Thursday, July 31, 2008

aku cinta padamu

assalamualaikum...

malam jumaat datang lagi...e'heem..hemm! sesapa yg tahu maksud tu hmmm... bagusla. tapi saya bukan nak citer pasal malam jumaat tapi pasal perkara yang kita susah nak buat, tapi kalau buat sedikit-sebanyak 'impact'nya boleh tahan gak. susah nak buat, tapi buat juga...lama-lama dah senang nak buat (mungkin!). kita yg dah kahwin selalu tercari-cari menu camna nak menyuburkan perkahwinan kita kan? well...salah satu benda yg simple dan boleh dibuat oleh sesapa saja yg bergelar suami kepada isterinya ialah dengan sekali-sekala membisik atau mengatakan "aku cinta padamu" kepada si isteri. amacam...senang ke agak-agaknya tuh? saya memang tobat!...payah. malahan sampai sekarang pun masih payah tapi tetap sekali-sekala saya akan mengatakannya.

cuba kalau sebut ' i luv you'. hek..e'elehh...yg ni boleh pulakk!. memang saya sendiri mengakuinya walaupun saya sangat suka mempromosi bahasa Malaysia...tapi bila tiba tang bebenda yg asyik-masyuk cintatnya camni saya memang lebih suka menyebutnya dalam bahasa Inggeris. bunyi lebih padu, lebih berdaya saing, power, mendalam dan menjurus kepada maksud sebenar!!. bila kita sebut 'aku cinta padamu', selalunya terutama bagi pasangan yg baru pertama kali nak cuba...pastinya si isteri akan terkekel gelak. si suami akan kegelian mengada macam tiub basikal berpintal...bercampur dengan warna muka yg saling tak tumpah cam sos cili dah luput tempoh.

geli geleman, berpeluh sejuk...dan bermacam-macam rasa lagi akan dirasa oleh si suami tapi takpa itu semua hanya untuk seketika sahaja. itu semua akan hilang dalam dakapan manjaaa....e'hemm! macam saya kata tadi walaupun si isteri akan keluarkan komen macam-macam seperti "bunyi macam abang baca skriplah", "mengadalah you ni". "abang ni dah tebiat ke?"..dan yg seumpama dgnnya...tapi itu semua akan hilang. hilang bersama kehangatann...oooohhhh. oleh itu cubalah para suami ooiii...bagi yg dah selalu dan dah biasa buat baguslah...terus mempermantapkannya (harap saudara baha tak komen bahasa saya nih..). bagi si isteri pulak mungkin di kesempatan lain akan saya 'artikel'kan menu utk mereka.

ingat!! bagi isteri motivasi paling manthop ialah ransangan 'kata-kata' dari suami dan bagi suami pula ialah ransangan 'sentuhan' fizikal dari si isteri...wallahualam.

Thursday, July 24, 2008

sms durjana yg memudaratkan

assalamualaikum...

pernah dapat sms yg menyatakan anda ada menang 18K, 30K dan macam-macam 'K' lagi tak?. saya tak pernah hinggalah ke pagi ni. ikut kata isteri yg dah mahir bebenda camni beberapa 'steps' dari saya ini adalah komplot yg beribu pejabat di negara jiran kita. kalau tengok nombor dari mana sms tu datang memang saling tak tumpah dari 'seberang'. rakan-rakan sekerja isteri yg berani ada menalipon ke nombor tu hanya untuk menyiasat dan memang benar nombor tu adalah nombor dari 'seberang'.

walaupun rakan-rakan sekerja isteri ada menggugut untuk melaporkan tentang komplot durjana ini kepada pihak berkuasa...apa yg mereka jawab balik ialah mereka pula 'menggugut' untuk rakan-rakan isteri tadi untuk betul-betul melaporkannya. perrhh!!...punyala 'daring'. yeelaaa...mereka tahu selok-belok camna nak menyelamatkan diri dahtu kita kat sini diorang kat sana tentu apapun akan makan masa. dari segi masa itula sudah mencukupkan mereka utk 'cabut' dan bersembunyi.

modus operandi mereka cukup mudah iaitu hanya dengan sms menyatakan kita ada menang sekelompok wang dari syarikat yg besar-besar bunyinye...seperti Petronaslah, KLCC lah dan apa-apa syarikat yg semua namanya ada Sdn Bhd kat belakang. tandanya syarikat-syarikat ni syarikat Malaysialah gitu.

lepas tu mereka hanya tunggu balasan sms dari kita. bila dapat je balasan dari kita maka..teng..te..neenngg!! bermulalah si durjana-durjana tu memulakan 'permainan' memiskinkan kita. jadi apa cara yg terbaik untuk kita tidak dimiskinkan oleh si durjan-durjana ini ialah dengan tidak mengendahkan sms ni malahan 'delete' kan je sms ni dari telefon tangan kita. sambil-sambil tu hebah-hebahkanlah kepada saudara, handai-taulan dan rakan-rakan kita agar sentiasa berwaspada dengan anasir-anasir durjana seperti ini. ingat!!??... berpesan-pesan tu akan mengelakkan kita dan mereka dari 'kerugian'.....wallahualam

Wednesday, July 16, 2008

debat perdana.....mencetus demokrasi ?

assalamualaikum....

daaannn....begitula berlangsungnya debat perdana antara Menteri Penerangan Dato Shabery dengan penasihat PKR Dato Anwar sebentar tadi. pastinya ramai bersama saya yang terkejar-kejar balik rumah nak menontonnya. mana ke tidak...tak pernah rasanya bebenda camni pernah di adakan terutama yang disiarkan oleh media elektronik arus perdana ke serata negara. dah tentulah berbaloi kalau nak berkejar-kejaran pun. yang ada dulu pun kes si Mawi dengan bekas tunangnya si Ina (kalau tak silaple)...yg sensasi tapi takde langsung sangkut-pautnya dengan kita.

kali ni dah tentulah berlainan. ianya memang tersangat banyak kesannya pada kita. kita dah kena 'hentakkan' maut dengan kenaikkan harga petrol ni dah tentulah nak tahu apa agaknya mekanisma yg Dato Anwar boleh berikan untuk kurangkan 'hentakkan' tu. walaupun sedikit hampa kerana dikatakan akan berlangsung satu jam setengah tapi jadi satu jam je...namun puas jugele bila dapat menonton dan mendengar debat ni apatah lagi dari TV (kalau tak asyik-asyik dari Youtube jee...!).

saya tak tahu le nak komen apa...cuma rasanya hujah dari Dato Shabery ada sikit kureengnya. ada yang tersimpang dari soalan...seperti soalan dari pembantu Dato Anwar yg nakkan penjelasan apa yang kerajaan nak buat dengan lebihan 13 billion ringgit hasil pemberhentian subsisdi petrol baru-baru ni, sedangkan kenaikkan pada 2006 yang jadikan kerajaan dapat 4 billion ringgit lebih itu pun hanya lebih kurang 800 juta ringgit sahaja yang dibelanjakan untuk infrasturktur dan kemudahan awam?? jadi kemana perginya duit-duit tu semua??! bukan le nak sokong Dato Anwar tapi biarle jawapan tu menjawab soalan.

apapun, syukurle sebab berlangsung debat-debat camni. inilah tandanya bahawa 'demokrasi sihat' sedang mengambil tempat di negara kita ni. apa yang nak sekat-sekat??! rakyat pun sekarang dah lebih bijak dan terbuka dan tahu nak nilai mana yang baik dan mana yang buruk jadi letakkan sahaja kepercayaan pada rakyat. semoga amalan sihat seperti ni akan terus mekar dan bercambah...wallahualam.

Friday, July 11, 2008

renjis-renjis dipilis....

assalamualaikum...

walaupun dah lama gak tak mencoret tapi takde la saya nak tulis apa-apa yg sensasi cuma last weekend kami ke selatan, ke Muar sebab undangan kahwin. yang kahwin tu pangkat makcik pada sayalah atau dalam panggilan Johor - pangkat mak andak. majlis belah perempuan diadakan hari sabtu dan hari ahad esoknya keluarga sebelah lelaki pulak. takdela besar-besaran cuma lepas nikah, baca doa selamat pastu terus makan. sebabnya...ini adalah perkahwinan kedua untuk kedua-dua mempelai. cuba tengok gambar kat bawah ni.

Photobucket

aiikkk...sikit je makan!...biasale...makan sikit dah terasa kenyang, saya pun dulu camtu gakk...hehh..he..hehe


Photobucket

pasangan berpengalaman...cooolll ajee..


pasangan pengantin senior le gitu...yang lelaki dah lama kematian isteri dan anak-anaknya yang dewasa tu pun pakat-pakat encourage bapanya kahwin...maka kahwinle dia. yang perempuannya iaitu mak andak saya tu pun dah kematian suami cuma anak-anak memang takde..maka kahwin le juga dia. alhamdulillah...jodoh.

Photobucket

sambil makan...sambil tengok sms...sambil bercakap dengan cameraman lagi....hebat..Cik Asin!!

Photobucket

seronok nampak!! cendol le katakan...


apa yg memeriahkan majlis dah tentulah bila berkumpulnya sanak-saudara yang dari dekat atau yang jauh-jauh. bukan senang nak berkumpul camni. yang terlebih makan sampai lauk pengantin pun disonglap pun ada....tapi pengantin tetap tak marah. pengantin pun bukan makan sangat jadi biorle kitaorang yang wakilkan tang bab makan tu.

Photobucket

perhh!...nasib baik bilangan setiap lapisan kek tak ikut 'umur' pengantin...kalau tak berapalah tinggi kek ni kan??


Photobucket

orang kata bergambor dengan pengantin ni..banyak 'barakahnya'..hmm..entahle


apapun tahniahle diucapkan pada mak andak dan welcome pada pak andak baru to our family. semoga perkahwinan diberkatiNya dan semoga kekal selamanya. anak-anak saya? dah jumpa cendol tu dah kira okayle tuh....wallahualam.

Wednesday, July 02, 2008

aduss...entah apa-apa la!!

assalamualaikum...

rasanya anda mesti ada terbaca pasal bebudak kutu berahak kaki dadah kat Kota Bharu tu kan? hiss...dah tak dapat dadah dan ganja...gam diorang hidu...dah tak dapat gam, gas najis manusia diaorang sedut! punyala adventurer ??! tapikan...bukanke banyak lagi benda-benda yg lebih dan benar-benar 'adventurer' yg diaorang boleh lakukan. macam 'bungee jumping', 'base-jumping', 'abseiling', 'flying-fox' dan macam-macam lagi. tapi hidu dan sedut gas najis manusia yg diaorang pilih. bagus sangat ke pilihan diaorang tu?? yeela...life is about making a choice...apo nak di kato!!?

pada sayalah kan kalau nak lagi cantik, diaorang tu sedut je kentut sesama diaorang sendiri, makanle telur ke bawang, halia ke, jeruk pekasam ke dulu...lepas tu bila kentut je member yg lain tu terus letak hidung kat punggung mamat yg kentut tadi tu dan sedut dalam-dalam kentut dia tu. pasti menangkap punyee...fresh lagi tuu... pastu kita tengok je le...samada yg sedut kentut tu lalok atau terus je pengsan! tapi rasanya mati tu takde la....coma mungkinn!!

kepada generasi-generasi harapan agama, bangsa dan negara yg ada baca...tolonglah sangat-sangat jangan dibuat walau sekelumit pun aktiviti-aktiviti bodoh dan mengarut seperti di atas tu. kita semua dilahirkan oleh ibu-ibu kita dengan harapan menjadi insan yg hebat, cemerlang dan 'first class'. harapan ibu sendiri pun dah tentunya menggunung...dia mungkin tak mengharapkan langsung anak-anaknya bila besar menjadi penyedut gas najis manusia! pastinya tidak...tapi kalau 'secara tak sengaja' tersedut kentut orang di sekeliling tu...itu biasale...saya pun kekadang terperangkap dalan situasi tragis cam tu. sabar je laa....wallahualam.