Sunday, June 24, 2007

ultraman di perbatasan

assalamualaikum….

lama gak tak ’update’ blog ni akhirnya dapat juga cari masa ilham dan kesempatan....alhamdulillah.

semalam, sabtu sempatle saya menonton citer ultraman the movie bersama anak yang sulung tu di tv3. kalau tak salah ultraman – next tajuknya gitu le. hampir 2 jam lamanya, sampai dah dekat nak pukul 8 baru habis. saya takle duduk menonggok hampir 2 jam depan tv....on – off, sekejap ada sekejap takde tapi anakle yang mengikuti dari awal hingga akhir. saya menonton sambil buat kerja-kerja lain. apapun saya berile sikit ’task’ pada anak tu supaya dia kira berapa kali ultraman berlawan dengan raksaksa.

the findings.....amat menakjubkan dalam hampir 2 jam citer tu, ultraman cuma muncul 4 kali untuk berlawan dengan raksaksa. sekali lawan adale dalam 10 minit. jadi minit-minit yang lain tu citernya berkisar pasal apa? rupanya diwaktu-waktu lain citernya dah jadi ’melankolik’ dah jadi sentimental, penuh emosi dan berciri-ciri ’soap opera’ pulak. sebenarnya semasa menontonnya saya sendiri dah nampak ciri-ciri ni....sebab tulah saya on-off je dan sebab tulah saya suruh anak kira berapa kali ultraman muncul lawan dengan raksaksa. bukanlah pula saya nak citer ultraman tu berlawan je dari mula sampai 2 jam yang berikutnya. letihlah pulak dia dan ’panas’ pula orang yang jadi watak ultraman tu duduk dalam sarung berzip tu!!. kalau lawan je jadi ’violence’ sesangat la pulak citer tu....itu saya tahu.

tapi kalau 4 kali je keluar lawan raksaksa dan yang lainnya berkisar tentang kehidupan ultraman sebagai manusia maka eloklah diaorang buat citer tentang ‘kehidupan ultraman dan keluarganya’ sahaja macam citer ‘the brady bunch’ atau ‘ugly betty’ ke... terkecel kehairanan juga perasaan bila tengok hero yang jadi ultraman tu menangis la...termenung la....dipujuk oleh teman wanitanya la...ternampak-nampak wajah emaknya la dan bermacam-macam lagi. ultraman ni citernya sebenarnya mudah dari saya kecik saya tengok ultraman citernya memang berkisar tentang ‘good against evil’, ultraman lawan raksaksa...itu je takde benda lain pun. maka dari diorang sibuk nak masukkan isu-isu ‘melankolik’ dalam citer tu lebih baik diaorang ‘enhance’ je perkara pokoknya iaitu ; ‘ultraman lawan raksaksa’ itu je....wallahualam.

0 comments: