tarik selimut. aku cukupkan badanku utk ditutupi selimut pendek tu. selimut-selimut panjang dah abis anak-anakku ambil. "takpe la...takkan selimut pun nak jadi hal,"persisku. kali ni aku kerikotkan badanku...hahh! cukup pun masuk dlm satu selimut. isteriku dah memang tido dgn puteri bongsuku tu. aku je dah mcm menumpang di rumah sendiri. kejap tido depan tv. kejap bila anak-anak tido depan tv (bila esoknya hari cuti) aku tido plak kat bilik anak...atas katil!. kejap aku tido atas sofa, kejap kat depan komputer...cuma belum tido dlm bilik air lagi...tak tahu plak esok-esok lusa.

aku pun tak tahu bila puteri bongsuku boleh berpisah tido dari emaknya...dah 2 tahun lebih dah tu. tapi aku klu bab tido mmg relaks je. malas nak jdkan sbg benda-benda penting. lagi satu semenjak mak aku dan bapak mertuaku sakit...tido mmg dah tak terlayan lagi dah. always in standby mode. janji dapat lelap dah.

tapikan di musim-musim hujan ni terasa cam syok plak tido tu walaupun tak lama. sisetan pun aku kira syok berlonggok kat badan aku masa aku tido ni...sbb tu la susah sgt nak bangun tahajud tgh malam. susah! namun bila dipikir balik takkanle nak letak sebab tak bangun malam pada sisetan dan hujan yg menyejukkan tu. sisetan memang hanya jalankan tugas dia....dan hujan plak kan ke rahmat dari-Nya? jd sendirilah yg kena mengaku buat silap. alahaaaiii!!..kekadang cam dah tahu cuma buat-buat tak tahu.....wallahualam.

8 comments:

Fara said...

Ok. Sy dah cuak. Mcm mane nak ajar anak tido sendiri. Err...

Tirana said...

Nahmy, beralah dengan anak..hehehe..Nanti sampai certain age, dia sendiri jadi malu nak tidur dengan mak.. Masa tu nanti dia demand nak bilik untuk dia sorang..so nanti Nahmy dan isteri..dua-dua kena tidur kat luar..hehehe

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Benar musim hujan ni memang sedap tidur siap pakai comforter lagi tu..:)

aimaniman said...

salam kenal dan dofollow sini
kalau akak.. semua anak kepit kat akak, x kiralah yg tua dah 5 tahun ngan 2 adik2nya tu, semua pakat tdo dengan akak kalau dgn abah abis sampai siang balik pun x tdo sbb asyik nak main jee... x terpikir plak nak asingkan tempat tdo sbb bess cium bau budak kecik time nak tdo

Mutiara Bernilai said...

wuhh,., tergoda amat kalu ujan lebat, angin sejuk datang,,,confirm tergoda dgn bantal..

ehe. mutiara yg dah besar ni pun kadang nak menyelit tdo dgn mak jugak..ni kan plak budak2..

ORLANDO AHMAD said...

amik langsir buat selimut, guling2 atas karpet pown okey

DrSam said...

memang klasik betul hubungan hujan dengan tidur. Pengulit mata semualajadi.

nahmy said...

fara...
bab ajar anak tido kekdg sampai kita tertido dulu...

tirana...
eii kak...cam dah pernah melalui je pengalaman ni?? hehhehe

abd razak...
w'salam. mmg sodap ooo tido musim ujan nih..

aimaniman...
tima kasih atas kunjungan...selalulah berkunjung lagi ke sini. isunya kak...anak tu klu selamanya kecil & comel takpe le juga...tp diaorg akan membesar dan bau 'baby' tu pun akan hilang..klu dok bior bergulit dgn mak je masalah juga tuuu...

MB...
mmg tido dgn mak syok...tp cuba tengok siayah yg dok menjeling tajam tuh!

orlando...
belum pernah buat ni...mungkin akan dicuba kelak

drsam..
betul tu doc...hujan & tido - dipisah tiada.