Saturday, November 10, 2007

bila segalanya dah sampai ke penghujung...

assalamualaikum…

tahun dah sampai ke penghujung. musim persekolahan juga dah sampai ke penghujung. Syawal??….lagile, dah nak masuk Zulkaedah dah pun. bila semuanya dah nak sampai ke penghujung mesti kita sikit-sikit ada terfikir macam tak percaya bahawasanya ‘satu’ perjalanan tempoh waktu telah kita lalui…kalau tak takkan kita dah sampai penghujung ye takk?!. kita telah melalui proses melepasi tempoh waktu, tempoh pembelajaran, sistem beroperasi atau apa-apa saja… kita kira hebatlah kan??. cara berjalan atau melalui perkara2 diatas tadi tidaklah sangat menjadi soal. kalau nak merangkak ke...nak terloncat-loncat ke....nak berguling-guling ke memang tidak menjadi soal yang penting kita dah nak sampai ke penghujung. yang penting kita sampai ke garis penamat...itu je. bagaimana baik dan efisiennya perjalanan kita pun kalau tak dapat sampai ke penghujung buat apa kan??

tapi cerita dah nak sampai ke penghujung ni...apa yang dapat kita kendong dan galaskan di bahu kita?, yg dapat kita bawa sampailah ke penghujungnye nih?. adakah semuanya tercicir di tengah jalan??. paling koman pun...di hujung tahun ni anak-anak kita yang bersekolah dapat juga bawa balik kad kemajuan mereka...tidak kiralah samada semua biru, semua merah atau semua biru sikit merah atau semua merah - tapi biru pulak yang sikit. kita yang dah dewasa ni selalunya tidak sangat memikirkan ’ilmu’ yang kita terserempak, pelajari dan amalkan...bahkan kita juga sering buat tak faham dan biarkannya berlaku. never give a damn! never concern...never acknowledge!

kalau itulah yg berlaku...maka tak beruntunganlah kita...walaupun mungkin kita tak rugi. kita masih kat ’par’ le.. itu baru di lihat dari perspektif tak ambil tahu perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, tapi macamana pula dgn kesalahan kita kepada ahli-ahli dunia yg lain tak kiralah makhluk atau manusia? dengan ibu-bapa, anak-anak, adik beradik, jiran tetangga, handai taulan, rakan-rakan dan sebagainya? yang sengaja memanglah dituntut untuk memohon maaf tetapi yang tak sengaja pun di tuntut juga. kita mungkin merasa benda-benda camni hanya benda sekelumit je...tetapi ’confirm’ kah kita bahawa perkara yg sekelumit inilah yg tidak akan menjadikan kita menerima balasan yang kurang elok di dunia yg satu lagi tuh? boleh kita confirm? sebab tu para pandai agama berkata....amalan yg ‘kecil’ jangan ditinggalkan, dosa yg ‘kecil’ jangan dibuat....wallahualam.

1 comments:

SIDIQ SIGARAGA said...

Dulu ada kawan kita janji nak bagi peluang dalam jobnya...hingga skrang aku masih terkulat-kulat menanti...inilah namanya manusia yek....allhuakbar