Saturday, November 02, 2013

yeayyy!!...kaya dan semakin kaya..

jar-jar bink :    bro obi-wan kenobi...ko ada baca senarai businessman melayu terkaya tahun ni?

obi-wan kenobi :    takde la bro jar-jar bink. kenapa bro?

jar-jar bink :    ko tengok kat sini, seronok bro tengok orang 'kita' ramai yang kaya camni

obi-wan kenobi :    apa yg serhonok nye? ko dapat 'sikit' ke dari diorang tuh??

jar-jar bink :    takdela dpt apa-apa...cuma semangat je nak jadi cam diorang tu. ye..la tekun berusaha.

obi-wan kenobi :    ohhh...bab semangat tu...aku setuju, dan bab diorang tolong orang susah, bayar zakat cari rezeki 'halal' tanpa kita ketahui pun aku setuju...tapikan...

jar-jar bink :    tapi apa bro?

obi-wan kenobi :    bab rezeki halal tu...aku musykil sikit yg sorang tu sebab kita semua tahu dia ada bank...dan bank dia buat transaction boleh kata semuanya base on interest...kan interest tu 'riba'. hmm...mmglah dia ada perbankan islam...tapi..

jar-jar bink :    tapi apa lagi bro?

obi-wan kenobi :    hmmm...biorle bab 'halal' tu...satu benda yg ko perati jar-jar bink ialah senarai ni dah hampir 10 tahun orang yg sama...jadi sebenarnya ekonomi orng kita tak berkembangle..lagi satu..

jar-jar bink :    apa lagi bro...

obi-wan kenobi :    diorang ni tersenarai sebab satu takde orang baru masuk senarai dan satu lagi sebab diaorang dari kaya jadi semakin kaya...itu aje..

jar-jar bink :    herkk!...betul la cakap lu bro...tak jadila aku nak cari semangat dari diorang...baca kisah abdurrahman b. auf dan dptkan semangat dari sahabat-sahabat Rasulullah yang lain pun lagi baik..

obi-wan kenobi :    jomla bro...kita pekne teh...sambil kayakan mamak plak..kehkehkeh...

Thursday, October 31, 2013

muflis tapi ikhlas??

esok lagi 60 orang akan jadi muflis. itulah yg dinyatakan oleh Nancy Shukri menteri di Jab. Perdana Menteri. jumlah ini rasanya lebih ramai dari mereka yg jadi kaya. setiap hari ada 60 orang jadi muflis harta benda dan kalau di tanya 60 orang tersebut takda seorang pun rasanya mahu diisytiharkan muflis.

adakah mereka mangsa kehidupan dunia? adakah mereka kalah pada tuntutan nafsu? adakah mereka terikut-ikut dengan kemodenan kebendaan? adakah mereka terkehel semasa asyik mengejar impian?

mereka sendirilah yg ada jawapannya. namun seperti dikatakan tadi pasti takde seorng pun yg nak jadi muflis. muflis tidak ada dlm kamus kehidupan mereka tp masih mereka jd muflis. hidup di dunia memerlukan keperluan yg perlu dipenuhi...tapi pastikan yg ia di tahap keperluan, bila tahap keperluan semakin memuncak maka dia akan bertukar menjadi kemewahan. perjalanan dari keperluan ke kemewahan berlaku bila kita mahu mengalahkan pesaing kita...dan bila kita kalah dlm persaingan maka kita terjelepuk jatuh. namun utk mereka yg muflis hanya utk memenuhi keperluan seadanya maka mereka inilah yg dikatakan 'muflis tapi ikhlas'. mereka redha dan mereka meneruskan kehidupan mereka.

apapun muflis...itu hanya muflis harta-benda dunia, yg digusarkan bilamana kita muflis kasih-sayang, muflis ide dan muflis 'harta-benda' akhirat kerana akhirat kita kekal di sana. muflis di dunia hanya sementara tapi muflis di akhirat kekal abadi.

bila sahabat bertanya pada Saidina Ali, apa yg di pilihnya antara harta dan ilmu...maka jawab Ali..ilmu. kenapa? balas sahabat. kerana harta kita menjaganya tetapi ilmu, ilmu menjaga kita...jd sementelah nyawa di kandung badan pastikan kita tidak muflis ILMU....wallahualam

nahmy.

Tuesday, October 29, 2013

hidupku sebagai....TEH TARIK, satu monolque sadis!

dulu aku ditunggu-tunggu. aku sentiasa meniti di bibir-bibir mereka yang 'mengagungkan' ku. aku adalah umpama satu kemestian, aktiviti untuk menikmatiku adalah umpama satu keraian yang amat penting dalam kehidupan mereka. ya! mereka meraikankan ku, mereka menjulangku melangit tingginya (walaupun penyediaanku memerlukan aku untuk ditarik-tarik). aku puas di singgahsana mercu kegemilangan. aku di cari hampir setiap detik tidak kira di waktu siang atau malam, di kala kesedihan mahupun kegembiraan, di ketika bekerja mahupun ketika bersantai. namun...

kini aku semakin menelusuri zaman malapku. semakin tidak sekerap dulu mereka mengadakan aktiviti untuk menikmatiku. semakin jarang-jarang mereka mencariku. tidak sekerap dan seacap dulu. semua ini adalah angkara gula. gula yang dimansuhkan subsidinya telah menjadikan harga mereka tinggi dan bila harga mereka tinggi maka tinggi pula harga susu dan bila harga susu tinggi maka tinggi pulalah hargaku. dan bila hargaku tinggi maka semakin rendahlah permintaan terhadapku. mereka yang dulu mengecapiku saban waktu semakin menjarakkan diri mereka dariku. oohhh....

aku tidak salahkan gula. dia juga adalah mangsa sepertiku. dia adalah 'scape goat' terbaik untuk segolongan manusia yang mengatakan kadar ketinggian penyakit kencing manis adalah disebabkan oleh gula, sedangkan hakikatnya mereka mahukan hasil-mahsul melipat ganda dikaut ke kantung perbendaharaan. aku heran pula mereka tidak menaikkan harga garam sedangkan kadar penyakit darah tinggi juga tinggi? waima bila terciptanya harga gula yang meninggi, maka aku seperti yang aku katakan tadi turut tinggilah hargaku dan akibatnya...

aku semakin sepi dijauhkan. aku sudah hilang genggaman pada tahta kegemilanganku. mereka tidak lagi beralun-alun memanggil namaku. 'tek tarik'...'teh tarik'...nama indah itu semakin menghilang, semakin pupus di layar rasa. aku sedih...tapi aku tak dapat berbuat apa-apa. piluku hanya menjadi hilai-tawa golongan aristokrat yang keparat. mereka ini memang semenjak dulu tidak menghiraukan ku...mereka ada minuman yang lebih hebat. aku kesian kepada golongan-golongan marhaen kerana mereka inilah akan merasa kehilanganku sepertimana aku juga merasakan kehilangan mereka, tapi apakan daya kerana aku hanyalah...

secangkir....TEH TARIK...



Monday, August 05, 2013

selamat hari raya aidilfitri




kpd semua saudara seagama, pengunjung blog marhaen ini dan rakan-rakan blogger saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir batin.


Monday, July 01, 2013

melihat 'iman' di Ramadhan ini

assalamualaikum...

pagi yang luarbiasa 'panas'nya hari ni. taklah pula diketahui akan keadaannya siang nanti...mungkin akan berterusan panas atau hujan akan mencurah turun. semoga Allah memberikan keselesaan pada kita...insyaAllah. dgn cuaca yang panas sebegini pasti sebilangan kita ada yg berasa sedikit gusar untuk menempuh Ramadhan yg semakin dekat. yeeela...berpuasa dalam cuaca panas tentunya amat mencabar keimanan...rasanya saya juga tergolong dlm golongan ini. hamba yg marhaen. tapi ujian 'keimanan' sebegini insyaAllah akan meninggikan kembali iman kita...insyaAllah. lihat apa yg Allah nyatakan dlm surah Al-Ankabut ayat 1.."tidaklah mereka boleh mengatakan mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji". jadi semuanya terjawab sudah.

cuma untuk kita kegusaran mungkin di awalnya, jika kita cekal, tabah dan ikhlas menjalani puasa itu hanya kerana-Nya ...maka insyaAllah Dia akan permudahkan (ini lebih mengingatkan diri sendiri!). seperti juga kata org tua-tua dulu...alah bisa tegal biasa. lagipun, bukankah syurga Allah itu mahal? jadi utk membeli sesuatu yang mahal maka kita perlukan wang yg banyak...dan di sini 'wang' itu tidaklah dlm bentuk RM tetapi dalam bentuk pahala-pahala la..gitula (sekali lagi ini hanya peringatan utk diri sendiri). maka berseronoklah hendaknya kita dalam mengumpul 'wang-wang' tersebut.

dikesempatan ini juga saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh saudara seislam, yg berkunjung ke blog marhaen ini. semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk kita semua. kepada mereka yang terguris perasaan saya juga memohon maaf, izinkan saya 'menemui' Ramadhan (juga jika Allah izinkan) dengan keadaan bersih. silap dan salah harap dimaafkan.

selamat mengimarahkan Ramadhan 1434H.


wallahualam.

Thursday, April 04, 2013

salam pilihanraya

selamat mengundi....

Wednesday, February 13, 2013

ikan kering bulu ayam : satu monoloque sadis

ikan kering bulu ayam.

kenapa kau dipanggil demikian...rasanya aku tahu. mesti sebab rupa kau. saling tak tumpah macam bulu ayam. adakah kau adik-beradik sepusat-sepusing dgn ayam atau kau ada bau-bau bacang dgn ayam...itu aku tak tahu. badan dan ekor kau tu walau sebijik cam bulu ayam tapi rasa kau langsung tak macam bulu ayam. aku tahu...dan aku tahu pun bukan sebab aku pernah makan bulu ayam. tidak sama sekali.

ikan kering bulu ayam.

semenjak dua menjak ni...memang aku syok kalau makan nasi ada lauk kau. kat rumah aku pun aku pastikan yg stok kau sentiasa ada. makan kat kedai pun kalau ada kau pastinya aku termakan banyak sedikit. tidak...memang tidak sesekali aku menyalah kau bila berat badanku naik...tidak! entahle kalau dulu aku tak berapa kisah akan kewujudan kau dlm senarai lauk-pauk...tapi sekarang susah hati aku bila kau tiada dlm senarai. aku pun pelik yg nak makan 'perut' tapi 'hati' pulak yg susah bila kau tiada...ooooohhh...

ikan kering bulu ayam.

kau memang tak kisah kat aku kalau darah tinggi aku naik. yg kau tahu kau serahkan je 'body' kau tu kat aku. aku hargai pengorbanan kau. walaupun ikhlas pengorbanan kau tu tapi kalau aku makan kau terlebih aku pulak yg terkorban...aku tak mahu tu terjadi kat aku. darah tinggi boleh menyerang, obesiti dan kencing manis pun boleh datang kat aku....tapi takkan aku nak makan kau cecah dgn kopi sebab nak elakkan kencing manis tu?? mesti kena dgn nasi kan?...kan??

ikan kering bulu ayam.

ya!! memang aku jatuh chenta dgn kau....isteri aku pun heran. kalau stok gula, kopi, tepung takde kat rumah aku tak kisah langsung...tapi kalau stok kau takde...aku pasti resah, gelisah dan tak keruan. ada sekali isteri aku hampir nak beduk aku..sebab masa nak makan kek keju pun aku minta dia gorengkan kau..."dah tebiat ke bang?"...dia cakap kat aku. memang hampir setiap waktu aku teringatkan kau...terutama bila waktu nak makan.....adakah itu chenta namanya??...oooohhh!!!...

ikan kering bulu ayam.

aku memang berharap sangat-sangat supaya tiada pengumuman oleh kerajaan utk naikkan harga kau. aku mungkin mengamuk besar. sebab apa nak naikkan harga kau...kau bukannya besar, bukannya makanan asasi dan bukan tergolong dlm spesis cepat pupus. tapi kalau ada pengumuman pun pastinya aku tetap setia bersama kau. aku chenta kau. 'kemasinan' kau tu memang akan aku perlukan...untuk memaniskan hari-hari mendatangku....


Friday, January 25, 2013

ceria...walau dalam apapun keadaan!

assalamualaikum dan salam ceria...

semalam adalah hari kelahiran junjungan besar kita, nabi Muhamad s.a.w. pastinya kita ceria mengingati Baginda. dengan membaca sirah, berselawat, mengingati perjuangan dan ceria pula menuruti sunnahnya. segalanya kita lakukan dengan ceria dan ikhlas. kita sarankan pula pada ahli keluarga terdekat. walaupun Baginda telah lebih seribu empat ratus tahun meninggalkan kita namun Baginda akan tetap kenal kita kelak, percaya dan yakinlah...insyaAllah.

bila kita percaya dan yakin...maka kita patut ceria. jika kita ikhlas...mengingati Baginda, berselawat dan menuruti sunnahnya maka janganlah kita gusar. air telaga kausar insyaAllah akan dapat kita teguk. jangan terlalu banyak 'berkalau'. kalau aku berselawat banyak-banyak dapatke aku akan syafaat Baginda? betul ke Allah akan berselawat padaku dengan sepuluh selawat bila sekali aku berselawat pada Rasulullah? dapatkah aku rahmatNya? akan bersamakah aku dengan Rasullulah di syurga kelak? dan bermacam soalan dan kalau yg bermain di kotak fikiran kita...hingga kekadang sampai terganggu amalan...hilang kusyuk dalam solat dan hilang tumpuan dalam amalan lain dan yg paling tak 'rugged' ialah hilang ikhlas dalam beramal-ibadah hanya kerana-Nya.

letakkan 'segala ketentuan' akan imbuhan hanya pada-Nya, lakukan seikhlas mungkin, berserah, redha dan ceria. ingatlah amalan baik dibalas baik. percaya dan yakinlah. beramal-ibadah memanglah tak boleh terlalu santai sampai melakukannya seperti melepaskan batuk di tangga. tidak pula boleh terlalu serius hingga akhirnya menjadi stress....bersederhanalah. tetapi kena istiqamah dan fokus...itu aje. bila dilakukan acap-kali, istiqamah...ikhlas dan dalam keadaan bersemangat dan ceria maka ia akan berkekalan...insyaAllah.

bukan niat saya berhujah atau memberikan nasihat berkenaan hal-hal beramal-ibadah. saya hanya berkongsi info. saya juga dalam proses mengaplikasikan 'guidelines' di atas dalam beribadah. kesan? alhamdulillah sedikit sebanyak dapat dirasai...dan sebab itulah saya ingin mengongsikannya di sini. jadi bukanlah semasa bermain bola, menonton tv atau berkelah bersama keluarga je yg kita perlu ceria....dalam beribadah juga kita perlu ceria sebab....dengan cerialah, ia memanjangkan jangkahayat ibadah kita...insyaAllah dan wallahualam....


Sunday, January 13, 2013

'kuasa' yg mengasyikkan...

assalamualaikum...

macam-macam dah berlaku dlm tahun baru nih. dari budak-budak dah mula sekolah balik sampailah kepada  orang yg dah berpakat berhimpun ramai-ramai kat stadium. tapi masih satu belum berlaku - tarikh nak mengundi! susah nak umum tarikh keramat tu. banyak kira-kira kena buat dulu. biorle yg ditanggung oleh mereka yg patut tanggung...cuma untuk orang cam saya ni kita nak 'goes on' susah gak. cari makan dengan projek bro...sana-sini 'budget' dah freeze. sekarang lebih banyak dok mundar-mandir je. tapi alhamdulillah sebab yg tentukan rezeki tu Allah....maka ada jugele...

heran tu memang le heran, dah lama benor menunggu bila nak diumumkan tarikh memilih kerajaan baru tu. jenuh kepala lutut. semua dah siap-sedia tu...samada di pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. bagi je cepat-cepat rakyat memilih. bila dah selesai.....maka senanglah semuanya. yg kalah buat cara kalah, yg menang buat cara menang...rakyat pun senang nak sambung kehidupan...hatta sapapun yg memerintah. yg memerintah tu jgnlah 'get personal' sangat dengan kuasa tu...tak kemana pun. selang 5 tahun...rakyat buat balik pemilihan.

apa yg ditunggu lama-lama pun tak le diketahui akan sebabnya. atau mungkin macam saya cakap tadi mungkin sebab dah terlalu 'get personal' dgn kuasa maka sukar rasanya nak tinggalkan kuasa tuh. kalau nak ikut cerita bila dipilih oleh rakyat bukan sebenarnya diorang ni dapat kuasa...bukan!! tapi dapat kerja baru...memikul amanah dan tanggungjawab...dan bosnya adalah rakyat. jadi kenapa yg nak 'get personal'?. yg jadi 'get personal' tu sebab dia dok ingat bila dapat kuasa dapatlah dia guna 'kuasa' tu utk cengkam orang lain (dlm kebanyakkan kes adalah rakyat yg memilih itu sendiri)...dan yg paling best dgn 'kuasa' yg dia dpt ialah dia boleh bina 'kekayaan' dia. hahh!!!....bila tang ni la nampak akan kenapa dia kena 'get personal' tu.

maaf, saya tak mengata sesapa. cuma kecenderungan masakini orang yg berkuasa macam tu la tobi'atnya. asyik dengan permainan 'kuasa' sampai lupa amanah dan tanggungjawab....bila dah hujung-hujung penggal berkuasa...barulah nak betul-betul melakukan tugas yg diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. mulalah mengangkat rakyat. berbaik dengan rakyat....dan macam-macam lagi....wallahualam.