assalamualaikum....
salam hari Jumaat bro! pastinya kita semua dah tak sabar untuk 'berseronok' berjamaah di surau atau masjid hari ni kan? gitu le hendaknya....sama-samala kita. keseronokkan beribadah pun kena ada kan?
takdalah saya nak citer lebih-lebih pasal beribadah di hari Jumaat ni. saya cuma nak citer sikit pasal manipulasi yang 'terkena' pada wanita dan anak gadis kita hari ni. rata-rata kita dah baca tentang wanita dan anak gadis kita yg di jadikan alat untuk seludup dadah ke negara luar. sedih? geram? marah?...hmm...kita sama-samala tu, saya pun ada terasa camtu gak. 'sindiket' kurang ajar ni memang tak henti-henti 'mencari' dan 'memanipulasi' golongan wanita terutama yang baru je habis belajar untuk dijadikan alat untuk memewahkan mereka. yang terbaru ialah kakak Siti Aishah Hamid yg berumur 43 tahun (cuba baca Utusan Malaysia hari ni). sedih sangat bila baca tu...dahla kakak ni dah masuk usia senior, cacat plak tu....adusss...
pastinya, mereka memang tak reti belas ihsan dan sanggup lakukan apa jua cara yg 'kurang ajar' hanya untuk diri mereka sendiri. mula-mula dia tipu guna sms, bila kakak ni jawab je...maka 'sandiwara' pun bermulalah. rasanya tak siapa pun menyangka...yeela, selalu yg 'terumpan' ialah gadis-gadis muda. sapa nak sangka kakak Siti Aishah ni plak nak kena...hatta husband dia pun tak sangka...lagipun kakak ni pun tak sihat.
tapi itulah 'dunia', cacat...berumur...tak sihat bukanlah satu halangan untuk mereka menganiaya golongan ini hanya utk menjadikan diri mereka sendiri kaya. hisss....geram bro...geram, semoga mereka ini kelak diberikan 'kesedaran' walaupun kesedaran ini merupakan 'balasan' atas tindakan mereka yg 'kurang ajar' ni. kalau setakat duit dan kekayaan tu lama mana sgt yg nak dikecapi...kalau tak kekayaan tu yg semakin menyusut meninggalkan mereka atau pun mereka yg 'menyusut' meninggalkan harta tu utk ke kubur. tak lama bro...tak lama. kita kaya pun mati...kita miskin pun mati, sama je. lepas tu...nak berjawab pulak di kehidupan yg satu lagi akan apa yg kita dah buat di kehidupan ni....kan ke satu lagi 'cabaran' yg nak kena mengadap tuh!
kalau tak percaya pada hidup yg satu lagi tuh takpa...yeela memang takde sapa-sapa pun yg hidup balik lepas mati dan citerkan akan kehidupan lepas mati tu...memang takde testimonial 'live' tapi di masa yg sama takde sapa pun juga yg hidup lepas mati untuk citerkan yg kehidupan lepas mati memang takde..pun takde testimonial 'live' juga kan? jadi apala yg salahnya kalau di kehidupan sekarang ni kita membuat baik sebanyakkan yg mungkin..apa salahnya?! gitule bro....wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment