Monday, March 19, 2007

cara & teknik murni menggosok baju sekolah anak

assalamualaikum….

di sini akan di berikan sedikit penerangan cara-cara efektif menggosok pakaian seragam sekolah anak anda. cara-cara ini belum dipatenkan jadi ‘feel free’ untuk menokok tambah mengikut kesesuaian anda.
  1. pastikan pakaian seragam itu telah di cuci terlebih dahulu.
  2. panaskan sterika dengan switch-on kannya terlebih dahulu (anda juga boleh menggunakan steam iron).
  3. sediakan ‘hanger’ kecil atau yang bersesuai dengan pakaian seragam sekolah anak anda itu.
  4. pejamkan mata anda, tarik nafas dalam-dalam (deep breathing) dan bacalah ‘bismillah….’, ingat! anda bukan hendak melakukan penyembelihan ayam atau seumpamanya….
  5. mulakan dengan menggosok seluar atau kain laboh (jika anak perempuan seelok-eloknya ibulah yang menggosoknya).
  6. gosoklah seluar atau kain laboh tadi seberapa banyak helai yang anda mahu (mengikut kepada bilangan pemilikan).
  7. setelah seluar/kain laboh tadi digosok maka gantungkannya di ‘hanger’ tadi dan gantungkan ‘hanger’ tu di mana-mana dahulu.
  8. kemudian mulalah menggosok baju kemeja/baju kurung.
  9. untuk menggosok kemeja mulakan di bahagian kolar dan bahu. kemudian diikuti di bahagian belakang – depan – kemudian di kedua-dua lengan.
  10. jika kekedutan sukar untuk dihilangkan maka gunakan penyemburan air – sila gunakan penyembur (yg ada jual kat kedai dua ringgit tu) dan bukan dengan menggunakan mulut.
  11. jika kedut masih sukar nak hilang maka panaskan sterika anda ketahap yang lebih panas dan sambung menggosok.
  12. jika masih tidak hilang kedut tu….maka hentikan dulu tugas menggosok, ambil sterika tu dan rejamkan dia ke bakul sampah terhampir…
  13. tetapi jika kedut hilang maka pastikan pula anda dapat buat ‘side’ kat tepi lengan pakaian itu dengan satu ‘side’ sahaja.
  14. setelah siap menggosok maka gantungkan kesemua pakaian seragam sekolah dan tariklah nafas dalam-dalam. pejam mata dan tarik nafas.
  15. tenung dulu kesemua pakaian seragam dan katakan ini pada diri anda – “bilalah anak aku nak pandai gosok baju sekolahnya sendiri?”
  16. switch-off sterika tu dan gantung semua pakaian seragam tadi di dalam almari (jika ada).
  17. jangan lakukan langkah 12 ini jika anda penghidap hypertension (darah tinggi) atau anda dah betul-betul stress dan sterika anda masih baru.

wallahualam

1 comments:

lanGsi BloG said...

i like this.TQ