Tuesday, November 27, 2007

9 tahun usia perkahwinanku...

assalamualaikum...

28 november ini maka genablah usia aku dan isteri berkahwin selama 9 tahun. bagi setengah orang takdele lama mana tapi bagi aku yang belum pernah kahwin sebelum ni...ini dah kira lama le. syukur..alhamdulillah aku panjatkan pada Allah dan semoga perkahwinanku dan isteri terus kekal hingga ke anak cucu. anak? masih dua tetapi ada gak aku dan isteri bercadang nak tambah korum 'next year' insyaAllah.

nak sampai ke angka 9 ni macam-macam hal yang terpaksa ditempuhi. pahit manis perkahwinanlah orang kata. namun dengan kekuatan, kemudahan dan keizinan yang Allah beri...alhamdulillah dapatlah semua perkara di rentasi. teringat semasa mula-mula bergelar suami dan kemudian bergelar bapa pula. melihat kelahiran anak sulung dan 'menyambut' kelahiran anak kedua...perrhh..macam tak percaya aku dah lalui itu semua. berpindah rumah, menyekolahkan anak...berhenti kerja dan macam-macam lagi. semua itu berlaku dalam 9 tahun tu...dan lagi sekali syukur alhamdulillah pada Allah.

untuk isteri pula...sayangku memang tak pernah luntur walau dalam keadaan kekadang tu 'geram' dan 'marah'. pengorbanannya, pertolongannya...kesabarannya hanya aku pohon Allahlah yang membalasnya. cam Jerry MacGuire cakap 'you complete me'...(perrgh...romantik gak aku nih!). susah kita bersama dan insyaAllah senang esok pun kita bersama. semuanya - isteri dan anak-anak padaku merekalah perhiasan kehidupan yang dianugerah dan diamanahkan Allah. dengan berhati-hati dan dengan kekuatan yang Allah kurniakan akan kugalas dan kujalankan tanggungjawab tu sebaik mungkin...insyaAllah...wallahualam.

0 comments: