Tuesday, May 13, 2008

nasi dan ubi...yg mana satu pilihan tekak?

assalamualaikum...

mari kita makan keledek, ubi kentang dan ubi kayu. kita pakat-pakatle tahan sekejap nafsu pada nasi tu. gitule cadangan terbaru yang saya terdengar hanya untuk menangani masalah kekurangan beras dan peningkatan harga beras. entahle...kekadang tu dengar macam logik, tapi bila pikir-pikir balik...betulke dengan makan spesis ubi-ubi tu maka bekalan beras akan kembali pulih dan harganya juga akan turut turun. ye ke?

pada saya yang 'kerdil' ni kurangkan makan nasi tu betul, lebihkan makan spesis ubi-ubi tu pun betul cuma apa yang kurang betul ialah dengan makan spesis ubi-ubi tu maka harga beras akan turun dan bekalannya akan pulih. banyak 'penyebabnya' yang jadikan harga beras dan bekalannya meruncing. sebabnya bukan hanya kerana terlalu ramainya pemakan nasi atau kerana terlalu banyak makan nasi.

orang thai pagi, petang, siang-malam makan nasi...hampir seluruh penduduknya makan beras tak kiralah beras pulut ke, beras huma ke atau beras biasa. tapi herannya...takdelah pulak mereka kena krisis bekalan beras dan harga beras meruncing. takde brotherr.. bahkan mereka sanggup pulak ekspot bekalan beras mereka ke kita! bukannya thai tu jauh sangat...sempadan dengan kita je kat utara tuh. habis camna? apa cerita? kita kalau nak kira tanah memang lebih-kurang je suburnya dengan mereka...corak geografi kita hampir sama je dengan mereka.

ceritanya ialah kita nih 'terlupa' apa yang 'sangat' penting dengan yang 'kedua' penting, kita memang nak makmur dari industrialisasi, teknologi, material dan infrastruktur tapi kita kurang atau terlupa nak pikir yang orang 'membina' segala kemakmuran itu perlu makan untuk dia membina...itu aje. jadi...marile kita perhebatkan bidang pertanian dan yang seumpamanya, tak kiralah kita mula dengan menanam spesis ubi-ubi tu....secara tak langsung mereka yang dah ada tanaman camni tentunya melompat-katak-dapat-bini bila ada pengumuman menggalakkan orang makan ubi-ubi tu kan!!? he..heh...wallahualam.

0 comments: