Friday, June 01, 2007

kita yang kompleks

assalamualaikum...

pernahkah kita menjadikan sesuatu perkara itu begitu kompleks? atau dalam bahasa inggerisnya...make things complicated? selalu? kadang-kadang? tak pernah langsung? kalau tak pernah langsung tu....rasanya susah saya nak percaya. kita ni kompleks ke? yang kita rasa kita kena deal apa jua perkara dengan kompleksnya. memanglah kita ni sebaik-baik ciptaan Tuhan....kita memang mempunyai sistem tubuh badan yang kompleks - sangat kompleks. dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki...luar dan dalam, memang kita ni kompleks. takde robot mana pun yang pernah di cipta yang dapat menyerupai manusia....not even close!!

kita sendirinya adalah ciptaan yang kompleks....tapi mengapa kita nak buat diri kita kompleks? ini adalah dua benda yg berbeza...ciptaan yang kompleks, tapi bukanlah kompleks dari segi 'benda-benda' yang tak nampak....contohnya pemikiran dan emosi. kita ni kena mudahkan pemikiran kita....emosi kita..... macam kita selalu berdoa agar segala perkara yang akan kita lakukan dipermudahkan Tuhan. Tuhan insyaAllah boleh mempermudahkannya....tapi kita pulak yang menyusah/menkomplekskan sesuatu perkara itu...maka apa kesudahannya? kesudahannya ialah kita dok la kata Tuhan tak makbulkan doa (iaitu dengan mempermudah perkara yang kita lakukan).

sebenarnya bukan Tuhan tak permudahkan....tapi kita sendiri yang menyusah/mengkomplekskannya....maka tak nampaklah mudahnya itu. itu je. kalau nak kita lihat dari perspektif lain.....mempermudahkan bersifat positif dan mengkomplekskan pula bersifat negatif. gini le....yang sudah tu...sudahle, lihat la sesuatu perkara dengan aerial view. ingat Allah jadikan sesuatu perkara itu hanya sekadar wayang gambar utk kita tonton je ke? tidak. semuanya ada hikmah disebaliknya....hatta yang kita paling tak suka sekali pun. apale yang kita nak risaukan.... hidup satu amanah, kehidupan adalah satu anugerah. jadi mengapa nak fikir-fikir untuk merumitkan keadaan. cuba bayangkan kita 'hidup' tanpa 'kehidupan'....hahh!?!! ini barulah 'rumit' dan 'kompleks' namanya. duduk tercegat tak buat apa-apa...tapi semua sistem badan berfungsi - boleh merasa, bercakap, melihat dan sebagainya tapi tercegat tak bergerak tiada kehidupan....haru namanya kan? fikirkan le......wassalam

0 comments: