Friday, April 11, 2014

pil 'penyambung nyawa'..??

dulu tak terbayang aku akan jadi pengguna setia kepada ubat atau pil-pil. aku tengok arwah nenek dan atuk memang mereka dulu banyak memakan pil-pil ubatan dari hospital. ada yg dari hospital kerajaan dan ada yg dari hospital swasta. aku pun dulu pernah melawak dengan arwah nenek dengan mencadangkan agar pil-pil yg dia ambil tu ditumbuk halus dibuat sagon...atau di buat biskut dan kemudian dimakan macam biskut raya tu.

sekarang mereka dah takde..dan mak bapak aku plak yg mewarisi 'bakat' nenek dan atuk tu...dan sekarang 'bakat' tu dah mengalir ke aku. ye la mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? kan?? dan hampir setahun aku mengilap 'bakat' aku nih semenjak di diagnos ada diabetes...(saja pakai perkataan ni nampak cam canggih sikit dari kencing manis tuh). aku juga ada hypertension dan kadar kolestrol yg tinggi dalam badan.

waimanya?...aku terpaksa makan pil-pil yg dulu aku tengok arwah atuk dan nenek makan...sama dengan yg mak bapak aku makan sekarang nih. bersenaman juga aku kena aktif melakukannya. lifestyle kena ubah. cara makan memang semuanya kena ubah. makanan manis, berlemak dan berkolestrol tinggi aku kena lebih menengok dari memakannya walaupun terliur. anak-anak pun aku kena latih makan makanan yg sihat walaupun di sekolah dan luar rumah aku tahu diorang 'belasah' apa saja yg diorang nak (itu memang payah nak kawal diorang ni). dan pil-pil 'penyambung nyawa' ni juga aku dah tak boleh tinggalkan dari memakannya...aduh...letih...letih. kenapalah diorang tak buat pil darah tinggi yg rasanya cam ayam kepsi tu..why?...why?..why??


wassalam,
nahmy.

1 comments:

andy said...

Is your Email not active in Binance? Are you facing Email activation error in Binance? In order to resolve such issues, you can always contact the team of specialists who are always there to assist you and know all the possible tricks and methods that can be used to resolve the errors. Dial Binance support number at 1833-228-1682 and get various resolutions and explanations to the queries so that you can fix it easily. Visit website:-https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance