Friday, December 14, 2007

sabarlaaaa....ezwan

assalamualaikum….

heran! itulah yg dapat saya katakan di sini. ceritanya begini, saya dan ezwan (wakil dari UMW technologies) telah ke satu organisasi kewangan milik kerajaan pada isnin lepas. kami ada meeting dgn ketua jabatan berkenaan dengan perkhidmatan sistem telekomunikasi yg kami bekalkan kepada mereka. alhamdulillah...setelah beberapa ketika akhirnya dapat mereka kami jadikan satu dari pelanggan bernilai (valued customer) kami dgn 9 cawangan mereka menggunapakai sistem kami ini. jadi, meeting hari tu adalah lebih kepada pre-evaluation akan perkhidmatan kami yg masih di peringkat permulaan tu. di peringkat permulaan ini penggunaan mereka adalah lebih kepada ’tempoh percubaan’ di mana segala peralatan dan kos pemasangan adalah percuma (lepas tempoh percubaan pun insyaAllah masih percuma!). bahkan, yg baiknya ialah mereka dapat pula menjimatkan kos penggunaan telefon mereka hampir ke 75% dari sebelumnya.

ok, ini pula adalah cerita apa yg berlaku semasa meeting tersebut. ketua jabatan tadi boleh dikatakan begitu sedikit pengetahuannya tentang sistem kami ini dan yg lebih arif adalah orang bawahnya. tetapi disebabkan ada satu ’komplen’ terlepas kepadanya dengan seronok yg amat sangat dia terus menunjukkan kuasanya. "saya rasa penjimatan tak banyak sangat dan kalau tak ada saving tu pun kita bole bayar", begitulah hujahnya. "saya kalau ikutkan bila terima je komplen camni saya 'terminate’ je servis you all", sambung beliau lagi. perrgh!!...mentang-mentang keja tak pergi jumpa orang luar dan hanya orang luar (kontraktor-kontraktor) yg jumpa dia...langsung tak ada ’good PR’, tak ada skil ’customer service’. angkuh dan bangga dgn ’kuasa’ yg ada....

kami pun tak ada masalah dengan ’terminate’ tu tapi kalau ia berlaku di sebabkan oleh komplen yg sangat ’shallow’, tiada rekod terperinci dan catatan permasalahan itu sendiri maka adalah sangat kelakarle. di sebabkan organisasi tersebut bukan milik si ketua tadi..maka apa yg berlaku ialah ’power show-off’ kan? memanglah ’concern’ tu ada tetapi ’concern’ akan lebih kalau organisasi/syarikat itu milik beliau sendiri. di sini ’concern’ tu sangat sedikit tapi yg lebihnya adalah ’power show-off’. kekadang bila kita dah terlalu lama berada di satu-satu tempat dan tempat tu pulak tinggi maka kita terlupa ketertiban, kesopanan, empathy dan hospitality. kita rasa macam kita tak mungkin jatuh, kita akan sentiasa selamat!. mungkin (itupun masih dgn izin Allah)....mungkin mereka betul iaitu mereka akan selamat..tetapi bagaimana pula dgn anak-anak mereka? what goes around comes around...bayangkan kalau esok-esok kami di tempat seperti beliau dan yg datang berjumpa kami untuk ’berjual’ adalah anak beliau....bayangkan!!. jadi berpadalah mengguna ’kuasa’ hatta ’kuasa’ itu datangnya dari Allah yg memberi....wallahualam.

0 comments: