Friday, December 21, 2007

Salam Eidul Adha

assalamualaikum....

rasanya belum terlambat sangat untuk saya mengucapkan ' Salam Eidul Adha ' kepada semua.

bila kita berbicara tentang hari raya korban ni atau eidul adha pastinya kita akan mengaitkannya dengan 'pergorbanan'. dari pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ke atas anaknya Nabi Ismail a.s hinggalah kepada majlis ibadah penyembelihan korban itu sendiri. tetapi percayalah pengertian 'pengorbanan' sebenarnya banyak tetapi atas sebabnya (pure intention) pula hanya satu iaitu kerana Allah. pengorbanan camna hebat pun untuk kita di era ni takkan mampu menandingi pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya itu. Allah dah letak 'ceiling' standard dan insyaAllah kita takkan tercapai standard tu. itu di kira dari aspek pengorbanan untuk harta atau apa-apa saja kepunyaan kita yang paling bernilai. tapi kalau dikira dari aspek 'harta kepunyaan' yang tak nampak dilihat mata kasar maka pengorbanan paling hebat adalah bila kita sanggup mengorbankan nyawa kita sendiri - juga hanya untuk Allah rabbul jalil.

kalau kita berkorban masa, tenaga dan daya fikir (i.e ide dan kretiviti)...itu masih belum boleh lawan berkorban nyawa kerana Allah sebab kalau kita berkorban masa - insyaAllah kita dapat balik masa, kita berkorban tenaga - insyaAllah lepas minum 'tongkat ali', 100 plus dan di urut misalnya kita dapat balik tenaga, lepas kita realitikan ide (atau kreativiti) insyaAllah kita masih berupaya mendapat ide-ide yang baru. tapi kalau kita berkorban nyawa?!!. amacam? boleh dapat nyawa baru/gantian ke?

jadi bersempena dengan eidul adha ni sama-samalah kita memperhebatkan lagi 'pengorbanan' kita hanya untuk Allah walaupun tidak sampai ke peringkat Nabi Ibrahim dan tak sampai (atau belum!) ke peringkat berkorban nyawa untuk Allah. tapi pencarian untuk mencari 'pengorbanan' paling hebat (untuk Allah) perlulah terus berjalan sebagaimana kita hendakkan rahmatNya kepada kita terus berjalan...tak gitu? paling koman pun 'korban'kanlah masa tidur yang enak itu hanya untuk 2 rakaat tahajud....wallahualam.

0 comments: