Friday, May 30, 2008

lemahle..kalau jadikan makhluk lemah sebagai mangsa

assalamualaikum....

salam hari Jumaat bro! pastinya kita semua dah tak sabar untuk 'berseronok' berjamaah di surau atau masjid hari ni kan? gitu le hendaknya....sama-samala kita. keseronokkan beribadah pun kena ada kan?

takdalah saya nak citer lebih-lebih pasal beribadah di hari Jumaat ni. saya cuma nak citer sikit pasal manipulasi yang 'terkena' pada wanita dan anak gadis kita hari ni. rata-rata kita dah baca tentang wanita dan anak gadis kita yg di jadikan alat untuk seludup dadah ke negara luar. sedih? geram? marah?...hmm...kita sama-samala tu, saya pun ada terasa camtu gak. 'sindiket' kurang ajar ni memang tak henti-henti 'mencari' dan 'memanipulasi' golongan wanita terutama yang baru je habis belajar untuk dijadikan alat untuk memewahkan mereka. yang terbaru ialah kakak Siti Aishah Hamid yg berumur 43 tahun (cuba baca Utusan Malaysia hari ni). sedih sangat bila baca tu...dahla kakak ni dah masuk usia senior, cacat plak tu....adusss...

pastinya, mereka memang tak reti belas ihsan dan sanggup lakukan apa jua cara yg 'kurang ajar' hanya untuk diri mereka sendiri. mula-mula dia tipu guna sms, bila kakak ni jawab je...maka 'sandiwara' pun bermulalah. rasanya tak siapa pun menyangka...yeela, selalu yg 'terumpan' ialah gadis-gadis muda. sapa nak sangka kakak Siti Aishah ni plak nak kena...hatta husband dia pun tak sangka...lagipun kakak ni pun tak sihat.

tapi itulah 'dunia', cacat...berumur...tak sihat bukanlah satu halangan untuk mereka menganiaya golongan ini hanya utk menjadikan diri mereka sendiri kaya. hisss....geram bro...geram, semoga mereka ini kelak diberikan 'kesedaran' walaupun kesedaran ini merupakan 'balasan' atas tindakan mereka yg 'kurang ajar' ni. kalau setakat duit dan kekayaan tu lama mana sgt yg nak dikecapi...kalau tak kekayaan tu yg semakin menyusut meninggalkan mereka atau pun mereka yg 'menyusut' meninggalkan harta tu utk ke kubur. tak lama bro...tak lama. kita kaya pun mati...kita miskin pun mati, sama je. lepas tu...nak berjawab pulak di kehidupan yg satu lagi akan apa yg kita dah buat di kehidupan ni....kan ke satu lagi 'cabaran' yg nak kena mengadap tuh!

kalau tak percaya pada hidup yg satu lagi tuh takpa...yeela memang takde sapa-sapa pun yg hidup balik lepas mati dan citerkan akan kehidupan lepas mati tu...memang takde testimonial 'live' tapi di masa yg sama takde sapa pun juga yg hidup lepas mati untuk citerkan yg kehidupan lepas mati memang takde..pun takde testimonial 'live' juga kan? jadi apala yg salahnya kalau di kehidupan sekarang ni kita membuat baik sebanyakkan yg mungkin..apa salahnya?! gitule bro....wallahualam.

Tuesday, May 27, 2008

lama dan baru...kg baru

assalamualaikum...

wajah baru kampung baru menunggu di pintu, macam lagu lama Dahlan Zainuddin plak...bila kemiskinan menanti di pintu (kalau tak salah la!). beruntung sakan le orang kita yg kat situ tu...insyaAllah, penempatan baru dapat...pampasan pun dapat. rasanya pun memang dah patut kampung baru tu di bangunkan, tapi semangat dan identiti 'kampung melayu'nya harap taklah diganggu gugat. konsep, susunatur dan gayanya mungkin moden dan baru...tapi biorle semangat dan identitinya kekal tak terusik. walaupun saya bukanlah berasal dari 'kampung' tu...tapi semangat 'kekawanan' tetap menjadikan saya menyokong orang kampung tu. dan lagi mungkin itulah satu-satunya legasi unik kaum melayu yang masih tinggal di tengah-tengah metropolitan kuala lumpur.

pembangunan memanglah kebanyakkan kita tidak menghalang...tetapi pembangunan yg keterlaluan dan ’merosakkan’ hendaklah di tolak ke tepi. tak mahulah bila 'area' kampung baru tu bila dah dibangunkan saling tak tumpah kelihatan macam bandaraya Houston ke, Tokyo ke, Stuttgart ke atau macam bandaraya-bandaraya lain dunia. apapun, pihak-pihak yg berkaitan tentu lebih arif dari saya...dan pastinya mereka pun dah terlebih dulu pikir pasal ni. harap-harap gitu le.

orang-orang kampung baru plak...terutama yg dah senior tuh, memanglah kekadang tu sedikit-sebanyak rasa macam berat hati nak lepas 'hak milik' tu untuk memberikan laluan pada pembangunan, tapi percayalah pengorbanan tu pun sebenarnya untuk anak-cucu juga. untuk kemudahan mereka juga. kita toleh ke belakang sekali dua dah le.....yg lebih tengok depan je. tengok masa depan...ke mana kita nak tuju dan di mana tempat terakhir kita. yang lain kita 'hand-over' baton tu pada generasi yg kemudian-kemudian. satu lagi yg perlu sangat-sangat pihak yg nak bangunkan kampong baru tu pastikan ialah janganlah bila dah dibangunkan walau tak kelihatan macam bandar-bandar tadi tapi kelihatan pulak macam bandaraya Venice…terutama bila hujan lebat turun 4-5 jam tak henti-henti. pikir-pikirla…wallahualam.

Thursday, May 22, 2008

letihla...asyik jadi 'mangsa' jee..

assalamualaikum…

terkujat ghopla...itulah yg jadi kat saya 3 hari lepas bila beli nasi lemak ‘biasa’ (takde lauk spesel le maknanya tuh…). bila buka je bungkusan, nampaklah betapa seciputnya nasi tu. bila suap je ke mulut dgn sudu…maka sahlah yg ianya memang seciput. genap 4 sudu suap…nasi pun abissss. hehh!! sudu yg kelima…cuma sempatle jilat sikit-sikit..alaahaii. harga? masih sama RM 1.00, cuma diaorng kurangkan isinya je. yeela, nak salahkan si penjual pun tak boleh jugak al-maklumlah beras memang dah naik harga. jadi sapala yang nak disalahkan? entahlee..

saya memang dah lama tak beli nasi lemak kat pasar malam tu, cuma hari tu terasa nak makan...jadi si isterile yang belikan. bagusnya pulak...'kuranglah' sikit saya makan mlm tu, untung-untung susutle sikit berat. bila kes-kes camni terjadi rasanya memangle tak payah kita nak ’tunding’ jari mencari salah siapa, semuanya salah...termasuklah sedikit-sebanyak kita yang nama pengguna nih. cuma yang tak acinya ialah kita pengguna ni yang paling teruk kena kesan dan impaknya...eeemm...impak maksima gitu. sebab apa pulak kita yg pengguna ni yg teruk kena? jawapannya ialah kerana dalam susurgalur (lineage) transaksi jual-beli tu...kita duduk paling hujung, kita ni 'end-user'. jadi nak tak nak kitale yg jadi 'mangsa'.

mana-mana pengguna yg mana dia juga adalah penjual nasi lemak tu atau dia juga merupakan penjual beras...maka kesan yg dia terasa tu boleh la di 'cover' bila dia pulak menjual beras pada pengguna lain. tapi camna pulak dgn pengguna yg langsung takde kena mengena dalam urusan jual-beli beras? dah tentulah dia adalah 'mangsa' yg mutlak. kepada golongan yg terlibat dalam urusan sebegini (cth; jual-beli beras ni), ingat-ingatlah pada kami golongan pengguna akhir mutlak ni. janganlah ikut suka je naik-naikkan harga beras atau juga barangan kegunaan harian yg lain, renung-renung dan ingat-ingatla sama kat kami ni. kami mungkin tak dapat nak jadi macam korang yg mengaut 'keuntungan' samada kecik atau besar dari transaksi jual-beli tu...dan itu tak mengapa, kami pasrah. tak untung takpe tapi yg penting ialah kami tak naklah asyik-asyik kami je yg jadi mangsa...hisshh...wallahualam.

Tuesday, May 13, 2008

nasi dan ubi...yg mana satu pilihan tekak?

assalamualaikum...

mari kita makan keledek, ubi kentang dan ubi kayu. kita pakat-pakatle tahan sekejap nafsu pada nasi tu. gitule cadangan terbaru yang saya terdengar hanya untuk menangani masalah kekurangan beras dan peningkatan harga beras. entahle...kekadang tu dengar macam logik, tapi bila pikir-pikir balik...betulke dengan makan spesis ubi-ubi tu maka bekalan beras akan kembali pulih dan harganya juga akan turut turun. ye ke?

pada saya yang 'kerdil' ni kurangkan makan nasi tu betul, lebihkan makan spesis ubi-ubi tu pun betul cuma apa yang kurang betul ialah dengan makan spesis ubi-ubi tu maka harga beras akan turun dan bekalannya akan pulih. banyak 'penyebabnya' yang jadikan harga beras dan bekalannya meruncing. sebabnya bukan hanya kerana terlalu ramainya pemakan nasi atau kerana terlalu banyak makan nasi.

orang thai pagi, petang, siang-malam makan nasi...hampir seluruh penduduknya makan beras tak kiralah beras pulut ke, beras huma ke atau beras biasa. tapi herannya...takdelah pulak mereka kena krisis bekalan beras dan harga beras meruncing. takde brotherr.. bahkan mereka sanggup pulak ekspot bekalan beras mereka ke kita! bukannya thai tu jauh sangat...sempadan dengan kita je kat utara tuh. habis camna? apa cerita? kita kalau nak kira tanah memang lebih-kurang je suburnya dengan mereka...corak geografi kita hampir sama je dengan mereka.

ceritanya ialah kita nih 'terlupa' apa yang 'sangat' penting dengan yang 'kedua' penting, kita memang nak makmur dari industrialisasi, teknologi, material dan infrastruktur tapi kita kurang atau terlupa nak pikir yang orang 'membina' segala kemakmuran itu perlu makan untuk dia membina...itu aje. jadi...marile kita perhebatkan bidang pertanian dan yang seumpamanya, tak kiralah kita mula dengan menanam spesis ubi-ubi tu....secara tak langsung mereka yang dah ada tanaman camni tentunya melompat-katak-dapat-bini bila ada pengumuman menggalakkan orang makan ubi-ubi tu kan!!? he..heh...wallahualam.

Sunday, May 11, 2008

ohh...ibuu..

assalamualaikum...

Ayat Al-Quran yg juga adalah satu doa.

Photobucket
Al-Israa’ : 24


"Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ibu bapa) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka memelihara dan mendidikku semasa aku kecil"

kepada ibu-ibu - SELAMAT HARI IBU, walau di mana berada.

Friday, May 09, 2008

the kids, the fight...the General

assalamualaikum...

"adik buat tangan camni lepas tu ikut apa abah kata". "adik janji…adik janji, takkan usik barang abang….takkan usik barang abang". "lepas tu adik letak tangan kat sini," – placing that right palm ontop of my chest right at the heart’s side. adik just followed….I made her said the pledge. this happen just recently….just got the idea to do this after hearing grouses and mumbles from the 'abang'. I believe (even though not all but) most of the family which got children has this sort of issue. brother-sister disturbing each other, making fun to each other, teasing and shouting to each other…it’s something like world’s renowned phenomena. there’s no end to this, no one really cares and it’s just no weird thing about it. it’s just normal. in fact I’m too getting along quite well with this…it’s just normal. sibling’s disagreements are not new these days…it happen in every family, every minutes and days.

Photobucket

I got my share during my younger days…I used to shout and become mad to my sibling. I don’t recall I did it a lot but yes…it pretty sufficient. surprisingly, when we grew-up this thing seem to fade away…slowly and untraceable. this could be because of being too occupied by creating-our-own future, raising our own family along with no longer staying under one roof. I doubt wiser and maturity has played a big role here…maybe a bit laaa. one thing for sure, it’s now our children’s time to fight, argue and shout to each other, to their cousins and siblings.

as parent, we never interfere when our kid’s fight. they’ll back playing together minutes after their fight. we’ll only stop them from hurting each other…and this very rarely to happen. if the siblings still fighting whenever they’ve grown…the fight will normally become more nastier, more disastrous, more gruelsome…and they’ll probably move to other zone that is 'hatred' and 'vengeance'. to end this only the 'mom' can do it. mom is the X-factor, the UN...she got the veto power. the family bonding can be really a catastrophic one, if mom weren’t there.

Photobucket

"okay, dua-dua berdiri lepas tu tabik kat abah,"...asking my kids to put-up hands and salute me. abang suddenly voice out why they’ve to salute abah?. "sebab…abah ni Jeneral tau," answering to abang's question. he..hehe..heh..and there they are, saluting me as the General…but this is the kind-hearted type of General. yeahhh!!...wallahualam.

Friday, May 02, 2008

Sufiah : hanya satu permulaan...

assalamualaikum...

salam hari Jumaat, penghulu segala hari yang membawa banyak keberkatan dan fadilat. terlebih dahulu al-fatihah untuk keluarga Tan Sri SM Nasimudin - pengasas NAZA. difahamkan beliau meninggal dunia di Hospital Long Beach, USA kerana barah.

apa yg saya nak tulis ni adalah citer yg mungkin tak berapa syok untuk sesetengah orang untuk diperkatakan di hari Jumaat. kita semua dah tahu pasal gadis cerdik Sufiah tu kan?... diorng yg berprihatin pun dah jumpa dengan beliau...dan insyaAllah akan berjaya memujuknya utk di jalankan rawatan agar beliau pulih dan kembali 'cerdik'. saya pun turut berdoa (itu aje le yg mampu setakat ni....) agar beliau tidak lagi dibelenggu dgn 'kebodohan'. walaupun jawapan darinya ialah 'saya berfikir dulu....', walaupun jawapan tu terasa macam takde kesedaran yang membenak di hatinya tapi insyaAllah...kan Allah dah kata, urusan memberi hidayah adalah urusanNya. kita sama-samalah doakan...

mungkin Sufiah ni adalah langkah kecil utk memulakan langkah berikut yg besar-besar utk kes yg sama berlaku pada anak-anak gadis Islam yang lain...yg mungkin banyak berlaku hatta di negara kita sendiri (cuma ianya taklah 'terkepoh' sgt). lagipun kes Sufiah ni sgt 'nyata', sgt 'fizikal'...sedangkan kes yg sama cuma yg tidak 'ternyata' dan 'terfizikal' mungkin saban hari berlaku. ingat!!...sesat dan rosak aqidah bahkan syirik juga boleh berlaku hanya dgn detik kecil di hati. ia bukan dinilai dari segi 'pakaian' dan 'perbuatan'...tapi tak bolehlah pula atas alasan ini maka kita 'berbogel' memanjang dan meninggalkan segala ibadah.... pematuhan pada hukum perlulah dilaksanakan juga kerana ianya adalah tuntutan. dan lagi 'niat tak boleh menghalalkan cara'.

di metro hari ni pun ada citer bagaimana gadis 'gro' boleh melayan 50 pelanggan dalam 12 jam aje. walaupun ini mungkin satu rekod...tapi dah tentulah bukan satu perkara yg baik! gadis ini pun memerlukan perhatian dan tindakan seperti yg kita berikan pada Sufiah tu. rasanya tak bolehlah nyamuk di seberang lautan kita boleh nampak tapi 'dinosour' depan mata kita biarkan. walaupun Sufiah ni mungkin 'permata berharga' sebab cerdik...tapi tak bolehlah kita 'membodohkan' diri tanpa menawarkan keprihatinan kita pada anak-anak gadis lain - yg mungkin boleh melahirkan pula generasi-generasi yg 'mungkin' lebih cerdik dari Sufiah tu....wallahualam.