ku hela nafas panjang-panjang. ku pejam mata. ku cuba menolak segala bayangan fikiran yg menerjah ke ruang jemalaku. aku tak mahu berfikir tentang apa-apa pun sekarang ni. Januari hampir ke pertengahan. kecoh dan kalut aku bersama isteri masih belum ada tanda-tanda akan surut. takpe...itu semua hanya menjadikan kami 'kuat'...insyaAllah. hal anak-anak hampir 90 peratus selesai begitu juga peruntukkan kewangan yg disediakan terdahulu.
sekarang kami kembali ke zon orang tua kami. aku pergi ke emakku...dia dan aku pergi juga ke bapanya. semalam dan hari ni dapat aku dan abah menghantar emak berubat. esok aku dan isteri akan menghantar pula bapanya ke HKL untuk pemeriksaan susulan. minggu depan insyaAllah aku menghantar pula adik lelaki ku utk physiotherapi-nya di Tawakal. aku pejam mata sekali lagi....tarik nafas panjang-panjang, lepaskan...aaaahhhhh lega sikit. aku panggil puteri bongsuku - zahra. bila dia datang je cepat-cepat aku dukung dan peluk dia sambil pejam mata. aku diamkan diri beberapa saat sambil erat memeluk dia. di usia hampir 3 tahun tu dia mungkin tak faham. tapi takpe...janji stressku reda dan terhindar jauh...walaupun utk seketika.
aku larang diriku dari mengeluh, merungut dan aku tidak mahu berkata-kata apapun pada sesiapa pun hatta isteriku. ye...stress dan keletihan memang menginjak-ginjak ke benak dan susuk tubuhku. itu biasa...itu adalah sebahagian dari tanggungjawab. selagi kederat yg Allah pinjamkan kepadaku ini masih mengalir, aku pastinya akan meneruskan agenda ini. tidakkah Rasulullah pernah berkata 'manusia yang baik adalah manusia yang banyak memberi menafaat kepada manusia lain'....alhamdulillah...
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
7 comments:
tabahlah....lelah penat akan hilang bila tgk senyum isteri dan telatah anak2 :)
rasa2 inilah yg akan membuatkan awak menghargai rasa manis pada masa akan datang
citer kat sini pun rasanya boleh kurangkan stress tu
Semoga Allah memberi Tuan kekuatan untuk mengharungi ujian ini. Kami pun menjaga anggota keluarga yang sakit. Emosi selalu memuncak. Hanya Allah yang faham.
keluarga penawar paling mujarab...
Insyaallah dipermudahkan segala...
SubhanaAllah... semoga Allah kuatkan Nahmy sekeluarga menghadapi apa jua dugaan. InsyaAllah lepas ni kuat..kuat yang sungguh2;)
hnaya mampu melemparkan senyum dan doa buat kamu sekeluarga..
insyaAllah, pertolongan Allah itu dekat..
damai...
thanks doc...mmg ketabahan yg dicari
kts...
betul tu cik kts...citer kat sini pun reda gak sikit stress ni
r.o.l..
syukran jazilan atas kata2 peransang tu...semoga segalanya Dia permudahkan
nae...
insyaAllah dan thanks for kind words
afida...
gitula...insyaAllah semoga Allah permudahkan segalanya
MB...
syukran jazilan atas doa...semoga Allah membalasnya. benar pertolongan-Nya dekat...
Post a Comment