assalamualaikum...
salam hari Jumaat, penghulu segala hari yang membawa banyak keberkatan dan fadilat. terlebih dahulu al-fatihah untuk keluarga Tan Sri SM Nasimudin - pengasas NAZA. difahamkan beliau meninggal dunia di Hospital Long Beach, USA kerana barah.
apa yg saya nak tulis ni adalah citer yg mungkin tak berapa syok untuk sesetengah orang untuk diperkatakan di hari Jumaat. kita semua dah tahu pasal gadis cerdik Sufiah tu kan?... diorng yg berprihatin pun dah jumpa dengan beliau...dan insyaAllah akan berjaya memujuknya utk di jalankan rawatan agar beliau pulih dan kembali 'cerdik'. saya pun turut berdoa (itu aje le yg mampu setakat ni....) agar beliau tidak lagi dibelenggu dgn 'kebodohan'. walaupun jawapan darinya ialah 'saya berfikir dulu....', walaupun jawapan tu terasa macam takde kesedaran yang membenak di hatinya tapi insyaAllah...kan Allah dah kata, urusan memberi hidayah adalah urusanNya. kita sama-samalah doakan...
mungkin Sufiah ni adalah langkah kecil utk memulakan langkah berikut yg besar-besar utk kes yg sama berlaku pada anak-anak gadis Islam yang lain...yg mungkin banyak berlaku hatta di negara kita sendiri (cuma ianya taklah 'terkepoh' sgt). lagipun kes Sufiah ni sgt 'nyata', sgt 'fizikal'...sedangkan kes yg sama cuma yg tidak 'ternyata' dan 'terfizikal' mungkin saban hari berlaku. ingat!!...sesat dan rosak aqidah bahkan syirik juga boleh berlaku hanya dgn detik kecil di hati. ia bukan dinilai dari segi 'pakaian' dan 'perbuatan'...tapi tak bolehlah pula atas alasan ini maka kita 'berbogel' memanjang dan meninggalkan segala ibadah.... pematuhan pada hukum perlulah dilaksanakan juga kerana ianya adalah tuntutan. dan lagi 'niat tak boleh menghalalkan cara'.
di metro hari ni pun ada citer bagaimana gadis 'gro' boleh melayan 50 pelanggan dalam 12 jam aje. walaupun ini mungkin satu rekod...tapi dah tentulah bukan satu perkara yg baik! gadis ini pun memerlukan perhatian dan tindakan seperti yg kita berikan pada Sufiah tu. rasanya tak bolehlah nyamuk di seberang lautan kita boleh nampak tapi 'dinosour' depan mata kita biarkan. walaupun Sufiah ni mungkin 'permata berharga' sebab cerdik...tapi tak bolehlah kita 'membodohkan' diri tanpa menawarkan keprihatinan kita pada anak-anak gadis lain - yg mungkin boleh melahirkan pula generasi-generasi yg 'mungkin' lebih cerdik dari Sufiah tu....wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment